*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mungkin ini sebahagian daripada bala untuk TV3.....masyarakat telah 
sampaikan mesej lebih awal kepada TV3 agar berlaku adil....tidak diendahkan 
oleh TV3....maka sekarang tak usahlah kita endahkan TV3...biarlah ia terjun 
dengan labu-labunya.....sekurang-kurangnya mesej doa orang yang teraniaya 
boleh difahami oleh pengurusan TV3 kini....yang ironinya DSAI saman PM RM100 
juta....tetapi tak semena-mena TV3 yang kena bayar RM100 juta......

>From: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Kesian TV3
>Date: Fri, 23 Feb 2001 18:59:30 -0800 (PST)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>TV3 kena bayar RM100j -- Tidak kemuka pembelaan terhadap
>                          saman ahli perniagaan
>
>KUALA LUMPUR 23 Feb.- Mahkamah Tinggi di sini hari
>ini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd.
>(TV3) membayar ganti rugi RM100 juta kepada seorang
>pengarah urusan sebuah syarikat agensi pekerjaan
>berhubung satu saman fitnah.
>
>Penolong Kanan Pendaftar, Norliza Othman mengeluarkan
>perintah itu dalam kamarnya selepas membuat satu
>penghakiman ingkar terhadap TV3 yang tidak mengemukakan
>pembelaan dalam saman fitnah yang difailkan oleh Badrul
>Zaman P.S. Md Zakariah, 50.
>
>Norliza juga memerintahkan TV3 membayar faedah lapan
>peratus setahun mulai hari ini sehingga penyelesaian
>penuh dan kos kepada plaintif.
>
>Perintah bagi penghakiman ingkar itu telah dihantar
>sendiri oleh Badrul Zaman selaku plaintif kepada Tetuan
>Zaid Ibrahim & Co. yang mewakili TV3 pada pukul 12.15
>tengah hari ini.
>
>Sementara itu, jurucakap TV3 ketika dihubungi malam ini
>berkata, pihaknya akan merujuk kepada penasihat
>undang-undang syarikat terlebih dahulu sebelum membuat
>sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
>
>Bayaran ganti rugi RM100 juta yang diperintahkan
>terhadap stesen televisyen swasta tempatan tersebut
>dipercayai yang tertinggi pernah dicatatkan dalam kes
>saman fitnah setakat ini.
>
>Badrul Zaman pada 2 Januari lalu telah mengemukakan
>saman berjumlah RM400 juta terhadap Radio dan Televisyen
>Malaysia (RTM), bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen,
>Datuk Aseh Che Mat, kerajaan Malaysia dan TV3 atas
>dakwaan memfitnahnya.
>
>Dalam pernyataan tuntutannya plaintif memberitahu, pada
>24 Februari 1998 satu berita telah disiarkan oleh defendan
>pertama dan keempat (TV3) berhubung persidangan akhbar
>yang dibuat oleh Aseh.
>
>Aseh dalam sidang akhbar itu didakwa memberitahu bahawa
>Jabatan Imigresen telah memasuki premis perniagaan Badrul
>Zaman iaitu Agensi Pekerjaan dan Levi Al Zaman Sdn. Bhd.
>
>Dalam serbuan itu, pegawai Imigresen dikatakan telah
>mengambil barang-barang kepunyaan premis tersebut
>termasuk 350 pasport warganegara India.
>
>Menurut Badrul Zaman, dalam siaran berita itu, visual
>dirinya yang berjalan dan bergari telah ditayangkan.
>
>Katanya, visual tersebut tidak sepatutnya disiarkan
>kerana ketika itu beliau masih di dalam reman bagi
>menunggu penyiasatan dan masih belum dituduh di dalam
>mana-mana mahkamah.
>
>Beliau mendakwa Aseh telah membuat kenyataan fitnah
>terhadap dirinya sewaktu sidang akhbar tersebut.
>
>Menurut Badrul Zaman, akibat daripada penyiaran berita
>itu, reputasinya telah terjejas dan turut dipandang hina
>pada pandangan masyarakat umum.
>
>Beliau menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta
>daripada setiap defendan, ganti rugi teladan dan teruk;
>ganti rugi khas; injunksi terhadap defendan atau ejen
>mereka daripada terus menyiarkan berita mengenai dirinya.
>
>Selain itu pada 2 Februari lalu, Badrul Zaman telah
>mengambil tindakan menyaman sembilan syarikat akhbar
>tempatan dan tiga defendan lain untuk menuntut ganti rugi
>berjumlah RM1.3 bilion atas dakwaan memfitnahnya.
>
>Dalam saman itu, Badrul Zaman menamakan defendan
>terdiri daripada Sun Media Corporation Sdn. Bhd.;
>Penerbitan Sahabat (M) Sdn. Bhd. yang menerbitkan
>akhbar Malaysia Nanban; Nanyang Siang Pau Sdn. Bhd.
>dan The China Press Bhd.
>
>Turut dinamakan sebagai defendan, Pemandangan Sinar
>Sdn. Bhd. yang menerbitkan akhbar Sin Chew Jit Poh;
>Tamil Nesan (M) Sdn. Bhd.; The New Straits Times Press
>(M) Bhd.; Star Publications (M) Bhd. dan Utusan Melayu
>(M) Bhd.
>
>Beliau juga menamakan Aseh yang kini Ketua Setiausaha
>Kementerian Dalam Negeri, syarikat percetakan Star
>Papyrus Printing Sdn. Bhd. dan kerajaan Malaysia sebagai
>defendan.
>
>Dalam saman itu, Aseh dan kerajaan Malaysia menghadapi
>tuntutan ganti rugi masing-masing RM400 juta.
>
>Mengenai saman melibatkan pihak media, pada 6 Februari
>lalu, syarikat Utusan Melayu (M) Bhd. telah diperintahkan
>oleh Hakim Datuk Dr. Kamalanathan Ratnam membayar ganti
>rugi RM1.3 juta kepada syarikat Batik Tjanting Handicraft
>Sdn. Bhd. dan pemiliknya, Datuk Paduka Sharipah Hishmah
>Sayed Hassan kerana didapati memfitnah melalui artikel
>yang disiarkan dalam majalah Wanita keluaran Februari 1999.
>
>Sementara itu, Ummi Hafilda Ali dan Khairuddin Hassan
>yang pernah mengemukakan saman terhadap Kumpulan
>Karangkraf Sdn. Bhd. bagi menuntut ganti rugi RM20 juta,
>memperoleh RM300,000 selepas Mahkamah Tinggi pada 31 Mei
>tahun lalu setelah mendapati syarikat tersebut memfitnah
>mereka melalui artikel yang disiarkan oleh akhbar tabloid,
>Bacaria.
>
>Pada 29 Disember 1999, The New Straits Times Press
>(M) Bhd. (NSTP) telah diperintahkan oleh Mahkamah
>Tinggi membayar ganti rugi RM900,000 kepada dua ahli
>perniagaan wanita setelah didapati menerbitkan rencana
>berunsur fitnah terhadap mereka.
>
>Dua ahli perniagaan wanita itu, Noor Asiah Mahmood
>(adik ipar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
>Abdullah Ahmad Badawi) dan adik angkatnya, Nyak
>Rohana Nyak Ariff.
>
>Kedua-duanya dalam tuntutan asal, masing-masing
>memohon ganti rugi khas sebanyak RM2.5 juta dan juga
>ganti rugi teruk RM2.5 juta.
>
>Oleh: NORLELA IBRAHIM
>
>
>----------------------------------------------------------------------
>Get your FREE ShyMail account!
>http://www.shymail.com/
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sham sham" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke