Norazahar Abd. Razak@SIME DARBY GROUP
21-03-2001 08:18 PM


                              Rokok dan Islam

                              Agama Islam mampu memenuhi segala keperluan bagi
setiap masalah yang berbangkit
                              dalam kehidupan seharian umatnya, sehingga tidak
satu perkara pun terlepas daripada
                              sorotan Islam yang memberikan kaedah atau aturan
cara melaksanakannya, supaya tidak
                              membawa mudarat terhadap manusia itu sendiri.
Dengan demikian, terjaminlah tindak-tanduk
                              umat ini daripada terjerumus ke lembah dosa dan
kerosakan akal, jasmani dan harta benda.
                              Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang
tidak dijelaskan hukumnya secara tegas,
                              maksudnya tidak ditemui nas yang khusus
membicarakannya. Hadith Rasullullah s.a.w. :"Halal
                              itu jelas, haram itu pun jelas, dan antara
keduanya ada beberapa perkara yang syubhat
                              (samar) yang banyak dari manusia tidak
mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya
                              dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara
bagi agama dan kehormatannya. Dan
                              barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran
jatuhlah ia ke dalam haram,"(H.R. Muslim)

                              Tabiat menggunakan tembakau dalam bentuk merokok
boleh dijadikan sebagai satu contoh
                              perkara samar di mana tidak ditemui nas yang khas
menetapkan hukumnya. Pada umumnya
                              orang menganggap hukum merokok hanya markuh, sama
dengan memakan makanan yang
                              baunya tidak sedap seperti memakan bawang, jering
dan sebagainya. Hadith Rasullullah
                              s.a.w. : "Barang siapa makan bawang putih atau
bawang merah maka janganlah mendekati
                              masjid-masjid kita, kerana malaikat terganggu,"

                              Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok,
telah diperkenalkan secara menyeluruh
                              termasuk ke dunia Islam oleh penjajah Barat yang
beragama Kristian, dan ianya belum
                              pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di
kalangan masyarakat beratus tahun
                              terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk
bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam
                              upacara kebudayaan dan keagamaan.

                              Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan
kerana terpengaruh kepada orang Barat
                              yang menjajah mereka. Hari ini, merokok adalah
suatu kebiasaan yang diterima secara meluas
                              dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia
dipandang sebagai satu norma yang
                              membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila
golongan yang mudah terperdaya
                              dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan
melalui media massa, ingin pula
                              bergaya demi mencapai status kecanggihan serta
keunggulan yang kononnya dikaitkan
                              dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan
menyeleweng dari jalan yang benar adalah
                              sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum
Muslimin di zaman ini.
                              Tembakau & kesihatan
                              Tembakau memudaratkan kesihatan manusia dan haiwan
 apabila mereka terdedah kepada
                              penggunanya. Kemajuan dalam penyelidikan sains
perubatan telah jelas membuktikan
                              hubungan rapat di antara penggunaan tembakau
dengan kejadian kanser, penyakit jantung,
                              penyakit paru-paru dan berbagai-bagai jenis
penyakit lain. Rokok merupakan penyebab utama
                              kesengsaraan dan kematian yang boleh dielakkan
sama sekali di zaman moden ini. Menurut
                              Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bilangan
kematian tahunan akibat merokok di seluruh
                              dunia telah bertambah dari 1 juta dalam
pertengahan tahun 1960an kepada 3 juta sekarang.
                              Jumlah ini dianggarkan meningkat lagi kepada 10
juta setahun menjelang tahun 2020.
                              Bahayanya tidak hanya membabitkan negara-negara
Barat sahaja, malah kian mengancam
                              dan menjadi masalah kesihatan yang paling utama di
 negara-negara membangun, termasuk
                              di Malaysia.

                              Tabiat merokok mengakibatkan 90% daripada kesemua
kes kanser paru-paru, 75% kes
                              kerosakan paru-paru (chronic bronchitis &
emphysema) serta 25% kes jantung di kalangan
                              lelaki berumur di bawah 65 tahun. Beberapa lagi
jenis kanser paru-paru dan juga komplikasi
                              dalam sistem pernafasan kanak-kanak, turut
dikaitkan dengan merokok di kalangan ahli
                              keluarga.

                              Ibubapa yang merokok bukan sahaja meletakkan
anak-anak mereka pada bahaya penyakit,
                              tetapi juga kemungkinan bagi kecacatan anggota
serta menggugat pertumbuhan fizikal dan
                              minda ahli keluarga mereka sendiri. Kanak-kanak
dari ibubapa yang merokok juga adalah
                              lebih cenderung mencontohi tabiat buruk ini
apabila mereka meningkat dewasa kelak. 'Baik
                              buruknya kebangkitan tunas baru di antara kita,
bergantung rapat dengan apa yang dibiasakan
                              oleh ayahnya'. Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya
 dalam membentuk perlakuan
                              anak-anak mereka. Firman Allah s.w.t. :

                                 "Wahai orang-orang yang beriman. Peliharalah
diri dan keluarga kamu dari api neraka"
                                 (At-Tahrim : 6)

                                 "Allah mewariskan ke atas kamu tentang
anak-anak kamu"
                                 (An-Nisa' : 11)
                                 Hadith Rasullullah s.a.w. :

                                 "Tiada seorang ayah yang memberikan anaknya
suatu pemberian lebih baik daripada
                                 adab yang mulia" .(At - Termidzi)

                                 "Ajarilah anak-anak kamu dan kelurga kamu
kebaikan, dan lengkapkanlah mereka
                                 dengan adab" (AbdulRazzak & Said Mansur)


                              Gangguan dan masalah pembiakan serta kehamilan
akibat merokok telah juga jelas terbukti.
                              Racun yang terkandung di dalam asap rokok yang
dihidu oleh seorang ibu mengandung
                              mampu mengakibatkan keguguran, kelahiran tidak
cukup bulan, bayi yang tidak cukup berat
                              badan, kecacatan janin dan berbagai-bagai
komplikasi lain. Ada juga kajian yang
                              menunjukkan bahawa merokok boleh menyebabkan
kemandulan bagi lelaki dan perempuan.

                              Setiap batang rokok yang dinyalakan akan
mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun
                              yang membahayakan dan boleh menmbawa maut. Dengan
ini setiap sedutan itu menyerupai
                              satu sedutan maut. Di antara kandungan asap
termasuklah bahan radioaktif (polonium -201)
                              dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat
(acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat
                              gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun
anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen
                              cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi
pesalah yang menjalani hukuman mati,
                              dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling
penting adalah tar, nikotin dan karbon
                              monoksida.

                              Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia
yang diketahui menjadi penyebab
                              kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene
iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon
                              (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang
memulakan proses kejadian kanser.

                              Nikotin, seperti dadah heroin bertindak balas di
dalam otak dan mempunyai kesan kepada
                              sistem mesolimbik yang menjadi punca utama
penagihan. Sindrom ketagihan terhadap
                              nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian,
tolerens dan tarikan, adalah mungkin lebih
                              hebat berbanding najis dadah.

                              Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala
berkelakuan seperti mengalami gangguan akal
                              dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh
itu terlalu sukar untuk sesiapa yang
                              terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan
tabiat itu selamanya, kecuali dengan
                              kehendak Allah jua.

                              Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan
penyakit jantung dan strok. Hampir satu
                              perempat mangsa pesakit jantung adalah berpunca
daripada tabiat merokok. Di Malaysia,
                              sakit jantung merupakan penyebab utama kematian
sementara strok adalah pembunuh yang
                              keempat. Karbon monoksida pula adalah gas yang
beracun, biasanya dikeluarkan oleh ekzos
                              kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke
tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat
                              dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya
paras karbon monoksida di dalam badan
                              melebihi 60%.

                              Manusia seharusnya sedar lalu menjauhkan diri
daripada menggunakan tembakau
                              terutamanya rokok, kerana ianya adalah buruk,
membahayakan dan membinasakan.

                              Daripada maklumat tentang kemudaratan asap rokok
terhadap kesihatan, maka isu berhubung
                              menghidu asap rokok secara terpaksa atau secara
pasif (passive smoking) semakin ketara dan
                              menjadi persoalan hak asasi manusia yang semakin
hebat diperkatakan di negara-negara
                              maju. Asap rokok amat mengganggu keselesaan dan
menjadi punca utama pencemaran
                              udara dalaman (indoor air pollution), di
kebanyakkan bangunan dan tempat awam.

                              Asap yang terhasil daripada puntung rokok yang
sedang menyala (sidestream), bersama-sama
                              asap yang dihembus keluar oleh si perokok (ehaled
smoke) adalah dipanggil environmental
                              tobacco smoke (ETS). Ianya mengandungi jumlah
kandungan racun pada peratusan yang
                              jauh lebih tinggi berbanding dengan asap yang
disedut terus dari batang itu (mainstream
                              smoke).

                              Kajian-kajian saintifik yang dijalankan oleh
berbagai badan penyelidikan terkemuka
                              antarabangsa telah membuktikan bahawa merokok
secara pasif (passive smoke) merupakan
                              penyebab utama kejadian kanser paru-paru di
kalangan orang yang tidak merokok. Bagi
                              wanita bukan perokok, beliau mempunyai pertambahan
 risiko sebanyak 30% untuk menghidap
                              kanser paru-paru dan kelebihan 50% pula untuk
diserang penyakit jantung, jika suaminya
                              merokok.

                              Menghisap rokok adalah suatu perbuatan membunuh
diri sendiri dan orang lain atau makhluk
                              lain yang sentiasa terdedah kepada asap yang
berpunca daripada perokok itu, sungguhpun
                              proses pembunuhan ini mengambil masa yang agak
lama. Firman Allah s.w.t. :
                              "Dan janganlah kamu membunuh diri kamu,
sesungguhnya Allah Maha Penyayang"
                              (An-Nisa' : 29) Hadith Rasullulah s.a.w. : "Siapa
yang membunuh diri dengan meminum
                              racun, maka racun itu akan tetap berada di
tangannya dan diminumnya dalam neraka
                              jahanam"
                              (Abu Hurairah r.a.)
                              Perundangan Islam dan Merokok
                              Islam dan Faedah Merokok
                              Tidak dapat dinafikan bahawa merokok memberi
faedah kepada penghisap di mana ianya
                              dapat memberi ketenangan tertentu kepada penghisap
 untuk tempoh masa yang tertentu.
                              Ketenangan ini dirasai sendiri oleh mereka yang
merokok. Islam tidak menafikan faedah ini
                              dan al-Qur'an sendiri pun merakamkan bahawa arak
dan minuman keras juga adalah
                              berfaedah kepada manusia. Ini jelas dalam firman
Allah (surah al-Baqarah, ayat 219),

                              Maksudnya, " Mereka bertanya kepada kamu tentang
arak dan judi. Katakanlah: Pada
                              keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa
manfaat manusia

?." Namun, perundangan
                              Islam mempunyai kaedah umum yang mesti diikuti
kerana sikap sebaliknya akan
                              menyebabkan banyak hukum- hakam Islam akan
dipertikai. Kaedah umum ini ialah Islam
                              melihat kepada kadar faedah dan kadar kerosakan
yang terdapat dalam sesuatu bahan dan
                              amalan di mana hukum akan hanya terbina di atas
kadar mana Allah telah menyebutkan
                              bahawa walaupun arak itu mengandungi beberapa
kebaikan tetapi keburukannya lebih banyak
                              dan sehubungan dengan itu, ia perlu diharamkan.

                              Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 219
                              Maksudnya: "?Katakanlah: Pada keduanya itu
terdapat dosa besar dan beberapa manfaat
                              bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar
daripada manfaatnya".

                              Dalam konteks ini, walaupun merokok mempunyai
beberapa kebaikan, namun keburukannya
                              lebih mengatasi kebaikannya dan sehubungan dengan
itu, ia perlu dilarang oleh Islam. Kalau
                              kita hanya melihat kepada aspek kebaikan tanpa
pertimbangan dengan kadar keburukan,
                              banyak hukum-hukum yang telah dipersetujui perlu
diubah seperti mencuri, berzina, amalan
                              riba, berjudi dan sebagainya kerana amalan-amalan
ini juga memberi kebaikan di samping
                              keburukan yang lebih menyerlah. Ini adalah tabiat
perundangan Islam di atas dunia dan
                              seperti mana yang telah dijelaskan oleh Imam
al-Shatibi bahawa kesempurnaan hanyalah
                              berlaku di alam akhirat. Perundangan Islam untuk
mengawal kehidupan manusia di atas dunia
                              adalah tidak 'sempurna' sepenuhnya di mana dalam
kejahatan ada kebaikan dan dalam
                              kebaikan ada kekurangan.
                              Islam dan Bahaya Merokok
                              Perkara yang harus dalam Islam bersifat biasa dan
tidak membawa kepada ketagihan. Malah,
                              perkara yang wajib pun perlu dilakukan dengan
sederhana supaya ianya berkekalan, berkesan
                              dan sesuai dengan fitrah manusia. Namum amalan
merokok adalah satu amalan yanga sukar
                              dikategorikan sebagai perkara harus kerana ianya
membawa kepada ketagihan dalam merokok
                              menjadikannya menguasai manusia di mana manusia
menjadi hamba kepada rokok dan
                              bukan sebaliknya.

                              Ketagihan adalah hasil daripada bahan-bahan kimia
yang terkandung dalam rokok. Pemikiran
                              yang sihat dan matang sudah pasti akan menolak
sebarang unsue ketagihan sebagai amalan
                              yang dibenarkan oleh Islam. Lebih-lebih lagi
apabila ketagihan ini tidak dapat dipenuhi,
                              ianya akan membawa kepada beberapa masalah
sampingan yang melibatkan pihak lain
                              seperti masalah kewangan, tekanan perasaan,
perasaan marah, tidak tenang dan
                              seumpamanya. Adakah amalan sebegini harus dalam
Islam? Ketagihan menyebabkan
                              kemuliaan manusia dikurungkan kerana manusia
tepaksa patuh kepada dorongan ketagihan
                              dan bukannya keimanan dan pemikiran yang stabil.
                              Islam dan Bahaya Rokok Kepada Masyarakat dan Alam
Sekitar
                              Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini,
kandungan rokok bukan sahaja memberi kesan
                              negatif kepada penghisap malah kepada mereka yang
menyedut asap rokok. Ini adalah kesan
                              yang tidak terima oleh perundangan Islam
berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud, "tidak
                              ada kemudaratan (dalam Islam) dan kemudaratan
kepada orang lain perlu dihindarkan".
                              Seseorang itu tidak boleh menimpa kemudaratan ke
atas dirinya mahu pun ke atas orang
                              lain.

                              Tegasnya, kemudaratan mesti dihindarkan sebaik
mungkin kerana ianya bukan ajaran Islam.
                              Ajaran Islam ialah agama yang membawa kepada
kebaikan dan kemudahan. Begitu juga,
                              amalan menghisap rokok menggalakkan industri
tembakau dikeringkan dengan menggunakan
                              kaedah kayu api. Ini memerlukan kepada bahan
pembakar yang banyak dan sekaligus
                              menghasilkan karbon monoksida yang banyak dalam
dunia dan menyebabkan hutan terhapus.
                              Rokok dan Masalah Sosial
                              Rokok sudah dikenalpasti sebagai titik permulaan
kepada amalan ketagihan dadah, ganja dan
                              seumpamanya. Mereka yang tidak merokok tidak akan
terdedah kepada amalan penagihan
                              dadah dan sebagainya. Ini adalah bertepatan dengan
 kaedah perundangan Islam iaitu Sadd
                              al-Dhara' (blocking the means) iaitu menutup pintu
 kepada kejahatan.

                              Sesuatu perkara itu, walaupun pada asalnya
dibenarkan oleh perundangan Islam, boleh
                              bertukar menjadi perkara yang ditegah sekiranya ia
 boleh membawa kepada satu keputusan
                              yang tidak baik. Menyewa rumah kepada seseorang
adalah harus tetapi menyewa rumah
                              kepada seseorang yang terkenal dengan kerja-kerja
maksiat adalah tidak harus atas dasar
                              doktrin di atas kerana penyewa mungkin menjadikan
rumahnya itu sebagai tempat dan pusat
                              maksiat. Begitulah juga dalam persoalan merokok
atas andaian hukumnya adalah harus.
                              Peringatan Kepada yang Merokok
                              Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh
merosakkan kesihatan kita dan yang boleh
                              mengancamkan kehidupan kita. Apa saja yang
dimasukkan ke dalam tubuh dan uratsaraf kita
                              hendaklah yang baik, bersih dan yang menjaminkan
keselamatan jasmani, akal dan rohani
                              kita. Tabiat merokok yang diamalkan denagn cara
menyedut madat masuk ke dalam badan
                              kita adalah satu tabiat yang merosak dan
mengancamkan diri kita. Oleh itu berhentilah
                              merokok. Allah berfirman dengan maksud
menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan
                              mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk.
(Al-A'raf: 157)



"This e-mail (including any attachment hereto) is intended solely for the
addressee and is confidential and privileged. If this should have been sent to
you in error, you are not to reproduce, distribute or take any action in
reliance on it. Kindly notify us and delete the e-mail and all attachments
immediately.

E-mail is not a secure communication medium we advise that you bear in mind this
lack of security when using e-mail. As e-mail and/ or attachments may contain
viruses and other interfering or damaging elements, the receipt and / or
downloading of e-mail and / or attachments will entirely at your own risk."

Kirim email ke