*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ummat Islam macam dalam satu berkas, bantu membantu satu sama lain, betul membetul 
satu sama lain.
kita tak akan jumpa seorang yang memiliki segala-galanya - malah mustahil.
Islam dtegakkan secara bersama - PAS, ABIM, JIM dan banyak lagi bantu membantu --- dan 
ini adalah sunnah ALLah. Ini sikap ahli yg matang melihat dudk perkara.

Arqam ada baik dan ada kurangnya. Sama juga dengan tabligh. sama juga dengan Pas. 
Wujudnya semua ini adalah wajib dan mesti, dan merosakkannya boleh jadi satu dosa.

Silapnya Arqam, pada pandangan PERIBADI hamba, ialah kerana Arqam ditegur oleh 
Penguasa. Memang betul ada lemah/silapnya Arqam  - oleh kerana Penguasa yg tegur maka 
kita dapati buruk padahnya.

Apa juga yg kita lakukan semuga kita tidak harapkan penilaian manusia sebaliknya 
kenali ALLah, dan yakin akan bantuanNya selalu.

waLLhu a'lam




marmar satu wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum..
>
> Ini ade e-mail dari seorang sahabat:
>
> Saya na cerita sedikit tentang Arqam.
> Apabila saya cerita mengenai Arqam, pasti ada yang
> memberi komen bahawa buat apa sebut-sebut
> lagi, bukan ke dah diharamkan...Sedih memang sedih
> sebab kita jadi orang yang terasing..Sekarang
> ni pun, bila saya kata saya tak sokong mana-mana
> perjuangan politikpun, saya dikatakan berada
> dalam kedudukan bahaya..sebab atas pagar..Saya rasa
> bukan masalah atas pagar atau apa, tetapi
> saya tidak percaya dengan perjuangan yang berlandaskan
> politik semasa atau dengan kata lainnya
> politik kuasa(demokrasi). Islam tidak akan berjaya
> ditegakkan sekiranya landasan kearah menegakkannya
> tidak
> benar-benar menuruti landasan Islam yang sebenar.
> Jadilah seperti sekarang, tuduh-menuduh siapa
> lebih Islam daripada siapa, fitnah menfitnah..Dan
> sesuatu yang paling saya kesali dan ingin
> benar-benar saya tanya pada pemimpin-pemimpin Islam
> sekarang (golongan-golongan yang terdidik
> dengan agama) mengapa apabila Arqam diharamkan
> sedangkan ramai yang teraniaya masuk ISA,
> tak ada seorangpun yang bangun untuk menegakkan
> keadilan, sedangkan kes saudara Anwar
> Ibrahim menjadi satu isu yang sungguh hebat. Apakah
> ini menunjukkan bahawa jika tiada
> kepentingan politik atau kepentingan diri sendiri,
> maka perkara itu boleh diambil mudah begitu
> sahaja? Apakah ini yang dikatakan pemimpin
> Islam?...Saya tahu siapalah saya untuk bertanya soalan
> seperti ini..Ilmu agama amat cetek..Paling tidakpun
> mereka akan jawab, bukan ke Arqam dah
> diharamkan, Pusat Islam kata, suratkhabar
> kata...Tetapi siapa sekarang yang tidak percayakan
> Pusat Islam, Hamid Othman, suratkhabar, TV
> ...merekalah juga...Bukankah ini menunjukkan ada
> keanehan di sini?...Atas dasar apakah keanehan ini
> berlaku?..Mereka sajalah yang dapat
> menjawabnya...
>
> Tetapi saya sangat hormat dengan Arqam dan
> ahli-ahlinya yang terdidik dengan baik..Mereka
> tidak melawan dengan melulu..kalau tidak mungkin akan
> berlaku lagi peristiwa seperti
> Memali.. Itulah bezanya perjuangan Arqam dan
> ahli-ahlinya..dan disitulah saya nampak indahnya
> perjuangan mereka..walaupun saya tahu berat mata
> memandang, lagi berat bahu memikul..Di situlah
> saya nampak, ikhlasnya perjuangan mereka.. Semalam
> semasa sambutan Maal Hijrah, saya
> terdengar petikan ucapan daripada tokoh Maal Hijrah
> 1422, bahawa perjuangan Arqam menjadi
> bahan penyelidikan dan beliau selalu ditanya mengenai
> perkembangannya di dalam seminar-seminar
> di luar negara oleh umat-umat Islam di serata
> dunia..Saya tak tahu apa motif beliau (Pengarah IKIM)
> menceritakan hal tersebut...tetapi ini menunjukkan
> bahawa perjuangan Arqam mendapat
> pengiktirafan di mata dunia. Ia bukan perjuangan local
> tetapi universal....Ada satu penyelidikan yang
> sedang dilakukan bertajuk Melayu Baru oleh sarjana
> Barat kata beliau..
>
> Sila komen.
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
> http://personal.mail.yahoo.com/?.refer=text
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: marmar satu <[EMAIL PROTECTED]>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke