*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nong Nooch village dipunyai oleh seorang perempuan dari keluarga kaya di 
Thailand.  Adalah disebut oleh tour guide tapi dah lupa, panjang sangat.  
Sekarang dah berumur 72 tahun dan perniagaan beliau dikendalikan oleh anak 
lelakinya.  Nong Nooch bermakna anak perempuan bongsu.  Saya nipun kiranya 
nong nooch jugak, betul tak ain?  Cara orang Thai sebut bukan nong nooch 
macam kita tapi nong nut.

Ada orang tanya packasge saya ni berapa harga?  Harga sebenar ialah 
RM1600.00 untuk 4D3N.  Untuk kanak-kanak umur antara 2-12 tahun 70%, bawah 2 
tahun 10%.  Sri Sutera Travel.  Oleh kerana kami mengikut rombongan ofis 
suami saya, bagi kakitangan FOC, bagi 1st spouse 50%.  Kalau orang lain nak 
ikut kenalah bayar 100%.

Selesai pertunjukan gajah kami beredar ke Taman Orkid Nong Nooch village.  
Yang ni keluarga saya tak masuk sebab sikecik meragam dan anak nombor dua 
saya tidur.  suami saya dah start berjangkit selsema dari sikecik.  Anak 
sulung sayapun dah kena selsema, tapi semangat makan angin punya pasal, 
setiap kali berhenti mesti dia ajak turun.  tak sabar-sabar nak turun.  Oleh 
sebab saya tak turun saya titipkan pada member-member.  Sebenarnya opis tu 
tiap tahun buat annual outing, jadi dia dah biasa dengan ofis-mate suami 
saya.

Selepas 1/2 jam perjalanan meninggalkan Nong Nooch, anak kedua saya pulak 
buat hal, buat kue.  Terpaksa suami saya cebok.  Bila terpaksa menyalin 
lampin dalam keadaan berdiri dalam bas yang bergoyang-goyang dia dah mula 
pening kepala.  Itulah permulaan perjalanan kami kurang menyeronokkan.

Kami singgah di Chonburi city untuk membeli makanan laut dan manisan 
Thailand.  Tokey kedai tu adik kepada ketua mafia Chonburi jadi bas kami 
park kat depan kedai tanpa masalah.

Sampai Bangkok hari dah malam.  Bangkok ni tak tahulah berapa kali ganda 
lebih besar dari KL.  Macam KL, banyak juga rumah setinggan kat sini.  
Tepi-tepi jalan boleh nampak dengan jelas kawasan setinggan.  Jalan sampai 3 
tingkat bersepah-sepah.  Kalau kat KL ni yang boleh jumpa 3 tingkat kat 
Sungai Wei ajelah yang macam jambatan Pulau Pinang tu.  LRTpun dah ada kat 
Bangkok.  dulu dengar cerita bangunan dia rendah-rendah je sebab takut 
mendap, tapi banyak juga bangunan tinggi-tinggi 30 tingkat 40 tingkat.  Ada 
yang bentuk macam Shahzan Tower ada yang macam Komtar, ada juga yang 
akan-akan KLCC.

Kami makan disebuah Restoran Thai Muslim.  Sepanjang jalan tu memang 
penempatan Muslim.  Semua orang berpuashati dengan makanan kat sini.  Jam 
9:00 kami dah melepak kat hotel Emerald.  Hotel 5 bintang.  Siap ada selipar 
lagi, siap ada moisturiser lagi.  Yang tak syok bilik kami menghadap lobby, 
jadi tak bolehlah nak buka langsir.  Anak saya nak tengok taman koi kena 
menyorok balik langsir.


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke