*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Jabatan Pengurusan Organisasi, Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur, Tingkat 5, Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur. Tel : 03-26934531 samb. 3852
Faks : 03-26980640 [EMAIL PROTECTED]
Yang di hormati Datuk Bandar KL dan kakitangan2 DBKL;
semoga semua berada dalam sihat walafiat dan ceria.
Harap2 tuan/puan sudi apalah kiranya membaca rintihan2
pemilik2 kereta yg mengalami "sedikit" kesukaran semasa
berada di KL yg tercinta ini. Lebih senang kalau letakkan
tuan/puan ditempat mereka. Memang benar, undang2 tetap
undang2. Tapi kalau perlaksanaannya macam samseng, jadilah
ianya undang2 samseng. Dan tak heranlah kalau penghuni
KL ni hidup cara samseng dimana kerugian akibat vandalism
begitu tinggi seperti yang diceritakan oleh Datuk Lee Lam
Tye.
>----- Original Message -----
From: Aida Annuar <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, March 30, 2001 2:45 PM
Subject: H-Net* TUNDA KERETA SWASTA DBKL BAGAI PENYAMUN
tanpa lesen .
~~
Assalamualaikum .
Saya pun ada mengalami nasib seperti tuan . Pada hari
Sabtu 3 minggu yang lepas saya ada pergi kepasar malam TAR
Biasanya pada belah petang kita boleh parking di bawah
pokok di panggung Caliseum . Belum sampai 1 jam saya
teringatkan beg duit saya yang tertinggal dalam kereta ,
kemudian saya balik ke kereta semula,saya tengok
kereta saya dah tak ada ,mula saya ingatkan kereta saya
hilang tapi ada abang mat pit beritahu yang kereta saya
dah di TUNDA oleh DBKL . Saya pun teringatkan beg duit saya
yang tertinggal dalam kereta yang mengandungi sejumlah
rm 1500 . Saya pun teruslah menuju kearah bangunan DBKL ,
kemudian saya berjumpa dengan salah seorang penguatkuasa
di situ dan berceritakan mengenai kereta saya dikena tunda.
Lalu beliau menceritakan yang menjalankan aktiviti tersebut
semua pihak swasta tapi mengunakan lebel DBKL . Beliau
sendiri menyuruh saya panggil gengster untuk pukul mereka
yang menjalankan aktiviti ini . Saya sebagai perempuan apa
yang mampu saya lakukan . Tapi yang menjadi musykil saya tu
, dalam saya duduk menantikan bapa saya, lebih dari 10 biji
kereta tunda datang menunda kereta ,tapi mereka seperti
buat kerja dalam tergesa-gesa ,mereka akan tarik kereta
yang nak ditunda tu jauh dari tempat parking kemudian baru
mereka pasang tayar untuk tunda . Ini yang menjadi
kemusykilan saya . Kemudian saya berjumpa dengan salah
seorang penguatkuasa DBKL yang sedang memberi arahan kepada
beberapa orang penunda , kereta mana yang hendak ditunda .
Bila saya datang dan memberitahu yang saya tertinggal beg
duit saya dalam kereta dan kereta saya telah beliau tunda .
Tapi dengan sendiri beliau terus call orang dia dan
mengarahkan kereta saya boleh dikeluarkan tanpa membawa
geran dan entah apa-apa document atas nama beliau . Tapi
sampai sekarang saya masih berada dalam ketakutan dan rasa
kesian dengan kereta saya yang terpaksa di tarik kesana
kemari dengan teruknya . Atas dengan nasihat bapa saya dan
rakan-rakan, saya malas nak bayar kompoun yang di kenakan .
--------
From: Bistari Berahim[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Thursday, March 29, 2001 8:11 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Re: TUNDA KERETA SWASTA DBKL BAGAI
PENYAMUN BERLESEN
Tuan Editor,
Bersama ini saya ingi menceritakan pengalaman yg saya alami
dlm permasalahan tunda kereta swasta DBKL yg sedang rancak
berjlan di ibu kota Kuala lumpur. Peristiwa berlaku pada
Hari Selasa 27.3.2001 yg lepas.domana van saya telah
ditunda oleh Tunda swasta DBKL pada jam 5.10 petang dimana
van tersebut saya telah salah letak di garisan kuning yg
tiadanya Kawasan tunda kereta di Jalan Ampang bertentangan
dgn Bank Of China.Kerja tundaan berlaku tidak sampai 10
minit ,saya dapati van saya hilang dari tempat parking
tersebut.Tanpa sebarang surat yg ditinggalkan , dan saya
beranggapan bahawa van saya telah hilang.Akibat dari
peristiwa itu saya dapati satu Agenda tersembunyi dlm
kegiatan Tunda swasta yg dijalan OLeh Pihak DBKL.Dimana
sekitar kawan tersebut kurang tempat letak kereta dan Pihak
DBKL Memang mengambil peluang utk memeras Kompaun terhadap
tuan punya kenderaan.Pihak tunda kereta swasta bagaikan
seperti penyamun mengambil kereta dan kesempatan bagi
memenuhi kuota bilangan kereta yg perlu di tunda dlm
sehari. Dahlak van saya ditunda,permasalahan untuk
mengeluarkan kereta tersebut memlalui birokasi yg amat
teruk,dimana pihak tuan punya kereta perlu menunjukkan
dokumen kereta tersebut seperti geran dan cover insuran,
bagi membolehkan kereta tersebut dikeluarkan.Sedangkan
tunda kereta yg dijalankan sebagai Perompak yg diberi Lesen
oleh pihak DBKL utk mengutip sejumlah wang kompaun utk yang
perlu di bayar sebanyak RM 300 utk kampaun, RM 50 utk tunda
,RM 5 utk simpanan kereta .Kawasan simpanan kereta adalah
Di Taman Shamelin.Amat menyulitkan bagi saya krn saya
datang dari jauh dari kampung N.Sembilan utk menghadapi
Permasalahna Tunda Kereta.Saya dapati tempat tersebut baru
dan ianya diadakan utk merompak duit rakyat secara halal
dengan lesen yg dikeluarkan oleh DAto Bandar Kuala Lumpur.
Saya akui kesilapan saya atas kejadian.Disini ingin saya
berkongsi pengalaman tunda keretra swasta yg membebankan
saya juga masyarakat marhain.Dapat kiranya pihak tuan
menghebahkan Tentang permasalahan tersebut supaya rakyat
yg lain tidak teranayai dengan cara duit rakyat diperas dlm
kemelut ekonomi yg agak merungcing ketika ini. Sekian utk
makluman Pihak tuan dan dapat kiranya pihak tuan menyiarkan
surat ini utk dijadikan iktibar dan peringatan agar jangan
perkara yg sama berulang pada yg lain.
----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>