*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
maaf ya..bukan niat nak kata pada sesiapa...tetapi manusia ni
kadang-kadang tu ada yang 
nak berbangga...sebagai contoh......"eh....eh ..u bersalin kat
mana....ooo kat hospital kerajaan
hmmmm.....tak glamour u....tapi kalau dapat masuk hospital yang ada
nama..alamak oiiiii
terasa dalam diri tu bangga......



alGundu wrote:
> 
> Pada 1 April yang lepas isteri kepada rakan saya telah melahirkan
> anak di salah sebuah pusat bersalin swasta di Johor Bahru melalui
> kaedah ceasarian. Beliau memang tidak mempunyai sebarang rekod
> kesihatan yang negatif dan sebelum ini anak beliau lahir secara
> normal. Kandungan beliau pun tidak mengalami sebarang masalah dan
> dijangkakan bersalin secara normal juga. Tetapi terdapat komplikasi
> secara tiba-tiba di saat melahirkan yang menyebabkan ceasarian
> terpaksa dilakukan.
> 
> Bayi yang dilahirkan juga berada dalam keadaan kritikal iaitu telah
> lemas dan memakan najis tetapi masih bernyawa. Padahal, tempoh
> kelahiran tidak overdue dan kandungan didapati sihat. Di pusat
> bersalin berkenaan, tiada pakar dan kelengkapan untuk bayi yang
> kritikal  dan doktor telah mensarankan agar bayi di hantar ke sebuah
> hospital swasta berdekatan. Disebabkan dalam keadaan panik dan buntu,
> rakan saya tidak membantah keputusan doktor, asalkan anak beliau
> selamat.
> 
> Pada 2 April, pihak hospital menyatakan tiada sebarang improvement
> pada bayi tersebut dan sekiranya ingin meneruskan rawatan, pihak
> hospital memerlukan kos di antara RM15,000 hingga RM20,000. Itu pun
> tiada jaminan bahawa bayi akan pulih. Beliau tidak mampu untuk
> menanggung kos tersebut dan akhirnya bayi dipindahkan ke hospital
> kerajaan. Tetapi yang sedihnya, pihak hospital swasta menggunakan
> unsur ugutan agar beliau menjelaskan bil sebanyak RM3,500 untuk tempoh
> tidak sampai sehari. Bayi tidak akan dilepaskan selagi bayaran tidak
> dijelaskan. Ingatkan ia gurauan "April's fool' hospital memandangkan
> anak beliau lahir pada 1 April tetapi sebenarnya tidak. Kelengkapan di
> hospital swasta untuk kes sedemikian pun agak kurang. Tiada terapi
> terhadap bayi berkenaan, hanya sambungan oksigen, air dan wire untuk
> monitor denyutan jantung dan bagi pandangan layman dalam bidang
> perubatan seperti saya, kos tersebut adalah amat keterlaluan.
> 
> Di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, peralatan adalah lengkap dan
> canggih. Namun keadaan bayi masih kritikal tetapi stabil. Mengikut
> kata doktor, bayi mengalami brain damage disebabkan oksigen tidak
> sampai ke otak dan masih koma sehingga hari ini.
> 
> Di sini timbul persoalan berhubung etika kemanusiaan pusat perubatan
> swasta. Dalam keadaan buntu dan tertekan, hospital pula menggunakan
> ugutan untuk mengaut keuntungan. Apa salahnya maklumkan sahaja bil
> yang perlu dibayar dan lepaskan bayi tersebut ke hospital kerajaan.
> Bil boleh dijelaskan dalam tempoh seminggu misalnya.
> Sekurang-kurangnya, redalah sikit kerungsingan. Lagi pun, peruntukan
> undang-undang kan ada dan rakan saya pun tidak boleh lari ke mana.
> Satu lagi persoalan ialah, mengapa, sama ada pusat bersalin atau
> hospital swasta, tidak menasihati beliau berhubung elemen kos.
> Walaupun nyawa bayi menjadi keutamaan, soal wang juga perlu
> diambilkira. Janganlah cuba mengambil kesempatan di atas nasib malang,
> kerungsingan dan kebuntuan orang lain. Sekiranya jujur, apa salahnya
> maklumkan kos terlebih dahulu walaupun dalam keadaan panik dan cemas.
> Adakah menjadi etika perubatan sekiranya dalam kecemasan, soal duit
> jangan ditimbulkan? Dengan kata lain, hantar sahaja dulu, soal bayaran
> fikir kemudian. Tetapi sebenarnya ia kelihatan seperti mahu menjerat
> golongan yang naïve untuk situasi seperti ini. Jangan membuat andaian
> semua orang berduit dan rela membayar apa sahaja walau pun
> kadang-kadang kosnya tidak masuk akal. Kos perubatan isteri dan anak
> beliau telah mencecah RM 7,000 tetapi peluang bayi untuk hidup masih
> juga 50:50. Saya memang simpati tetapi apakan daya, saya pun golongan
> yang kurang mampu dan hanya dapat memberikan kata perangsang sahaja.
> 
> Daripada peristiwa ini, beberapa kesimpulan boleh dijadikan pengajaran
> iaitu:-
> 
> 1. Jangan under-estimate kelahiran bayi. Walaupun tiada masalah
> sewaktu mengandung dan mempunyai rekod bersalin normal sebelum ini,
> sebarang kemungkinan ceasarian tetap wujud.
> 
> 2. Kaji segala kemungkinan untuk worse case scenario dan budget kita
> untuk menghantar isteri ke pusat bersalin swasta perlu merangkumi kos
> ceasarian dan rawatan lanjutan terhadap bayi sekiranya timbul
> komplikasi. Pastikan peruntukan mencukupi kerana kos kelahiran biasa
> iaitu RM 800 - RM 1,000 boleh menjangkau RM 20,000 - RM 30,000
> sekiranya timbul masalah.
> 
> 3. Kos rawatan hospital swasta adalah tidak masuk akal. Walaupun ini
> bukan perkara baru bahawa motif utamanya adalah keuntungan, tetapi apa
> salahnya wujudkan sedikit unsur kemanusiaan. Janganlah gunakan taktik
> menekan, mengugut dan menjerat untuk mengaut keuntungan. Timbangkanlah
> juga kesulitan dan kebuntuan orang lain.
> 
> 4. Tidak kesemua hospital swasta mempunyai kepakaran dan kelengkapan
> canggih. Dalam kes ini, hospital kerajaan mempunyai kemudahan yang
> jauh lebih memuaskan.
> 
> Dalam pada itu, saya juga mendapati layanan di hospital kerajaan juga
> telah jauh berubah. Tiada lagi sikap jururawat yang garang dan kasar.
> Mereka very friendly dan helpful. Bangunan wad baru juga telah dibina
> di kebanyakan hospital dan kelengkapan dan suasana dalaman wad adalah
> setanding dengan hospital swasta. Tetapi timbul kemusykilan kerana di
> setiap hospital kerajaan, pasti ada pejabat urusan Pantai Medivest
> yang kita semua maklum dimiliki oleh siapa. Melihat kepada bangunan
> baru, suasana wad yang selesa, jururawat yang friendly dan kewujudan
> Pantai Medivest, adakah ia langkah awal pengswastaan hospital
> kerajaan? Sekiranya ini berlaku, nasib yang dialami oleh rakan saya
> akan turut dialami oleh kita semua. Sekiranya tuan/puan mempunyai
> pengalaman seperti yang dirasai oleh rakan saya atau ingin menambah
> terhadap senarai 1 hingga 4 tadi, harap boleh kongsikan bersama
> sebagai panduan/pengajaran bersama.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke