*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ijinkan teman join sekaki perbincangan ini. 

Mungkin tak lama lagi masaalah memilih best line akan selesai dengan 
adanya handphone pakai buang yg murah yg diberitakan muncul di USA.  
Jadi, mana line tak baguih, buang dan beli lain.  Ada satu masaalah;  
sekarang ni ada pulak orang buat bisnes hantar porno ke handphone.  
Dah kalau handphone begitu accessible kepada semua orang termasuk 
budak2 (kerana murahnya), agak2 macam mana nak control bebenda ni.

Satu cerita benar:  Ada seorang orang yg menaiki sebuah 4X4 telah 
terbabas dan masuk gaung yg agak dalam.  Nasib baik dia tidak 
mengalami kecederaan teruk.  Alhamdulillah, signal handphone dia 
masih ada dan dapat telephone minta bantuan.  Sampai sekarang, walau 
apa kata orang, dia masih setia dengan handphone tu, iaitu 011 (atur).
(ini bukan iklan TV ya, cerita betul).

Kelebihan 011 ni ialah, olehkerana ramai orang dah lari ke line lain 
yg menawarkan macam2 diskaun dengan handset yg murah lagi cute, 
jadinya, 011 tidak mengalami kesesakan macam yg hangpa dok bising 
sekarang.   Dia punya set tu bulky sikit.  Tapi dalam kes kecemasan 
boleh buat senjata, misalnya untuk baling anjing gila yg tak semena2
menerkam ke, kalau kena pasti kojol punya :). Kesimpulannya, sekira
nya 011 dapat mengecilkan handsetnya dan mengurangkan harganya macam 
yg lain2 tu, saya pasti, inilah yg terbagus dari yg bagus.  Namun 
begitu, 011 kena betul2 expand coverage dia. Masih ada sesetengah 
tempat di hutan Pahang yg tak ada signal.

Dari segi iklan, teman rasa iklan yg paling bagus ialah yg lagu 
temanya bunyi macam "airliuuuurmeleleleeeh", yg ada gambar pahlawan
afrika, yg ada tunjuk padang pasir & khutub utara tu, apekename line 
tu... Tapi betui ke begitu?  Dan yg teman tak berapa gemar ialah
iklan yg ada pompuan cukur kepala tu - nampak sikit kebaratan.
(Ini pandangan teman aje).    

Sekian.    

----- Original Message ----- 
From: d panglima <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; 
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, March 23, 2001 12:12 PM
Subject: Re: H-Net* Best Handphone Line


> Assalamualaikum
> 
> Jangan nak buat buat pening tengkuk. Benda ni mudah sahaja. Kalau 
> wajib pakai hp untuk cari makan supaya anak isteri tak kebulur sila 
> gunakan Maxis line dan bawa Celcom prepaid sebagai back up. Kalau 
> gamak nak main main pakai hp dan saja dok sibuk tanya suami dinner 
> dah masak ke belum, pakailah apa sahaja yang murah
> macam Timecell dan DIGI. Kalau nak cepat sakit jantung dan suka kena sumpah
> seranah oleh si caller, sila gunakan TMTouch dan kembarnya Mobikom.
> 
> Kalau dok sibuk tanya tentang kos...maka tak usahlah  pakai hp sebab benda ni
> akan buat budget bulanan lari lintang pukang. Ini umpama orang pakai Mercedes
> kemudian dok sibuk tanya tentang harga road tax dan macam mana nak jimatkan
> petrol.
> 
> Panglima
> 
> p/s: Ada orang DIGI dok marah kat saya sebab tak promote dia punya DIGI maka
> dengan ini saya nak kasi iklan free untuk DIGI..
> One country, one rate "Tiada persoalan lagi" "It makes you YOU" :) Harap puas
> hati dan jangan dok marah kat saya lagi....:D
> 


______________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Quiet " <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke