Title:
 
-----Original Message-----
From: Mohd.Sahlan Haji Ahmad
Sent: Sunday, April 01, 2001 1:43 AM
To: '[EMAIL PROTECTED]'
Cc: '[EMAIL PROTECTED]'; '[EMAIL PROTECTED]'; '[EMAIL PROTECTED]'
Subject: FW: Proton Waja - Kebanggaan siapa?
Importance: High
Sensitivity: Personal

Assalamulaikum wbt. & Salam sejahtera;

Tuan/puan,
Saya adalah salah seorang pembeli dan pengguna kereta Proton Waja. Sudah hampir  4 bulan saya menggunakannya. Izinkan  saya untuk  memberikan komen terhadap mutu/qualiti Waja berkenaan, walaupun secara zahirnya memang cukup baik jika dibanding dengan kereta yang sekelas dengannya. Tetapi pada masa yang sama masih banyak kelemahan yang timbul apabila memakainya dikemudian hari. Masalah yang dihadapi adalah seperti berikut:

1. Bab Penyaman udara (aircond);
       
Pada 16 Mac 2001, selepas mencapai hitungan kilometer 10k km saya telah membuat service kereta di Uspd puchong dan pada masa yang sama saya telah  mengadu apabila membuka aircond ada satu bunyi 'bising (berdegung)' tetapi pada masa yang sama aircond masih boleh lagi berfungsi. Seterusnya apabila pihak USPD service memeriksa kereta saya, pihak mekanik telah memberitahu saya bahawa 'Resister Asmbly/blower' telah rosak dan hanya boleh guna nombor 4 sahaja sementara nombor 1,2 dan 3 rosak! tidak boleh pakai/guna..."saya pun jadi hairan dari bunyi bising terus jadi kong!!! entah apa mekanik tuh buat tak tahu ler saya aper yang digudiknyer.... selepas itu dia kata spare part  iaitu resister tersebut nak kena order dulu dan pihak uspd kata kat mana-mana cawangan pun tidak ada stok kena dapatkan dari Proton  dalam 1-2 minggu lebih!? isk-isk,,, kenapa laa lama sangat nak dapatkan spare part tuh??? nak dikirakan kereta Waja tuh bukannya kereta import !!!"

        Pada 21 Mac 2001, seperti yang dijanjikan saya telah menelefon sama ada spare part berkenaan telah sampai atau belum... tetapi storekeeper memberitahu bahawa barang belum sampai lagi... dan pada masa yang sama saya bertanyakan adakah barang itu diambil/diperolehi dari luar negara? dan jika tidak mengapa mengambil masa yang agak lama... sedangkan jawapan beliau mengatakan bahawa barang tersebut diambil dari Proton, Batu 3 seterusnya saya menawarkan diri untuk menolong mengambilnya jika barang tersebut sekitar di kawasan Lembah Kelang, PJ atau Shah Alam tetapi beliau tidak bersetuju dengan cadangan saya.  Saya juga telah menyatakan bahawa pada hujung minggu tersebut saya sekeluarga perlu balik ke Kampung dan mengambil masa perjalanan yang agak lama untuk sampai ke distinasi disebabkan saya mengambilkira saya ada bayi kecil. Dan saya memerlukan pemasangan dan penggantian spare part berkenaan  dilakukan dengan segera!

        Pada 23 Mac 2001, saya menelefon semula tetapi kali ini saya cuba bertanyakan spare part berkenaan di USPD service centre di PJ menyatakan bahawa no. spare part yang disebutkan itu tidak ada di service centre tetapi telah ada di USPD Puchong. Kemudian barulah saya menelefon di USPD Puchong bertanyakan kepada storekeeper mereka dan mereka pada mulanya memberikan jawapan tidak sampai lagi... padahal dalam sistem komputer mereka telah ada stok berkenaan di tempat mereka. Saya telah menyuruh mereka memeriksa semula dan barulah mereka menyatakan barang yang di order telah sampai dengan menyatakan berbagai alasan.  Mereka menyatakan bahawa pihak USPD tidak sempat untuk menukar dan memasang  pada kereta waja saya kerana banyak kerja yang perlu dilakukan.? Jadi mereka mencadangkan supaya datang awal pada hari Selasa pagi minggu berikutnya. Dan terpaksalah saya menggunakan kereta waja saya semasa balik ke kampung ke selatan tanah air  dengan keadaan yang tidak begitu menyenangkan kerana apabila buka aircond pada had maksima nombor 4...  bunyi blower semakin kuat... dan bila dah lama sikit .. suhu terasa sejuk sangat dan air dah mula menitis bertakung kat dalam deskboard yang terletak sebelah kiri pemandu ... bila masa membelok ke kiri atau ke kanan terasa ada air melimpah dan terkena kipas seterusnya   melimpah dekat kapert kaki sebelah penumpang .... dan tidak boleh jadi nie... dikhutiri berlaku kejadian yang tidak diingini ... dan pada mulanya OK ler bile jalan lurus tetapi apabila kena lalu  jalan bengkang bengkok mula laa air aircond melempah keluar sampai tempat karpert banjir penuh dengan air sehingga satu masa secara tiba-tiba kereta terhenjut-henjut... dan enjin terus berhenti....dan ini berlaku 2 kali saya terhenti di jalan (tengah hutan). Sementara itu enjin masih  tidak boleh dihidupkan walaupun banyak kali dicuba. Akhirnya terpaksa saya memanggil AAM untuk tarik kereta saya...TETAPI apabila menunggu 1 jam pihak kereta tarik pun sampai pada masa tersebut saya mencuba semula untuk menghidupkan enjin alhamdulilah boleh hidup semula... dan saya berbincang dengan drive kereta tarik berkenaan bahawa saya tidak jadi menggunakan khidmat mereka walaupun saya dikenakan charge panggilan sebab pada fikiran saya tidak guna juga mereka tarik kereta saya ke workshop berdekatan sebab saya tahu mesti spare part payah hendak diperolehi.... nie tak pasal-pasal kereta baru (Waja lagi) dah buat hal.... dan saya berpendapat kerosakan kereta tersebut adalah lantaraan shot circut disebabkan air telah melempah dan membasahi wayer-wayer elektrik berkenaan. Saya meneruskan perjalanan dengan tidak membuka aircond sehingga saya kena bercuti pada hari berkenaan untuk menghantar kereta waja ke uspd Puchong pada hari yang dijanjikan...Bayangkan dari Johor nak belik ke KL tanpa aircond dengan ada baby kecil... tentu tidak selesa bukan??? Bayangkan jika  tuan/puan berada  ditempat saya bagaimana perasaan anda ketika itu...? Lebih baik saya menaiki kereta buruk lama saya dari memandu kereta 'baru' yang banyak ragamnya. Itulah pengalaman saya....

2. Bab remote control;
       
Anak kunci kereta Waja nampak canggih dan cantik tetapi bukan main payah nak tekan punat  baru berbunyi itu pun dalam lingkingan 1-2 kaki sahaja lepas dari jarak itu nak terkucil jari kita menekannya tidak berbunyi-bunyi. Bila ditanya kepada supervisor di USPD menyatakan bahawa memang Proton design begitu???! Padahal kereta wira lama saya jarak lebih jauh lagi boleh berbunyi! (Tidak boleh adjust lebih jauh lagi ker?)

Jadi kesimpulannya;
-Kualiti kereta waja masih belum betul-betul ditahap yang memuaskan...
-Nak dapatkan spare part waimah kereta tempatan pun kena tunggu berminggu-minggu...!!
-USPD tidak mengindahkan rungutan pengguna (tidak peka).
-Mekanik Upsd tidak berpengalaman untuk memperbaiki kerosakan kereta Waja...kerana selepas mereka membuka bahagian aircond berkenaan ;
 i) Switch pada  resister menjadi rosak,
ii) Bila buka aircond - udara dari luar sama ada bau busuk atau asap kenderaan akan masuk ke dalam!,
iii)Walaupun resister blower telah digantikan dengan yang baru TETAPI air aircond masih mengalir/menitis keluar (bocor) membasihi karpert kereta (bahagian penumpang) sehingga kini masalah yang sama berulang!

p/s: Pada masa menghantarkan kereta tersebut pada 27 Mac 2001, pihak mekanik itu  supaya menyuruh meninggalkan kereta waja berkenaan 2-3 hari untuk membuka kapret untuk dikeringkan semula takut busuk dan reput...!!! isk-isk.., sampai begitu sekali...! mana boleh kita nak tinggalkan ...macam mana kita nak pergi/balik kerja weyyy!!! dah ler nak tunggu/dapat giliran kena  datang subuh-subuh!!!!

Saya harap komen berkenaan mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya dari pihak tuan.
Sekian, wassalam.

Yang benar,

Cust. Acct. #:165820

 


-----Original Message-----
From: Amirudin Baharudin [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Thursday, March 08, 2001 3:09 PM
To: Batch-kita (E-mail)
Subject: [batch-kita] Proton_Waja_-_Kebanggaan_siapa?


> Kereta nasional terbaru dijual tanpa alat ganti
> > Pemilik Bangga Proton Waja
> >
> > 2:43pm, Fri: Saya membuat tempahan untuk sebuah
> Proton Waja pada hari
> > pertama pelancaran kereta baru nasional tersebut
> yakni pada 31hb Ogos
> 2000
> > dan menerima kereta tersebut pada 28hb November.
> >
> > Pada 11hb Disember, kereta saya yang dipandu oleh
> abang saya mengalami
>
> > kemalangan. Bermulalah episod gelap dalam hidup
> saya. Oleh kerana
> tidak
> > mengetahui sangat selok-belok prosidur kemalangan,
> abang saya menerima
>
> terus
> > pelawaan operator trak tunda untuk menunda kereta
> tersebut ke bengkel
> > mereka. Tempat kemalangan di depan Nanyang Siang
> Pao pada jam 1.34
> petang.
> > Bengkel kereta pula di Klang.
> >
> > Pada malam tersebut kami dua beradik membuat
> laporan polis di Petaling
>
> Jaya.
> > Gambar foto diambil. Selepas itu kami bergegas ke
> bengkel tersebut dan
>
> > diberitahu oleh pemilik bengkel tersebut bahawa
> mereka tidak dapat
> membaiki
> > kereta saya kerana alat ganti kereta tersebut
> sukar diperolehi dari
> > pengeluar. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM200
> sebagai upah tunda.
> Saya
> > membayar wang tersebut.
> >
> > Saya kemudiannya menelefon beberapa kenalan yang
> pakar dalam hal-hal
> ini,
> > dan akhirnya setuju untuk menghantar kereta
> tersebut ke bengkel
> seorang
> > daripada mereka.
> >
> > Saya membuat laporan di pejabat insurans kereta
> pada hari berikutnya.
> Dan
> > sehingga kini, berlalunya hampir tiga bulan, saya
> masih belum mendapat
>
> > apa-apa keputusan tentang kereta saya tersebut.
> Saya terpaksa membayar
>
> > 'instalment' sebanyak RM865 dan pada masa yang
> sama saya terpaksa
> membayar
> > kereta sewa sebanyak RM500 sebulan yang saya
> gunakan hari-hari untuk
> ke
> > tempat kerja.
> >
> > Setelah puas mengejar insurans, 'adjuster',
> bengkel, pengedar kereta
> dan
> > Proton sendiri, saya masih tidak diberi apa-apa
> keputusan. Apakah
> seterusnya
> > yang perlu saya lakukan lagi? Keadaan kewangan
> saya makin meleset.
> >
> > Persoalannya, bagaimanakah Proton boleh
> membenarkan atau mengedarkan
> kereta
> > Proton Waja sedangkan alat ganti masih tiada di
> pasaran, bukan sahaja
> alat
> > ganti, malah 'master parts number' dan nombor siri
> masih tidak
> dikeluarkan.
> > Jika ada pemilik Waja yang mengalami nasib yang
> sama seperti saya,
> sila
> > e-mail saya di [EMAIL PROTECTED]
>



Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke