*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penangkapan 7 orang aktivis politik/sosial minggu ini menggambarkan betapa teruknya
kebaculan kerajaan BN-UMNO. Kita percaya polis telah diperkudakan oleh dalang operasi
ISA ini. Dan dalang itu tiada lain kecuali Mahathir Mohamad. Polis yang sudah hilang
kewibawaannya sebagai pasukan keselamatan dan pengaman negara kini sudah tidak ada
maruah lagi. Mereka mengikut apa saja selera pemimpin negara khususnya Mahathir
Mohamad yang takut akan Black 14 ini.
Dalam pertemuan dengan pemberita akhbar, polis membacakan skrip lama dan usang
berhubung dengan penahanan 7 aktivis ini. Kesalahan aktivis tidak jelas, tetapi cerita
dongeng terus dilagukan oleh polis dan mengharapkan orang akan percaya. Peristiwa ini
menambahkan lagi meluatnya orang ramai terhadap polis yang tidak profesional dalam
melaksanakan tugas mereka. Ketidakpercayaan ini semakin hari semakin meningkat selepas
peristiwa DSAI ditumbuk dalam penjara!!!!!!!! dan kezaliman polis di pelbagai
perhimpunan rakyat khususnya di Jalan Kebun. Malah dalam pertistiw Taman Medan, orang
ramai tetap tidak percaya dengan angka 6 yang mati! kerana selama ini polis, media,
kerajaan, dan kehakiman sering menipu dan tidak bercakap benar!
Kita pelik bagaimana polis boleh bertindak sebelum memaklumkan kepada Menteri Dalam
Negeri. Dan Menteri berkenaan tidak tahu menahu tentang hal ini. Sudah pastinya dalang
wayang kulit kali ini ialah Mahathir. Ini menunjukkan seolah-olah Dolah Badawi
hanyalah boneka di Kem. Dalam Negeri. Dan inikah bakal Perdana Menteri Malaysia kita?
Penangkapan 7 orang ini menunjukkan berlakunya:
1. Perkosaan ke atas hak asasi manusia
2. Perkosaan ke atas sistem demkorasi yang dilaungkan oleh BN-UMNO
3. Kebaculan kerajaan BN-UMNO dalam menghadapi kebangkitan rakyat
4. Tamparan kepada SUHAKAM yang kuat berkokok tetapi tahi di ekor berderai-derai;
BN-UMNO tertwa riang melhat SUHAKAM tidak mampu menghalang perkosaan dan pencabulan di
atas.
Mengapa perlu takut dengan Black 14? Dengan penangkapan 7 aktivis ini, polis telah
membuat publisiti kepada rakyat Malaysia dan penduduk dunia terhadap Black 14. Kami
generasi muda akan ingat peristiwa ini sampai mati. Esok 14 April, marilah kita
beramai-ramai ke pejabat SUHAKAM. Kita ingin lihat apakah SUHAKAM mampu menghalang
pencabul kehormatan dan maruah rakyat!
DUIT IHSAN DUIT HARAM!!!!!
__________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape Webmail account today at
http://webmail.netscape.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (hello hi)