** Proprietary **
** High Priority **

Assalamualaikum wbt,

Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan jawapan-jawapan anda. Ramai yang 
memahami persoalan tersebut dan agak mudah untuk mengolah semua jawapan-jawapan 
saudara-saudara sekalian. Untuk kemudahan netters yang lain berikut adalah persoalan 
Migrane ke 6:

Siapakah tempat rujukan manusia selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW terutamanya 
sekarang di akhir zaman ini? Apakah tanda-tandanya bahawa orang inilah tempat
rujukan yang tepat?

Hampir kesemua netters yang memberikan jawapan merujuk kepada Sirah atau sejarah 
Baginda Muhammad SAW yang banyak menjelaskan akan kemunculan seorang insan dari 
keturunan Baginda sendiri. Di sini saya akan menjelaskan dengan lebih mendalam akan 
insan yang bergelar Al Mahdi ini.

Al Mahdi berketurunan dari Baginda Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW bergelar 
baginda bukan hanya kerana Nabi Muhammad itu pesuruh Allah tetapi juga kerana Nabi 
Muhammad itu juga berdarah Raja dari keturunan Baginda menurut salasilah Nabi Allah 
Sulaiman atau juga Raja Sulaiman sepertimana di dalam Al Quran. Berikutan dengan 
itulah mengapa Baginda diangkat menjadi pemimpin di Madinah kerana asal keturunan 
keluarga Baginda dari tanah Madinah. Bukan setakat pemimpin biasa tetapi sebagai Raja 
di Madinah. Baginda juga lah pemimpin yang disebut di dalam Al Quran sebagai Raja 
Manusia. Dan bagi netters yang belum mengetahui, Baginda Nabi Muhammad mempunyai satu 
tanda di bahagian belakang badan Baginda yang mempunyai bentuk-bentuk tertentu.

Penjelasan di atas memberikan jawapan kepada persoalan 6 iaitu:

1. Tempat merujuk kini ialah zuriat Baginda Nabi Muhammad SAW yang sebenar
2. Keturunan Baginda wajib berdarah Raja
3. Keturunan Baginda wajib mempunyai salasilah keturunan dari yang asal
4. Keturunan Baginda wajib mempunyai panji Kerajaan yang asal
5. Keturunan Baginda wajib mempunyai tanda di belakang badannya

Keturunan Baginda inilah yang disebut sebagai Bani Hasyim. Namun dikebelakangan ini 
terlalu ramai yang mengaku-ngaku tetapi tidak mempunyai sebarang bukti. Lihatlah apa 
yang terjadi kepada mereka yang mengaku-ngaku. Sudah lah bukan berketurunan Raja, 
malah mengaku pula keluarga Baginda. Apakah hukuman orang yang mengaku-ngaku?

Al Mahdi akan menyatukan umat di seluruh dunia ini bukan dengan kekerasan atau 
peperangan seperti mana ramai yang beranggapan. Al Mahdi seperti mana Nabi Muhammad 
SAW tidak menggunakan kekerasan tetapi kelembutan. Kelembutan ini lahir dari keluarga 
yang agung ini tidak mungkin dipunyai oleh mana-mana individu lain yang hendak mengaku 
sebagai Al Mahdi. Seperti mana Baginda Muhammad SAW menyatukan penduduk Islam Madinah 
dan Mekah, seperti itulah juga Al Mahdi akan menyatukan umat Islam. Tetapi Al Mahdi 
mempunyai tugas yang lebih berat iaitu - menyatukan semua ugama di dunia ini dan bukan 
melalui kekerasan.

Hanya Baginda Al Mahdi sahaja yang tahu rahsia ugama-ugama lain sehingga boleh 
menundukkan ugama lain untuk memeluk Islam. Inilah kisah Nabi Allah Musa berhadapan 
dengan Firaun yang mana tukang sihir Firaun akhirnya memeluk Islam walaupun diancam 
bunuh oleh Firaun. Tidak ada manusia yang setara dengan Nya.

Inilah penjelasan untuk jawapan soalan migrane ke 6. bagi yang sangsi dengan jawapan 
ini, saya mohon perkara ini dirujuk Al Quran terlebih dahulu.

Janji Allah - Al Quran itu petunjuk sepanjang zaman sehingga tiba hari dunia ini 
digulungkan. Sekiranya manusia hanya mengambil Al Quran sebagai buku sejarah atau 
sebagai buku ilmiah sahaja, maka manusia tidak lagi mengambil Al Quran sebagai 
petunjuk. Ketika manusia lalai, ketika itulah ujian akan diturunkan. Percaya atau 
tidak, semuanya sudah tersurat di dalam Al Quran. Bukalah Al Quran.

Wasallam.

Disclaimer note:

Confidential information may be contained in this e-mail and any files transmitted 
with it ('Message'). If you are not the addressee indicated in this Message (or 
responsible for delivery of this Message to such person), you are hereby notified that 
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part 
thereof is strictly prohibited. In such a case, you should delete this Message 
immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other 
information in this Message that do not relate to the official business of Maxis shall 
be understood as neither given nor endorsed by Maxis. 
Assalamualaikum wbt,
 
Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan jawapan-jawapan anda. Ramai yang memahami persoalan tersebut dan agak mudah untuk mengolah semua jawapan-jawapan saudara-saudara sekalian. Untuk kemudahan netters yang lain berikut adalah persoalan Migrane ke 6:

Siapakah tempat rujukan manusia selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW terutamanya sekarang di akhir zaman ini? Apakah tanda-tandanya bahawa orang inilah tempat
rujukan yang tepat?
Hampir kesemua netters yang memberikan jawapan merujuk kepada Sirah atau sejarah Baginda Muhammad SAW yang banyak menjelaskan akan kemunculan seorang insan dari keturunan Baginda sendiri. Di sini saya akan menjelaskan dengan lebih mendalam akan insan yang bergelar Al Mahdi ini.
 
Al Mahdi berketurunan dari Baginda Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW bergelar baginda bukan hanya kerana Nabi Muhammad itu pesuruh Allah tetapi juga kerana Nabi Muhammad itu juga berdarah Raja dari keturunan Baginda menurut salasilah Nabi Allah Sulaiman atau juga Raja Sulaiman sepertimana di dalam Al Quran. Berikutan dengan itulah mengapa Baginda diangkat menjadi pemimpin di Madinah kerana asal keturunan keluarga Baginda dari tanah Madinah. Bukan setakat pemimpin biasa tetapi sebagai Raja di Madinah. Baginda juga lah pemimpin yang disebut di dalam Al Quran sebagai Raja Manusia. Dan bagi netters yang belum mengetahui, Baginda Nabi Muhammad mempunyai satu tanda di bahagian belakang badan Baginda yang mempunyai bentuk-bentuk tertentu.
 
Penjelasan di atas memberikan jawapan kepada persoalan 6 iaitu:
 
1. Tempat merujuk kini ialah zuriat Baginda Nabi Muhammad SAW yang sebenar
2. Keturunan Baginda wajib berdarah Raja
3. Keturunan Baginda wajib mempunyai salasilah keturunan dari yang asal
4. Keturunan Baginda wajib mempunyai panji Kerajaan yang asal
5. Keturunan Baginda wajib mempunyai tanda di belakang badannya
 
Keturunan Baginda inilah yang disebut sebagai Bani Hasyim. Namun dikebelakangan ini terlalu ramai yang mengaku-ngaku tetapi tidak mempunyai sebarang bukti. Lihatlah apa yang terjadi kepada mereka yang mengaku-ngaku. Sudah lah bukan berketurunan Raja, malah mengaku pula keluarga Baginda. Apakah hukuman orang yang mengaku-ngaku?
 
Al Mahdi akan menyatukan umat di seluruh dunia ini bukan dengan kekerasan atau peperangan seperti mana ramai yang beranggapan. Al Mahdi seperti mana Nabi Muhammad SAW tidak menggunakan kekerasan tetapi kelembutan. Kelembutan ini lahir dari keluarga yang agung ini tidak mungkin dipunyai oleh mana-mana individu lain yang hendak mengaku sebagai Al Mahdi. Seperti mana Baginda Muhammad SAW menyatukan penduduk Islam Madinah dan Mekah, seperti itulah juga Al Mahdi akan menyatukan umat Islam. Tetapi Al Mahdi mempunyai tugas yang lebih berat iaitu - menyatukan semua ugama di dunia ini dan bukan melalui kekerasan.
 
Hanya Baginda Al Mahdi sahaja yang tahu rahsia ugama-ugama lain sehingga boleh menundukkan ugama lain untuk memeluk Islam. Inilah kisah Nabi Allah Musa berhadapan dengan Firaun yang mana tukang sihir Firaun akhirnya memeluk Islam walaupun diancam bunuh oleh Firaun. Tidak ada manusia yang setara dengan Nya.
 
Inilah penjelasan untuk jawapan soalan migrane ke 6. bagi yang sangsi dengan jawapan ini, saya mohon perkara ini dirujuk Al Quran terlebih dahulu.

Janji Allah - Al Quran itu petunjuk sepanjang zaman sehingga tiba hari dunia ini digulungkan. Sekiranya manusia hanya mengambil Al Quran sebagai buku sejarah atau sebagai buku ilmiah sahaja, maka manusia tidak lagi mengambil Al Quran sebagai petunjuk. Ketika manusia lalai, ketika itulah ujian akan diturunkan. Percaya atau tidak, semuanya sudah tersurat di dalam Al Quran. Bukalah Al Quran.
 
Wasallam.

Kirim email ke