Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Assalamualaikum.
 
ARTIKEL YANG BAIK
 
Semasa saya mula melayari hizbi net. ini saya sebenarnya lebih suka mengikuti perdebatan 'Tiger'. Tetapi selepas Tiger menyepikan diri, pada pendapat saya kualiti artikel di dalam hizbi net. ini semakin menurun. Tidak banyak artikel yang boleh dibanggakan. Malah sejak-sejak akhir ini ada artikel yang menjurus kepada kekufuran seperti "tentang adanya wahyu diturunkan selepas wafatnya Nabi Muhammad" yang mana pada pendapat saya adalah terkeluar dari landasan Islam yang sebenar. Atau mungkinkah adanya puak "Mirza Ghulam Ahmad" atau lebih dikenali sebagai Qadiani yang mana Qadiani mengaku ianya adalah nabi. Umat Islam majoritinya termasuk Malaysia sudah mengharamkan Qadiani dan mengistiharkan kufur kepada mereka. Saya menyarankan kepada warga hizbi supaya tidak melayan kerenah puak ini yang tidak memberi apa-apa faedah.
 
Artikel yang baik adalah seperti dari Omar Al Khatab iaitu tentang perjuangan jemaah yang mahu menegakkan Islam dan dari En. Quiet tentang pengharaman daging babi. Artikel-artikel seperti inilah yang perlu kita sokong dan kita indahkan lagi dengan fatwa-fatwa dari ulama-ulama akhirat.
 
Di dalam Hizbi net. ini tiada juga artikel-artikel yang membicarakan tentang pencapaian umat Islam di dalam bidang sains, teknologi, perubatan, dll samada yang terdahulu atau sekarang. Sebenarnya umat Islam adalah lebih "advance" berbanding dengan yang lain terutama Eropah yang mana pada masa kegemilangan Islam Eropah masih lagi di dalam kegelapan.
 
Tiada juga artikel yang membicarakan tentang pendakwah-pendakwah Islam pada masa kini seperti 'Ahmad Deedat'. Beliau telah berhujah dengan sesiapa saja dengan secara intelektual dan penuh diplomasi. Beliau begitu arif di dalam Al-Quran dan Injil dan berupaya menunjukkan pemalsuan-pemalsuan ayat-ayat di dalam Injil secara spontan.
 
Oleh itu saya sarankan warga hizbi memberikan artikel-artikel yang baik dan bermakna untuk kita jadikan Hizbi Net ini sebagai tempat pengembangan atau rujukan Islam dan bukan untuk menghancurkan Islam itu sendiri.
 
Yang baik adalah dari Allah Taala dan yang tidak baik adalah dari kelemahan diri saya sendiri.Wassalam. 

Kirim email ke