----- Original Message -----
From: jimhq
Sent: Monday, April 02, 2001 6:46 PM
Subject: [NaqibNet Diskusi] Kenyataan Akhbar JIM - 2 April 2001

Rujukan Kami : Q-10-3/9 (97)

2 April 2001/ 8 Muharram 1422H

KENYATAAN AKHBAR

PRESS STATEMENT

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

Sokongan Kemanusiaan Bagi Rawatan Terbaik Untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim

Humanitarian Support For The Best Medical Treatment for Datuk Seri Anwar

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) amat peka tentang kesengsaraan insan tanpa mengira bangsa dan agama. Ini terbukti dengan misi-misi kemanusiaan, perubatan dan kebajikan yang telah dijalankan oleh ahli-ahlinya bersendirian ataupun bersama-sama pertubuhan-pertubuhan lain di serata dunia.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) is very concerned about the sufferings of fellow human beings without prejudice to their race or religion. This is proven by the various humanitarian missions undertaken by our members, on our own or in cooperation with other organisations worldwide.


2. Kenestapaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah di antara kesengsaraan-kesengsaraan rakyat Malaysia yang kami ikuti secara prihatin. Masalah spinal (servikal dan lumbar) terus menyebabkan kesakitan pada dirinya yang mustahil dirasai oleh mereka yang tidak dikesani oleh penyakit tersebut. Herniasi disk pusat yang berkaitan pula dengan stenosis spinal yang memberatkan itu sukar dibedah dengan pembedahan yang konservatif. Jika ia dilakukan secara konservatif, risiko penyakit-penyakit pascapembedahan sangat tinggi. Menurut pakar bedah ortopedik Thomas Hoogland, MD, PhD yang telah diminta untuk memeriksa beliau pada bulan Mac 2001, sepasukan pakar-pakar Hospital Kuala Lumpur (3 orang pakar bedah ortopedik, 3 orang pakar bedah otak dan saraf dan seorang pakar bius) telah bersetuju dengannya bahawa prosedur endoskopi adalah pilihan yang paling selamat dan ianya tidak boleh ditunda lagi.

2. The predicament of Datuk Seri Anwar Ibrahim is one of the sufferings of our fellow Malaysians that we follow closely. The spinal (cervical and lumbar) problem continues to cause such pain that would be impossible for others to imagine. The aggravated central disc herniation associated with spinal stenosis is difficult to operate using conventional method. A conventional operation bears a very high risk of post-operation complications. According to Dr. Thomas Hoogland, MD, PhD, an orthopedic surgeon, who had examined Datuk Seri Anwar in March this year, a team of experts from the Kuala Lumpur Hospital comprising of three orthopedic surgeons, three neurosurgeons and an anesthetist, concurred with him that the endoscopic procedure would be the safest option and that the operation cannot be delayed.

3. JIM memohon pihak yang berkewajipan negara Malaysia untuk membenarkan Datuk Seri Anwar dan keluarganya memilih cara pembedahan atau prosedur yang boleh dilaksanakan di mana-mana saja di dunia ini sebagai usaha yang terbaik ke arah rawatan penyakit yang dialami oleh beliau itu. Kebenaran untuk beliau dan keluarganya memilih cara yang paling sesuai untuk rawatan penyakitnya akan mencerminkan iltizam masyarakat penyayang rakyat Malaysia.

3. JIM implores the Malaysian government to allow Datuk Seri Anwar and his family to choose their preferred method and place of treatment. This would indeed be reflecting the caring nature of the Malaysian people.



Yang benar,

Yours sincerely,

Profesor Madya Dr. Hj. Mohamed Hatta Hj. Shaharom

Presiden

Associate Professor Dr. Mohamed Hatta Shaharom

President


Kirim email ke