*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
thanks atas tunjuk ajar. nabi junjungan kita sendiri pernah di sihir. 
semakin kuat ilmu agama seseorg/ alimnya seseorg , semakin kuat dan tinggi 
cabaran yg perlu dihadapi dan semakin besarlah syaitan yg dtg utk 
mengalahkannya.semoga mereka2 yg terlibat dpt tabah dan teruskan perjuangan 
dlm menegakkan kalimah al-Haq.
hanya Allah tempat bergantung.


>From: Hassan Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
>To: nurnajiha abd kadir <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Persoalan Serius
>Date: Sat, 24 Feb 2001 11:26:53 +0800
>
>Assalamualaikum wbt.
>
>Sudah beberapa kali saya terbaca berkenaan gerakan kaum kuffar yang mana 
>salah
>satu modus operandi mereka untuk menyesatkan umat dan keturunan Islam ialah
>dengan menggunakan atau mengenakan sihir.
>
>Sebagai umat Islam, sudah jelas bagi kita bahawa sihir adalah ilmu yang
>berhubung kait dan rapat dengan jin (syaitan). Dan sudah dijelaskan kepada 
>kita
>melalui Firman dan Hadis bahawa golongan jin dan syaitan ini tidak akan 
>dapat
>mengganggu , merosak dan mendekati golongan manusia berIman yang mendapat
>perlindungan daripada Allah SWT.
>
>Golongan yang dimaksudkan ini adalah mereka yang mantap iktiqad, akidah dan
>istiqamah ibadahnya. Iaitu mereka yang sentiasa menjalinkan perhubungan 
>dengan
>Rabbnya sepanjang masa dan dalam semua keadaan. Sesuai dengan perintah 
>ibadah
>(perhubungan antara hamba dan Rabbnya) itu sendiri wajib dilaksanakan 
>berterusan
>tanpa henti 24 jam sehari semalam atau 1440 minit sehari semalaman.
>
>Allah SWT sendiri memerintahkah kepada orang-orang berIman dengan Firmannya
>bermakna
>
>"Wahai orang-orang berIman ingatlah Allah dengan ingatan yang
>sebanyak-banyaknya".
>(al Ahzab : 41)
>
>Perhubungan dengan Allah ialah dengan hati itu sentiasa mengingati dengan 
>penuh
>ketekunan dan ketundukan serta mengEsakannya.
>
>Hati yang sedemikian sahaja yang mendapat jaminan perlindungan dan 
>keselamtan
>daripada Allah.
>
>"Sesungguhnya pada diri Rasul Allah itu merupakan contoh teladan yang amat 
>baik
>kepada kamu (iaitu) orang-orang yang mengharapkan bertemu dengan Allah dan
>keselamatan di Hari Akhirat dan mengingati Allah dengan 
>sebanyak-banyaknya". Al
>Ahzab : 21.
>
>Nabi Muhammad SAW sendiri menganjurkan mengingati Allah ini kepada umatNya
>dengan
>
>1.  mengamalkan 'Aku berlindung daripada Allah daripada syaitan yang 
>direjam".
>2. mengamalkan 'Dengan Nama Allah, Ar Rahman dan Ar Rahim'
>
>Tetapi kebanyakan kita hanya menyebutkan dilidah sahaja tanpa menghayati di
>dalam hati maksud dan mauduk kalimat tersebut. Manusia yang mendapat
>perlindungan daripada Allah ialah mereka yang ada iktiqad, akidah dan 
>ibadah
>tanpa henti.
>
>Hati yang lalai :
>
>1. kecelakaan yang amat besarlah bagi mereka yang mengeraskan hatinya 
>daripada
>mengingati Allah ; mereka itulah yang berada dalam kesesatan yang amat 
>nyata. Az
>Zumar : 22
>
>2. barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Ar Rahman maka Kami 
>adakan
>baginya syaitan ; lalu syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu
>menyertainya. Az Zukaf : 36.
>
>3. (berkenaan dengan golongan munafik), syaitan telah menguasai mereka lalu
>menjadikan mereka lupa daripada mengingati Allah, mereka itulah golongan 
>syaitan
>(hizbi syaitan), ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan inilah 
>yang
>merupakan golongan yang sangat rugi.  Al Mujadilah : 19.
>
>Orang-orang Islam yang berilmu dan berIman wajib mengamalkan dan menghayati
>perintah-perintah Allah yang amat jelas dalam al Quran. Allah SWT tidak 
>akan
>berkompromi dengan mereka yang lalai daripada mengingatinya (tidak 
>menjalinkan
>perhubungan antara hamba-Rabb).
>
>1. Oleh itu ingatlah kamu kepada Ku nescaya Aku ingat kepadamu dan 
>bersyukurlah
>kamu kepada Ku dan janganlah kamu ingkari nikmat Ku. Al Baqarah : 152.
>
>2. Belumkah lagi sampai waktunya bagi orang-orang berIman itu menjadi 
>tunduk
>HATI mereka dengan penuh ketekunan mengingati Allah. AL Hadid : 16.
>
>
>Jika sesaorang berIman itu ada masalah, kesusahan dan dugaan maka Allah 
>itulah
>yang menjadi tempat mengadu dan melepaskan segala permasalahan. Kerana 
>Dialah
>sahaja yang mengenakan masalah dan dugaan tersebut dan Dialah juga yang 
>amat
>berkuasa melepaskannya.
>
>"Barangsiapa berTakwa kepada Allah nescaya Allah akan melepaskan segala
>permasalahannya, kesusahannya dan kesempitannya..."
>
>TETAPI jika kita jarang-jarang mengingati Allah, sampaikan kepada 
>mendirikan
>solat pun tidak dapat mengingati Allah, jadi bagaimanakah jaminan 
>pertolongan,
>perlindungan dan keselamatan Allah di dunia dan di akhirat akan menjadi
>kenyataan.
>
>Nabi Muhammad SAW tinggalkan kepada umat Islam Quran dan Hadis untuk 
>difahami,
>diikuti dan dihayati agar kita tidak sesat, rugi, ingkar, zalim, nifak,
>syirik... tetapi perkara yang terang-terang yang diperintahkan Allah, untuk
>meneguhkan perhubungan, iktiqad, akidah dan ibadah, kita tidak akuri dan 
>tunduk
>kepadaNya. Maka terimalah padah yang menimpa di kalangan ramai umat Islam 
>hari
>ini....
>
>Sihir dan segala tipu daya orang-orang kafir sama ada Yahudi dan Nasara dan
>sekalian manusia (sebenar-benar manusia yang kafir itu hanya Allah sahaja 
>yang
>mengetahuinya) akan menjadi cair , lemah dan gagal. Kerana segala sihir dan 
>tipu
>daya mereka merupakan perancangan mereka yang serba lemah dan kekurangan,
>sementara yang daripada Allah adalah merupakan perancangan Allah, yang 
>pasti
>mengalahkan dan mengatasi sekalian makhlukNya.
>
>"Perteguhkanlah olehmu perhubungan dengan Allah (hablillah) dengan
>seteguh-teguhnya, usahlah kamu longgarkan, renggangkan, leraikan, putuskan 
>dan
>pisahkan".
>
>Fikirkanlah bersama wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sempurna.
>Daripada Allah jua dipohonkan petunjuk dan keampunan.
>Wassalamualaikum wbt.
>
>nurnajiha abd kadir wrote:
>
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > a.kum, netters semua. saya setuju dgn imam b. dlm hizbinet ni saya tak
> > banyak membalas tapi sekadar byk membaca. saya byk mengkaji ttg tiga 
>agama
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "nurnajiha abd kadir" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke