*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.


        Antara propaganda kaum SUFI yang biasa DIUDARAKAN oleh mereka adalah "
Ilmu Tasauf adalah salah satu dari cabang ilmu dalam Islam sama seperti
Feqah dan Tauhid".  Perkara ini KERAP di ulang2 sehinggakan ramai orang
telah menerima dakwaan ini secara BUTA TULI.

        Hakikatnya adalah SEBALIKNYA kerana beberapa sebab:

1) Perkataan TASAWUF itu sendiri BUKAN dari perkataan ARAB.  Ibnu
Taimiyyah RHM telah cuba mencari kata asal TASAWUF dari bahasa Arab
tetapi gagal.  Kata asal TASSAWUF yang paling tepat adalah perkataan
SOPHIA yang berasal dari Bahasa YUNANI.  Ertinya nama taswuf itu sendiri
BUKAN DARI BAHASA ARAB bagaimanakah kita hendak menjadikannya sebahagian
dari Ilmu Islam???.

2) Tasawuf TIDAK MEMPUNYAI ASAS yang jelas dari segi USUL.  Sering kita
dengar perkataan2 seperti "ITU PENDAPAT ULAMA FEQAH LAIN DARI PENDAPAT
ULAMA TASAWUF".
Ini bukan tidak sengaja tetapi adalah satu hakikat kerana ASAS ILMU
kepada TASAWUF adalah BERBEZA DENGAN FEQAH.  Ilmu FEQAH berdasarakan
kepada AL QURAN DAN SUNNAH serta 
IJMA dan QIYAS.  Manakala Ilmu Tasawuf bergantung kepada ILHAM, KASYF
dan MIMPI para SYAIKH mereka.

3) Untuk menjadikan pendapat mereka LEBIH KUAT, maka TITLE WALI
diberikan kepada TOKOH2 MEREKA. Padahal TIADA BUKTI pun bahawa tokoh2
mereka ini adalah WALI ALLAH SWT. Apabila di minta bukti seperti WATIKAH
PERLANTIKAN mereka melenting.

4) Oleh kerana SUMBER ILMU TASAWUF ini kabur, di kuatkan lagi dakwaan
ini dengan pengakuan tokoh2 mereka seperti di bawah:

A) Ibrahim Adham : " Aku mempelajari Ilmu Hakikat dari seorang paderi
bernama SAMAAN"
   ( Talbees Iblis)

B) Abu Yazid Al Bistami : Diriwayatkan bahawa beliau belajar Ilmu
Tasawuf dari seorang Sami Hindu yang masuk Islam bernama Abu Jaafar (
Manaqib Al Bistami)

5) Amalan2 mereka juga LAIN dari Sunnah yang jelas dan terang.

A) At Tastari : Beliau berlapar dengan melampau demi untuk mengamalakn
ajaran tasauf.
Ini berlawanan dengan Sunnah Nabi SAW yang MELARANG kita berpuasa selama
terus menerus.
Malahan, ada hadeeth yang melarang demikian.

B) Amalan memakai BAJU BULU ( SOOF) adalah kononnya untuk menjejaki
langkah Nabi Isa.
Sedangkan Nabi Muhd SAW memakai pakaian dari kain serupa dengan orang
lain.  Dan ikutan kita adalah Nabi Muhd SAW.

C) AMalan mengembara sepeti Ibnu Batutah tidak pernah diikuti oleh mana2
para Sahabat, Tabiin dan Tabit Tabiin. Dan Ibnu Batutah inilah yang
bertanggungjawab MEMFITNAH IBNU TAIMIYYAH, samada sengaja atau tidak.

6) Tokoh2 SUFI ini MAJORITINYA adlaah mereka2 yang JAHEEL dalam AGAMA
dan TIDAK MEMPUNYAI kelayakan berkata tentang Al Quran dan Al Hadeeth. 
Demi untuk merasakan diri mereka penting, mereka mengadakan2 Ilmu Taswuf
yang mereka dakwa HANYA BOLEH DIFAHAMI selepas mengikuti DISIPLIN
TASAWUF i.e Ilmu TERSEMBUNYI.

Misalnya Sahl At Tastari, Dzun Nun Al Misri, Ibrahim Adham, Al Haris Al
Muhasbi dsbnya adalah mereka2 yang TIDAK MEMPUNYAI KELAYAKAN bercakap
tentang Islam.

7) PAra Sahabat, Tabiin serta Tabit Tabiin TIDAK PERNAH TERLIBAT di
dalam amalan SUFI/TASWUF.  Malahan sekiranya hidup Saidina Umar lagi,
nescaya kumpulan tasawuf ini akan DIPERANGI.

Kesimpulannya, janganlah kita mudah TERPEDAYA dengan propaganda murahan
kumpulan2 tertentu dalam Islam yang cuba untuk MENYESATKAN kita. 
Kembalilah kepada jalan PARA SALAF dan jauhilah jalan2 yang lain dari
para SALAF.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke