*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Kalu sapa2 nak buka perbincangan mengenai perlunya sujud sahwi
(yg sdra hadi ma katakan) bila terlupa tahyat awal, boleh lah 
berbincang dengan aman.

Sambil itu, ijinkan teman sambung sikit lagi cerita mengenai majlis
tahlil itu....

Tuan rumah pun memberi isyarat supaya seseorang memulakan bacaan
doa. Lagi sekali, acara cuit mencuit berlaku, dan lagi sekali
tiba kepada orang latah tadi.  Bila saja beliau dicuit, terus aje
dia mengangkat tangan dan membaca "Allahummahdini fimanhadait,
waafiiman....seterusnya" dan disambut oleh hadirin yang lain. Maka
memadailah dengan doa qunut aje majlis tahlil hari itu. Sekianlah
cerita ustaz di radio tu... 

Tak dapat dinafikan, dizaman sekarang ni pun masih ada kampung2 
yang dihuni oleh penduduk yang agak ketinggalan dari segi ilmu.
Ada satu kampung di negeri Perak nu, dimana berlaku satu kematian.
Bila tiba masa solat jenazah, hanya 3 orang yang lakukan, walhal
diluarnya ada anak2 dan jiran2, yang mungkin tak tahu perihal solat 
jenazah. Dikampung itu, kebanyakan penghuninya ialah pesara askar
yang sudah uzur. Anak2 pula ramai yang berhijrah. Yang tinggal pun 
yang layak kerja kilang aje. Nenek2 dan Ibu2 yang baru belajar 
mukaddam, solat pun masih ada.  Upacara ziarah kubur dengan menyiram
dan menabur bunga2an pun masih berlaku - sapalah yang kuasa 
menegurnya? Anak? Menantu? Boleh bermasam muka jadinya.  

Sekian.

> Assalamu alaikum all.
> 
> Ada kes-kes kejahilan yang boleh membuatkan kita
> berlaku zalim. Telah berlaku kepada saya disuatu hari,
> akibat jahil dalam rukun sembahyang tentang tahyat
> awal....
> 
> Ceritanya begini :
> 
> Imam telah terlupa (atau sengaja) meninggalkan tahyat
> awal dan makmum telah menegurnya dengan nyata tetapi
> imam tidak pedulikan dan meneruskan solat tersebut
> sehingga salam tanpa sujud shawi. Makmum kemudian
> terus berniat mufarakah dan melakukan sujud shawi,
> kemudian salam.
> 
> Didapati sebenarnya, tahyat awal itu bukan dari rukun
> solat bahkan ianya hanyalah sunat sahaja; dibuat atau
> tidak dibuat, dengan sengaja atau tidak, solat tetap
> sah. Sujud shawi sekali-kali tidak relevan dalam kes
> sebegini.
> 
> Saya difahamkan mufarakah adalah perbuatan yang zolim
> kepada Imam(ketua). Dalam kes ini, kezoliman tanpa
> alasan.
> 
> Wassalam.
> 
> IMMI
> 
> 
> 
> --- En Quiet <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > 

> > Assalamualaikum,
> > 
> > Oleh kerana mail pun tak berapa ada, mungkin ramai
> > dah balik kampung, ijinkan teman kongsi apa yang teman dengar 
> > kat radio - satu tazkirah oleh sorang Ustaz. Cerita benar katanya
> > (tak diberitahu mana tempat 
> > atau tahun bila)...
> > 
> > Berlaku disatu kampung, hanya ada 2 orang yang
> > dikira tahu serba sedikit pasal agama iaitu tok imam dan tok bilal
> > (yang lain tu mungkin lebih kurang murid2 sekolah dewasa dalam
> > pendekar bujang lapuklah gamaknya - agak temanlah). Satu hari
> > seorang penduduk kampung nak buat kenduri arwah (for the purpose 
> > of this story, kita skip ajelah debate mengenai hukumnye ye).  
> > 
> > Tunggu punya tunggu, tok imam dan tok bilal tak sampai2, lalu 
> > diarah seseorang pi check tengok apekehalnye.  Rupa2nya tok
> > imam sedang menyambut anaknya lahir dan tok bilal mengalami
> > cirit-birit. Oleh kerana orang dah datang, hidangan dah sedia, 
> > tuan rumah pun mula beri isharat supaya orang mulakan bacaan 
> > tahlil. Upacara mencuit orang sebelah pun berjalan, sorang pun 
> > tak tahu bagaimana nak mula. Cuit punya cuit, last2 tercuit 
> > seorang yang latah. Apalagi, mengucap panjang dia....
> > "La Illaha Illallah". Dengar aje kalimah itu, yang lain pun tampa 
> > buang masa menyambutnya. Berkumandanglah kalimah itu terus menerus
> > bersambung2.... Kalau dah sampai 500X (ustaz tu punya estimatelah),
> > parah juga jadinya. Tak seorang pun tau bagaimana nak 
> > memberhentikannya. Sekali lagi upacara cuit mencuit berlaku.   
> > 
> > Luckily, datang seekor nyamuk mengigit seorang
> > hadirin. Si mamat tu pun menepuk nyamuk itu. Hadirin menyangka tepukan
> > itu ialah isyarat untuk berhenti. Maka berhentilah ratib tadi.
> > 
> > Pointnya, tanpa ilmu, memang boleh meletakkan kita
> > dalam keadaan parah.
> > 
> > Wassalam


______________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke