*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PETALING JAYA 12 Mac - Polis tidak menolak kemungkinan
pergaduhan di sekitar Jalan Klang Lama yang berlarutan hingga
masuk hari kelima akan terus merebak ke tempat lain jika penduduk
terlibat terus menyebar dan mempercayai khabar angin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Nik Ismail Nik Yusoff berkata, perbuatan
seperti itu bukan sahaja memburukkan lagi keadaan tetapi turut
menyukarkan polis menjalankan tugas dan siasatan.

Buktinya, kata beliau, daripada 15 panggilan telefon yang diterima
oleh polis semalam hanya satu panggilan yang betul setelah disiasat.

``Ini jelas menunjukkan ada usaha oleh pihak tertentu yang tidak
bertanggungjawab untuk mencetuskan keadaan huru-hara yang
berpanjangan.

``Polis kesal kerana nasihat yang diberi tidak dipatuhi sebaliknya
penduduk lebih suka mempercayai perkara yang tidak betul.

``Sikap seperti ini harus dikikis jika mahukan peristiwa ini berakhir
segera dan polis amat mengharapkan kerjasama dari orang ramai,''
katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Meor Chek
Hussein Mahyuddin.

Mengulas mengenai khabar angin yang disebarkan sepanjang malam
tadi, Nik berkata, polis terpaksa bergegas ke tempat yang dilaporkan
penduduk bagi memastikan keselamatan mereka.

Beliau berkata, sikap penduduk yang suka mempercayai khabar
angin itu menyebabkan kebanyakan penduduk sekitar kampung
berkawal malam dan berada dalam ketakutan.

Tegasnya, setiap berita atau khabar angin hendaklah mendapat
pengesahan polis kerana berita tanpa pengesahan akan
memudaratkan masyarakat.

``Kalau khabar angin tidak disebar secara meluas keadaan akan pulih
dengan singkat,'' tambahnya.

Sementara itu, Nik Ismail berkata, bilangan kematian meningkat
seorang lagi dengan jumlah keseluruhan yang dicatatkan sehingga
hari ini ialah enam orang.

Katanya, mangsa yang mati ialah seorang lelaki berketurunan India
yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM) sejak 10 Mac lalu akibat ditetak di bahagian kepala.

Nik Ismail berkata, dalam pada itu kes terbaru berlaku kira-kira pukul
1 pagi ini dengan melibatkan seorang lelaki ditikam oleh sekumpulan
lagi lelaki lain di Kampung Medan.

Bagaimanapun, ketika ditanya maklumat lanjut berhubung lelaki yang
diserang itu Nik Ismail enggan mengulas lanjut.

Beliau menambah, jumlah mereka yang ditahan sehingga lewat
petang ini ialah 183 orang.

Tambah Nik Ismail, tujuh warga Indonesia yang ditahan sejak empat
hari lalu akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi siasatan
lanjut.

Katanya, polis juga merampas 34 senjata merbahaya termasuk besi
paip, pisau, buku lima, rotan, batang besi dan satu kontena minyak
petrol.

Beliau memberitahu mereka yang ditahan itu boleh didakwa di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, Seksyen 148
Kanun Keseksaan merusuh, Seksyen 47 Kanun Keseksaan kerana
mendatangkan bencana dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan
Letupan 1948.

Ditanya tentang dakwaan pakatan pembangkang yang polis
menyembunyikan angka sebenar kematian, Nik Ismail berkata, tidak
ada sebab pihaknya menyembunyikan perkara itu.

Katanya, angka kematian yang diumumkan adalah benar dan hasil
pemeriksaan beberapa kali dengan Hospital Universiti dan pihak
hospital lain yang mempunyai kes orang yang luka atau parah akibat
pergaduhan tersebut.

``Angka lain adalah spekulasi dan palsu,'' tegasnya.


______________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke