*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Assalamualaikum. Penerangan yang diberi oleh saudara Hassan Abdullah amat baik sekali dari segi fekah dan kita mesti cuba sedaya upaya menurutinya. Saya ingin menambah dari aspek ilmu tasauf iaitu tasauf amat menekankan yang amat berat tentang perkara solat. Hampir antara tujuan utama pembelajaran tasauf adalah untuk mendapatkan kekusyukan di dalam solat. Rahsia kusyuk inilah yang memerlukan kesabaran untuk mempelajarinya. Ringkasnya rahsia kusyuk solat di dalam tasauf adalah akan hanya tercapai apabila seseorang itu dapat mengenal dirinya di sisi tuhannya. Apabila seseorang itu kenal tuhannya iaitu Allah Taala maka barulah ia dapat memberi segala tumpuan dan ia akan hanyut di dalam penghayatan kepada Allah Taala dan Allah Taala akan membimbingnya dengan memberi hidayah. Contohnya jika boss yang baik suka pada kita dan kita kenal akan dirinya maka pasti akan bertambah rajin kita bekerja. Walau pun begitu wali Allah yang terkenal Syeikh Kadir Al-Jailani memakan masa 30 tahun untuk mempelajarinya maka kita haruslah banyak bersabar didalam mempelajarinya. Setakat ini saja saya akan menyambungnya jika ada sambutan.Insya Allah. Wassalam. -----Original Message----- From: Hassan Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> To: hadi ma <[EMAIL PROTECTED]> Cc: nurnajiha abd kadir <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Date: Sunday, February 25, 2001 9:02 PM Subject: Re: H-Net* Persoalan Serius-Cabarlah Minda anda dengan ini!! > > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ >Assalamualaikum wbt. > >BerSabda Nabi Muhammad SAW > >"Akan datang satu masa ke atas manusia yang bersolat, pada hal yang sebenarnya mereka tidak bersolat". > >Firman Allah Taala > >"Kecelakaan yang amat besar ke atas mereka yang solat, sedangkan mereka lalai dalam solatnya" Al Ma'un : 4 dan 5 > > >Ada beberapa punca yang menyebabkan solat sesaorang itu celaka, tidak bernilai, sesia dan rugi, antaranya : > >1. Tidak mematuhi sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. > >"Dirikanlah solat itu semata-mata hanya untuk mengingati Daku (Allah Taala) " . Toha : 14 > >"Mengingati Allah itulah yang paling utama, penting dan besar". Al AnKabut : 45 > >"(Dirikanlah solat) dengan penuh ketundukan hati dan ketekunan". Al Baqarah : 137 > >"Diwajibkan solat, menunaikan Haji dan tawaf, berkorban, serta diperintahkan supaya mensiarkannya semata-mata untuk MENGINGATI ALLAH. Apabila yang disebut di atas tidak ada >lagi di dalam HATIMU sebagai matlamat yang dituju dan dicari, lalu kenapakah begitu MAHAL harga zikr mu itu? (Hadis Abu Daud dan Tarmizi). > > > >2. Tidak memahami apa yang diucapkan di dalam solat. > >"Janganlah kamu hampiri solat, sedangkan kamu dalam keadaan mabuk (nyanyuk dan tidak siuman), sehinggalah kamu mengerti dan memahami apa yang kamu ucapkan (dalam solat)." An >Nisa: 43. > >Bahasa Quran dan Bahasa Hadis adalah dalam bahasa Arab. Golongan bangsa yang pertama menganut Islam juga ialah bangsa yang berbahasa Arab. Bacaan yang diucapkan dalam solat >semuanya adalah dalam bahasa Arab. > >Ayat di atas telah dikupas dengan panjang lebar oleh Imam Abdul Wahab As Sya'arani dan Al Ghazali berhujah bahawa : > >Ramai manusia yang solat tetapi hati mereka : > >i. Banyak angan-angan tentang dunia. >ii. Perasan cemas untuk meninggalkan dunia >iii. Tertipu dengan keindahan dan kelazatan dunia >iv. Mabuk dunia >v. Tertutup mata hatinya tentang Alam Akhirat/Alam Ghaib > >3. Mendirikan tidak menepati sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasul Allah dan para Sahabat beliau. > >Telah berkata Imam Ahmad bin Hanbal (164 - 241 Hijriah). > >"Aku merasa khuatir berkenaan dengan Hadis yang ditujukan oleh Nabi SAW (lihat perenggan pertama di atas) ialah zaman kita sekarang (rujuk tempuh hayat Imam Ahmad Hanbal). >Sekiranya engkau melakukan solat di dalam 100 masjid, nescaya engkau akan melihat bahawa tidak satu masjid pun di mana manusia bersolat dengan betul menuruti sebagaimana yang >dicontohkan oleh Rasul Allah SAW dan para Sahabat beliau". > >Perhatikan: > >Ucapan Imam Ahmad bin Hanbal telah berlalu kira-kira 1200 tahun Hijriah. Di zaman beliau, beliau sendiri telah menyaksikan dengan mata kepala beliau keadaan dan prestasi solat >umat Islam yang sezaman dengannya. Sebagai seorang Imam yang bertanggungjawab beliau telah mengupas berkenaan dengan solat dan menyampaikan kepada orang-orang yang bersolat >bersama-sama dengan beliau dalam buku/kitab "Betulkan solat anda". > >Berkenaan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh sdr. hadi ma : > >1. Persoalan pertama telah saya jawab di atas. > >2. Berkenaan dengan persoalan kedua. > >Dalam pengajian dan pendidikan agama (din), perkara yang penting dan asas adalah iktiqad yang benar, akidah yang tepat dan ibadah yang istiqamah. Kemudian insya Allah disusuli >dengan amal yang soleh. > >Dengan lain perkataan, amal soleh hanya akan terbit dan terhasil dengan ketiga-tiga perkara asas di atas iaitu iktiqad, akidah dan ibadah. > >Jika sesaorang itu dapat mencapai iktiqad yang benar, nescaya berhasillah akidahnya. Sementara ibadah adalah merupakan pekerjaan hati untuk mengekal, meneguh dan memantapkan >akidah agar ia berterusan. > >Ibadah adalah : > >"...Dan janganlah kamu syirik kepada Rabb kamu iaitu dengan beribadah mengESAKANNYA". Al Kahfi : 111 > >Sebenar-benar ibadah adalah setelah sesaorang itu beroleh kemenangan berjaya membebaskan diri daripada syirik. >Ibadah yang bebas daripada syirik itu mafhumnya adalah ibadah yang berasaskan kepada iktiqad yang benar dan akidah yang tepat. Oleh kerana ibadah itu DIWAJIBKAN 24 jam sehari >semalaman tanpa henti (berterusan) ke atas golongan jin dan manusia maka wajiblah iktiqad dan akidah itu mendahului dan menyertai ibadah. Tidak boleh bercerai atau >menceraikan antara iktiqad, akidah dan ibadah (bebas daripada syirik dan sentiasa mengESAKANNYA"). > >Ibadah yang sedemikianlah juga merupakan mafhum daripada Firman Allah Taala (maknanya) : > >"Dan beribadahlah engkau kepada Ku dan itulah satu-satunya Jalan Yang Lurus". Yaa Sin : 61. > >Jalan Yang Lurus adalah mengekalkan hati itu sentiasa terjalin perhubungan dengan Rabbnya (hubungan antara hamba dengan Tuhannya). > >"Oleh itu ingatlah kepada Ku nescaya Daku ingat kepada mu..." Al Baqarah ; 152 > >Ingat dengan penuh ketundukan dan ketekunan sepenuh hati (kyusuk) dan bebas daripada syirik. > >Orang yang sudah ada ibadah ( iktiqad dan akidah ini) apabila mahu mendirikan solat maka pada diri orang ini sesuailah dinamakan ibadah solat. Kerana telah mendahului ia akan >solat itu dengan ibadah yang tidak putus. > >Orang yang sedemikianlah yang hanya layak mengucapkan ucapan-ucapan dan bacaan dalam solat seperti : > >1. Dalam Doa iftitah > >"Maha Besar Allah" hatinya sudah sentiasa 24 jam tidak lalai mengingati dan mengutamakannya dan membesarkannya >"Segala Puji bagi Allah dengan sebanyak-banyaknya" hatinya tidak putus-putus memuji lantaran tidak lalai dan dilalaikan >"Maha Suci Allah Setiap pagi (sebelum Subuh telah bangkit mengingati Allah) dan Setiap petang (sebelum terbenam matahari telah bersedia mengingati Allah - bersih dan suci >hatinya daripada sekalian yang selain Allah). > >Setelah hatinya suci bersih sesuai dengan Firman Allah (rujuk Al A'Ala : Ayat 14 dan 15) > >Naik pula ia ke makam Munajat > >"Aku hadapkan diriku kepada wajahMu yang menjadikan sekalian Langit dan Bumi, tunduk berserah diri dan bukanlah aku daripada golongan yang mensyirikkanMu". > >Dan Makam Tabdal > >"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya daripada keranaMu jua Ya ALlah yang mentadbir sekalian alam" > >Seterusnya Makam Tawakal > >Fatehah Allah SWT kurniakan kepada orang-orang yang mencapai makam Tawakal kepada Allah. > >iaitu: > >i. Orang yang sudah berlindung sepanjang masa kepada Allah (Allah Taala sahaja yang berdaya upaya) >ii. Orang yang sudah Allah menyertainya , Rabb yang bernama Ar Rahman dan Ar Rahim >iii. Orang yang tidak putus-putus hatinya sentiasa memuji dan mengutamakan Allah, Puji yang khusus kepada Rabbul alamin >iv. Iaitulah Rabb yang Bernama Ar Rahman dan Ar Rahim >v. Penguasa yang memiliki Hari Qiamat >vi. Sesuai dan lancarlah hatinya mengucapkan "Dikau jua yang daku ibadahkan (24 jam tidak putus sehari semalaman) dan dikau jualah daku memohon pertolongan" >vii. Mohon tunjuki daku Jalan Yang Lurus (hampir dan telus) >DAN SETERUSNYA.. > >Menunjukkan ibadah solat itu adalah hanya sesuai dan layak didirikan bagi orang yang sudah teguh ibadahnya (bebas daripada syirik), istiqamah dan berterusan . Orang yang >berIman dan mengamalkan ilmunya sesuai dengan Quran dan Hadis. "Cakap serupa bikin". Tetapi sekiranya belum mantap iktiqadnya dan tidak tahu hujung pangkal akidahnya, lalu >apakah yang mahu diibadahkan. Dibimbangi ia kelak akan termasuk ke dalam golongan orang yang diharamkan menghampiri solat (rujuk An Nisa : 43). Hampiri solat pun tidak boleh >betapa pula mendirikannya. (Bandingkan dengan Ayat "wala taqa rabuzzina..") Lantaran perkara-perkara berikut : > >1. Berdusta (nifak) kepada Tuhan (lidah mengikrarkan hanya Tuhan yang diibadahkan tetapi sebenarnya yang selainNya) >2. Riak kepada Tuhan (menunjuk-nunjuk kepada Tuhan kononnya dia solat pada hal yang diingat dan dihadapnya adalah makhluk jua) > >Malangnya ramai di kalangan kita, sampai ke peringkat Tuhan pun dia sanggup berdusta dan riak. Tidak cukup kepada manusia sahaja, malahan Tuhan dia sendiri pun dia mahu dan >gamak menipu dan riak. > >Maka sesuailah Allah Taala berFirman sebagai jawapannya : > >"Kecelakaan yang amat besar ke atas mereka yang solat sedangkan mereka lalai di dalam solatnya". >"iaitu termasuklah golongan yang riak" >Al Maun : 4 dan 5 > >Betapakah kita harus lalai dan riak sedangkan sudah terang Allah Taala menegaskan : > >"Sesungguhnya Tuhan mu amat mengetahui apa jua yang tersembunyi (belum dizahirkan) di dalam hatimu".Al Mulk : 14 > >Bermohon kepada ALlah atas lempah rahmat dan keampunanNya untuk saya dan sdr. hadi ma serta sdra/ri. >Wassalamualaikum wbt. > >hadi ma wrote: > >> Assalamu alaikum all, >> >> Pernahkah anda dengar orang Islam bersembahyang tetapi >> tidak bersolat??. Dalam bahasa inggeris "uphold >> worship yet not pray". Awas..Anda mungkin telah >> bersembahyang tetapi anda mungkin tidak bersolat!!. >> >> Dalam bahasa inggeris solat disebut sebagai "pray" >> yang membawa erti "doa/berdoa". Doa pula membawa erti >> konotasi) meminta. >> >> Adakah anda telah "meminta-minta" didalam sembahyang >> anda??. Meminta disini bukan sererti "menyebut". >> Burung kakaktua juga menyebut tetapi adakah ia >> meminta??. Mungkin anda telah menyebut "ihdina >> ssiratol mustaqim"(tunjukkanlah kami jalan lurus) >> didalam sembahyang anda, tetapi adakah apa yang anda >> sebut itu adalah apa yang anda pinta??. >> >> Cabarlah minda anda. Biarkan otak kita berfikir kerana >> Allah mahukan kita berfikir. Perlindungan dari sihir >> yang di hajati mungkin terdapat didalam "doa/solat". >> >> Wassalam >> > > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) > ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) > ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) > ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) > ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > >Pengirim: Hassan Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "ruzlan" <[EMAIL PROTECTED]>