*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Assalamualaikum........

Ana ada sedikit kemusykilan di sini berhubung dengan
orang yg bernikah dgn temannya ketika mengandung
kandungan luar nikah.(anak dr cantuman benih mereka
berdua). Jika anak itu ditakrifkan sebagai 'anak
husnuz zan' SEPERTI DALAM ARTIKEL DIBAWAH(usia
kandungan adalah melebihi tempoh enam (6) bulan
mengikut perkiraan kalendar Hijriah) :-

1)Jika anak itu perempuan, adakah sibapa itu bolih
menjadi WALI bagi pernikahan anak itu?

2)Adakah anak itu layak menerima pusaka seperti anak-
anak yg lain?

jzk kpd semua yg sudi memberikan jawapan.

>WASSALAM

......................................................
+++ NB :-Sila baca artikel dibawah yg saya muatkan
disini utk rujukan.
.......................................................

Hukum nikah dgn perempuan yg sedang mengandung anak
luar nikah adalah sah (bila cukup rukun dan syarat
nikah),sama ada lelaki yg bernikah itu si empunya
benih dlm kandungan itu atau lelaki lain.

Masalah sama ada boleh atau tidak anak drp benih luar
nikah itu dibinkan kpd bapanya (yg dinikahkan secara
sah selepas zina) adalah tertakluk kpd tempoh usia
kandungan selepas dinikahkan. Sekiranya usia kandungan

adalah melebihi tempoh enam (6) bulan (mengikut
perkiraan kalendar Hijriah) selepas dinikahkan, maka
anak yg dilahirkan itu bolih dibinkan kpd suami ibunya

yg sah itu. Sekiranya usia kandungan itu tidak sampai
enam bulan Hijriah selepas akad yg sah, maka haram
membinkan anak itu kpd lelaki yg menjadi suami kpd
ibunya itu.

Sebagai contoh, Minah telah berzina dgn Mamat lalu
hamil. Ketika usia kandungan zinanya tiga bulan
Hijriah, Minah pun dinikahkan dgn Mamat (atau dgn
lelaki lain). Enam bulan sepuluh hari selepas akad
nikah itu, Minah pun melahirkan bayi hasil perzinaan
dgn Mamat lebih kurang sembilan bulan yg lalu. 

Walaupun anak itu sebenarnya adalah hasil perzinaan,
tetapi atas dasar Husnuz Zan (berbaik sangka), maka
syariah membenarkan anak itu dibinkan kpd Mamat (atau
lelaki lain) yg telah berkahwin dgn Minah secara sah.

Ini berdasarkan 'isyarat al-nas' drp ayat2 berikut:

1. Ayat 15 Surah al-Ahqaf yg bermaksud, "Dan Kami
(Allah s.w.t.) telah berpesan kpd manusia supaya
berbuat ihsan kpd kedua ibu-bapanya, ibunya telah
mengandungkannya secara payah, dan melahirkannya
secara payah, (tempoh) kandungan dan penyusuan selama
tiga puluh bulan…"

2. Manakala ayat 14 Surah Luqman pula bermaksud, "…dan
penyusuannya selama dua tahun…" 

3.Ayat 232 Surah al-baqarah yg bermaksud, "Dan ibu2 yg

menyusukan anak2 mereka selama genap dua tahun, iaitu
bagi sesiapa yg hendak menyempurnakan penyusuan itu"

Berdasarkan ayat2 di atas, para ulama Islam yg
bijaksana lagi memahami al-Quran telah merumuskan
bahawa tempoh kandungan yg minima (paling pendek) 
ialah selama enam bulan Hijriah.

Ini kerana Al-Ahqaf: 15 menyatakan tempoh kandungan
beserta penyusuan ialah 30 bulan (perkiraan bulan dlm
al-Quran adalah berdasarkan Qamariah/Hijriah),
manakala al-Baqarah: 232 dan Luqman: 14 pula
menyatakan tempoh penyusuan yg lengkap ialah 24 bulan.
(30 - 24 = 6), maka tempoh 6 bulan yg tinggal itu
ialah utk usia kandungan yg minima, w/pun kebiasaan
tempoh hamil ialah lebih kurang 9 bulan.

Berdasarkan inilah, maka anak yg dilahirkan selepas 6
bulan Hijriah ibunya bernikah, adalah dikira anak yg
sah dan dibinkan kpd bapanya yg telah bernikah secara
sah dgn ibunya, w/pun umum mengetahui si ibu itu telah

berzina dan telah hamil semasa akad nikah diadakan. 

Maka sesiapa yg menuduh anak itu sebagai anak haram,
maka si penuduh layak dikenakan Had al-Qazaf (jenayah
menuduh zina tanpa saksi) sebanyak 80 sebatan
(berdasarkan Surah al-Nur: 4). Sebaliknya, jika usia
kandungan itu tak cukup enam bulan Hijriah selepas
nikah yg SAH, maka adalah HARAM membinkan anak itu kpd

lelaki yg dinikahi oleh ibunya secara sah semasa
sedang hamil zina itu.

Bahkan menurut hukum Islam, jika Minah melahirkan anak
yg usia kandungannya kurang drp 6 bulan drp tarikh
akad nikah yg sah, maka dia dikira telah hamil luar
nikah tanpa syak lagi (tak boleh diberi husnuz zan
lagi) dan layak dihukum hudud zina, melainkan dia
dapat membuktikan dgn bukti yg melampaui keraguan
bahawa dia dizinai secara paksa (rogol). Minah juga 
boleh membawa ke muka pengadilan lelaki yg menzinainya
(dlm contoh tadi, Mamat) utk sama dihukum hudud zina,
sama ada dgn bukti atau saksi atau pengakuan lelaki
itu. Jika tidak, Minah seorg dihukum hudud zina, 
melainkan dia berjaya membuktikan bahawa dia dirogol. 

WaLlahu a`lam bis sowab, wassalam.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AbangCiliApi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke