*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa makna "Double Standard" ?.

"Double Standard" ialah apabila :

Anwar Ibrahim tidak boleh dijamin atas alasan keselamatan negara walhal 
kesnya termasuk dalam kategori boleh dijamin
TETAPI ;
Encik Wong yang dituduh membunuh (di Seremban) boleh dijamin atas alasan 
"membantu siasatan" walhal kesnya termasuk di dalam kategori TIDAK boleh 
dijamin.

Perhimpunan anjuran UMNO tidak perlu permit Polis
TETAPI ;
Perhimpunan BA perlu permit Polis (boleh dibatalkan saat terakhir atas 
alasan keselamatan).

Tarian Singa dan kompang anjuran BA perlu permit Polis
TETAPI ;
Tarian Singan anjura MCA tidak perlu permit Polis (ditunjuk diTV sebagai 
perpaduan kaum).

Marina Yusof dituduh & dihukum dibawah Akta Hasutan apabila menyebut '13 
Mei'
TETAPI ;
Pemimpin UMNO bebas menyebut '13 Mei' malah diberi liputan media.

Dr Munawar Anes & Sukma dihukum walaupun dengan "bukti meragukan" TETAPI ;
Azizan bebas walaupun "mengaku diliwat" di mahkamah.

Zainur Zakaria dihukum atas tuduhan menghina mahkamah apabila mempertikaikan 
Mokhtar & Gani sebagai pendakwa
TETAPI ;
Pemimpin negara bebas berkata berkaitan perbicaraan mahkamah atas alasan 
"dibuat diluar negeri", "berhak sebagai PM" dll.

Pekebun kelapa sawit di tuduh "lupa" semasa harga kelapa sawit pada RM400.00
TETAPI ;
Tajudin Ramli di bail-out atas alasan "persetujuan pembeli-penjual", "harga 
permium", "menyelamatkan MAS".

Untuk Sabah & Sarawak, istilahnya Royalti & Perjanjian
TETAPI ;
Untuk Terengganu, istilahnya wang Ihsan & MOU (apabila PAS memerintah !!).

Yusof Chin & Mokhtar Abdullah bebas walaupun ada "gambar" di New Zealand 
(bukti tiket dsb. dari "Brown Private Investigator, UK) dan Itali " TETAPI ;
Tun Salleh Abas dipecat walau pun tiada bukti penyelewangan atau salah guna 
kuasa.

RM1.7 billion untuk seorang (bail-out KPB)
TETAPI ;
Kenaikan hanya 10% untuk ~800,000 kakitangan kerajaan (heboh sakan !!!).

Rumah Ketua Pemuda Keadilan digeledah SELEPAS 2 JAM Pemuda UMNO membuat 
lapuran polis & beliau ditangkap & di tahan dibawah akta Hasutan
TETAPI ;
Tiada rumah yang digeledah, tiada siapa yang ditangkap apabila Pemuda 
Keadilan membuat lapuran polis behubung dengan rasuah & penyelewangan 
pemimpin negara (sampai tidak ingat jumlahnya).

Anak Johor
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Anak Ulu Muar" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke