*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum,

Ada dua jenis kenaikan air. Satu di negeri Tuan Guru NikAziz. Dan yang terbaru di Negeri Anak Murid (Khir Toyo).

'Air Naik' di negeri Tuan Guru adalah lumrah alam di musim tengkujuh. Maka dalam masa sebulan itu, air naik di seluruh negeri, ada jalan tenggelam, ada kampung-kampung kena pindah, dan macam-macam lagi. Orang Kelantan dah biasa dengan 'air naik' ini. Malah, mereka semacam menyambutnya dengan suasana pesta pula. Saya masih ingat, dekat kampung saya ada satu jalan yang melalui lembah sungai. Bila 'air naik' di bulan Disember, maka jalan itu akan tenggelam. Maka penduduk-penduduk kampung sekitar akan keluar beramai-ramai untuk melihat 'air naik' itu. Ada juga yang ambil kesempatan mencuci kereta jika tiada hujan.

Itulah keceriaan 'air naik' di Kelantan.

Berbeza pula dengan tragedi 'air naik' di Selangor. Kes 'air naik' di negeri Khir Toyo disambut rakyat sana dengan rasa marah dan kecewa. Sememangnya suatu perasaan yang biasa bila secara tiba-tiba harga air akan naik sehingga 75%!!. Kalau dulu kena bayar RM10, sekarang kena bayar RM17!! 'Air naik' ini lebih parah kesnya berbanding 'air naik' di Kelantan.

Kekecewaan rakyat diparahkan lagi dengan sikap syarikat air yang cuba menyembunyikan kelemahan mereka dengan menaikkan tarif air. Mereka mendakwa kerugian air sehingga 40% disebabkan kebocoran paip dan kecurian. Sepatutnya mereka selesaikan masalah kebocoran dan kecurian itu, bukan sewenang-wenangnya menaikkan tarif air. Ini menyerlahkan sikap mereka yang lemah dan tidak bermaya dalam menyelesaikan masalah.

Alhamdulillah, 'air naik' di Selangor tidak berlaku di Kelantan atau Terengganu. Jika tidak, setentunya media TV dan cetak akan menghentam PAS sehingga berbulan-bulan. TV3 tentunya akan mengadakan Siaran Khas membincangkan isu itu.

Penulis merasakan 'air naik' di Selangor ini akan membeliakkan lagi mata rakyat dan meyakinkan rakyat sememangnya pentadbiran BN tidaklah sehebat yang disangka. Malah, insyaAllah rakyat akan nampak siapa kerajaan BN yang sebenarnya- satu kerajaan yang tidak secekap mana.


Wassalam.


__________________________________________________________________
Make A Buck Or Two @ TheMail.com - Free Internet Email
Sign-up today at http://www.themail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke