*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wa'alaikumsalam,

Date sent:              Sun, 15 Apr 2001 11:16:48 +0800
From:                   Ahmad Chukari <[EMAIL PROTECTED]>
Subject:                Re: (Fwd) Re: Fw: H-Net* Fwd: pokemon
To:                     [EMAIL PROTECTED]
Copies to:              [EMAIL PROTECTED]

> assalamu'alaikum..
> 
> POKEMON - saya yahudi wal'iyyazubillah
> CHARMANDER - ALLAH itu lemah... wal'iyyazubillah
> PIKACHU- jadilah seorang yahudi.. wal'iyyazubillah
> 

yang bunyi sebutan 'pokemon' bermaksud 'saya yahudi' tu dalam 
bahasa apa?

kalau bunyi sebutan 'apa khabar' tu bermaksud 'saya sembah 
kambing' dalam bahasa eskimo, adakah kita orang melayu yang 
tak cakap bahasa eskimo ni bersalah dan jatuh akidah?

anyway, yang saya dengar, konon2nya perkataan tu bermaksud 
sedemikian dalam bahasa suryani. saya mungkin salah, kalau ada 
pakar bahasa tolong tegur. dari satu segi, setahu saya bahasa 
suryani tu serumpun dengan bahasa arab dan hebrew atau 
aramaic. kalau check sebutan 'charmander' tu takde sukukata 
mana pun yang secara langsung atau secara etymology yang 
mungkin membawa maksud tuhan atau Allah atau Ilahi dalam 
rumpun bahasa itu. (Allah, Ilahi, Rabb; bhs arab dan Elohim, 
Yahweh bhs hebrew)

kalau kita decode bahasa yang kita tak tahu, at least sebutan 
yang bunyinya hampir mungkin bermaksud sama. jadi, antara 
'pokemon' dan 'pikachu' ada sedikit persamaan iaitu suku kata 'po' 
dan 'pi' dan juga 'ke' dan 'ka'. jadi mungkin antara kedua2 sukukata 
ni bermaksud 'saya' atau 'seorang' dan yang satu lagi bermaksud 
'yahudi' tapi tak tahulah dalam bahasa apa. tapi at least ada juga 
consistency kat situ untuk yang menentang pokemon.

tapi yang saya tengok semula, baca secara loose... PIKACHU - 
PIK A CHU... kalau kita sebut dlm bahasa inggeris secara pelat 
PIK - Pi - Be....A - a....CHU - Chew - Jew... Hrrmmm.. jadi 
PIKACHU tu jadi Be A Jew dalam bahasa Inggeris pelat. 

hmmm..so mana satu ni? bahasa inggeris ke bahasa suryani ke 
bahasa apa? kalau pikachu tu jadi be a jew dlm english, pokemon 
tu pulak camane? langsung takde kena mengena dlm english. 
hmmm dah tak consistent pulak.

yang saya nak tunjukkan cuma dalam hal ni kita sensitif tak tentu 
pasal. dahtu tak consistent dalam analisis dan reasoning kenapa 
dia jadi tak boleh. Kalau nak sensitif tak tentu arah, boleh kata 
semua benda yang kita buat hari2 ada yang tak betul sampai kita 
tak boleh bergerak.

> bukan apa sekadar mengingatkan..
> seronok dan redhakah kita jika anak-anak kita melaung-laungkan "saya
> yahudi, saya yahudi, saya yahudi...." redhakah? wal'iyyazubillah
> seronok dan redhakah kita mendengar anak-anak kita melaung-laungkan
> "ALLAH itu lemah.." redhakah? wal'iyyazubillah gembira dan redhakah
> kita dengan ajakan anak-anak kita "jadilah seorang yahudi, jadilah
> yahudi.." redhakah? wal'iyyazubillah
> 

tak seronok dan tak redha, tapi out of context...

> ingatlah, apa yang kita terima hari ini adalah perancangan yang
> berlaku selepas tumbangnya kerajaan uthmaniah. semasa itu kita belum
> ada lagi. apa yang berlaku hari ini adalah penerusan rancangan jahat
> musuh-musuh Islam. dan hanya akan di rasa oleh cucu cicit kita yang
> mungkin masih tiada lagi hari ini... sejarah pasti berul;ang, cuma
> manusia sahaja yang angkuh dan sombong.... wallahu'alam. wassalam..
> 

wa'alaikumsalam.

p.s Wily Coyote lagi best anyway :)

> [EMAIL PROTECTED] wrote:
> 
> >
> > Alaaa baru garfield. Masa I kecik2 tahun 1970 dulu minat Ultraman
> > (sekarang keluar semula). Sebelum tu minat Giant Robot; dia punya
> > base dalam gunung, bila dia nak terbang dia angkat tangan dia macam
> > angkat takbir, hujung jari2 dia boleh tembak missile, tapi yang
> > slacknye dia punya kepala macam firaun dgn kain belang2 tu. Giant
> > Robot tu pun katun jepun jugak. Kalau katun US yg best Road Runner
> > vs Wile E Coyote dgn Acme Explosivenye dan juga katun Scooby Doo.
> > But basically tu lah dianye, they're just cartoons....
> >


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke