*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumussalam wbt,

Saya setuju yang BH/Utusan/Harakah/etc mempunyai agenda masing-masing. Satu
perkara yang nak saya ketengahkan ialah tahap professionalism wartawan dan
akhbar kita. Kewartawanan yang professional sebaik-baiknya menyampaikan
mesej atau berita tanpa dipengaruhi oleh emosi atau lebih tepat berbentuk
fakta atau objektif.

Tidak dinafikan juga memang agak mustahil untuk sesuatu mesej tersebut 100%
objektif lebih-lebih lagi bila ada bersangkutan dengan situasi politik.

Trying to be objective, kita boleh perhatikan perkataan-perkataan yang
digunakan oleh penulis atau pembaca berita seperti "ternyata", "terbukti",
"disahkan" untuk memberi penekanan atau seolah telah dijatuhkan hukuman. 

Sebagai contoh dalam artikel layanan terhadap Anwar tersebut, Utusan telah
menggunakan perkataan "Tinjauan itu MEMBUKTIKAN dakwaan isteri Anwar, Datin
Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya tidak diberi layanan istimewa
adalah meleset."

Pihak TV1 dan Utusan telah pun menjatuhkan hukuman bahawa dakwaan Wan Azizah
meleset yang juga secara tidak langsung pihak TV1/Utusan cuba mengatakan Wan
Azizah berbohong, membunuh kredibiliti  beliau. Sedangkan pihak TV1/Utusan
gagal mengemukakan "bukti" tersebut, mana tv, mana peti sejuk,  dll. 

Berita juga mengatakan ruang penjara untuk DSA adalah lebih selesa, lebih
selesa berbanding dengan apa, kenapa tidak ditunjukkan bilik banduan lain
sebagai perbandingan, sedangkan pihak penjara juga telah menerangkan bahawa
bilik DSA adalah sama untuk mana-mana banduan yang mempunyai masalah
kesihatan yang seumpama berdasarkan polisi pihak penjara.
Ternyata fakta-fakta ini tidak diterangkan atau disembunyikan oleh pihak
TV1/Utusan, agar gambaran negatif diberikan kepada masyarakat.

Sebagai contoh lagi TV3 seringkali menggunakan perkataan "terbukti" atau
"ternyata" dalam melabel pihak reformasi menimbulkan keganasan dan kacau
bilau apabila mereka mengadakan demonstrasi sedangkan pihak TV3 sendiri
pernah menyembunyikan punca sebenar keganasan yang berlaku ketika demo puak
reformasi. 

Kalau sdr siang malam pernah mengikuti penulisan saya dulu, saya pernah
mengutarakan situasi didalam TV3 yang diceritakan kepada saya oleh seorang
yang mempunyai hubungan saudara dengan saya yang bekerja di TV3 dimana pihak
TV3 telah memutarbelitkan berita-berita yang berkaitan dengan pihak
reformasi dan juga pihak parti pembangkang sehinggakan antaranya seorang
sub-editor pernah digantung kerja dan akhirnya kena transfer ke department
lain kerana enggan menyiarkan berita palsu terhadap parti lawan,
dan juga spt pembaca berita yang kena gam kerana menyokong reformasi yang
mana pembaca berita tersebut menyaksikan sendiri siapa yang sebenarnya
memulakan keganasan dan menyerang kenderaan rasmi TV3...

Begitulah hakikatnya yang menyedihkan akan tahap professionalism wartawan
kita yang menjadi kuda untuk mengelabui pemikiran masyarakat...

-----Original Message-----
From: siang malam [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, April 13, 2001 10:42 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Mana Satu Yang Betul: Utusan Vs Berita Harian?


assalamualaikum..

yer..apa lagi yg tak kenanyer saudara amli ?..tang mana yg rasa tak puas 
hati tu ?..

saya menulis/menjawab ikut soalan dari saudara haslim..so, saya jawabkan 
lapuran Berita harian yg betul..

saya faham..awak nak jugak saya katakan bahawa utusan tu tipu/auta/karut 
etc..kan?..

ok..di depan public ni saya katakan bahawa berita/lapuran/fakta utusan  itu 
SALAH..puash hati ?..hehehe..


kesimpulan saya..Lapuran berita harian BETUL..lapuran utusan SALAH..

so saudara amli..di hari jumaat yg mulia ini..awak patut rasa bersyukur dan 
gembira kerana ALLAH dah memenangkan dan memuaskan hati awak..:-)
di khalayak ramai lak tu..ish..ish ..ish..tentu awak suka kan?..(dan saya 
pun bersyukur kerana berjaya membuatkan seseorg gembira hari ni)..

so..habis satu bahagian yg khusus utk memuaskan hati saudara amli kita..:-)

skrg saya nak tambah sikit..yg nie utk saudara2 semua(tolong jgn kasi tau 
saudara amli..dia tgh seronok tu!)..

saya tak boleh gunakan perkataan  auta(tipu)..saya tetap nak gunakan 
perkataann salah..

adakah tersalah lapur itu satu pengautaan(penipuan)..?..
adakah sama salah fakta dan tipu?..

setau saya..tipu ialah  pendek katanya kita tau lain tapi lapur lain..
tersalah fakta ialah..semasa kita membuat lapuran..ketika itu tiada  
keraguan tentang hal tersebut..cuma selepas beberapa waktu barulah kita 
sedar kesalahan fakta tersebut..

kalau kita perhatikan lapuran berita harian dan utusan yg saudara haslim 
forwardkan tu..kita dpt tengok perbezaan tarikh..

utusan MELAPURKAN sehari(keesokan hari) selepas liputan khas berita 
tv1..ntah2 pemberita itu hanya cedok berita rtm itu aje..disini tv1 pun 
turut bertanggungjawab..

apa2 pun..beginilah lumrah dunia kewartawanan..tak semua berita yg keluar 
dari paper tu dari inisiatif pemberita paper tu sendiri..
macam harakah pun ada memetik berita dari afp etc..kan?.

jika takdirnyer afp tersalah fakta dah harakah tersalah lapur ..nak kata 
harakah tu auta ?..nak 'tangkap borong' keseluruhan harakah tu auta 
?..termasuk firma2/hadis2 kat dlm harakah dan segala tazkirah2  kat dalam tu

auta ?..

saya tau ..semua ketua pengarang tersebut - utusan/malaysiakini/harakah ada 
agenda memasing..apa2 pun..bergantunglah pd niat memasing..

wassalam..



























>From: "amli" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "siang malam" <[EMAIL PROTECTED]>, 
><[EMAIL PROTECTED]>,        <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: Re: H-Net* Mana Satu Yang Betul: Utusan Vs Berita Harian?
>Date: Fri, 13 Apr 2001 09:15:15 -0700
>
>tapi saudara apanama siang malam....saudara tak bagitau plax berita mana yg
>tipu (auta)....beritahulah senang jer...utusan meloyakan tu auta saja..ker
>atau berita hairan tu auta..??? tapi cara saudara mengulas tu masih ada
>unsur yg menunjukkan kedua-dua berita tu betul dan tepat macam slogan
>polis.....betul dan tepat....tapi auta ( pukul orang ..tumbuk mata orang
>  DSAI)) polis diraja malaysia...ala mamat sapa nak tepuk ko punyer cerita
>auta tuh...hehehhehehehhehe

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke