*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dagangan Di Internet.
=====================


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Catatan nota Haris 17 Apr 2001

Dengan kejatuhan syarikat-syarikat berasaskan komputer
dan Internet di pasaran NASDAQ (Tahun 2000) , ramai
mula tertanya adakah dagangan di Internet akan terus
berkembang dengan baik.

Secara keseluruhan, kejatuhan ini hanya melibatkan
syarikat-syarikat besar internet yang melaburkan modal
yang banyak sehinggakan mereka perlu mencapai keuntungan
dalam jangka masa pendek.

Jangkaan mereka salah,
Internet bukanlah tempat pelaburan untuk jangka pendek,
Internet sendiri mengambil masa untuk berkembang maka
sukar bagi Internet menerima perubahan yang mendadak,
hasil daripada ketamakan dan hanya mahu mendapatkan untung.
 

Internet hanyalah satu medium perhubungan. Internet
berkembang atas dasar saling memberi dan saling berkongsi.
Ia berkembang atas dasar saling membantu dan saling mempercayai.
Dengan prinsip ini, sepatutnya ahli perniagaan mendalami konsep ini
sebelum mengorak langkah ke dalam Internet.

Internet akan terus berkembang kerana yang tutup hanya
syarikat-syarikat yang tumbuh macam cendawan dikala hujan
dan bila mentari bersinar terik cendawan pun mati.

Namun didalam busut, didalam sana anai-anai yang
beribu masih bekerja untuk membina satu istana. Itulah
pengguna Internet. Jumlah semakin
bertambah. Mereka yang membina node-node Internet,
membina applikasi untuk Internet, menjual applikasi
melalui cara Shareware dan ada secara GPL dan freeware,
membuat transaksi melalui Internet, membaca banner,
tertarik dengan banner dan pelbagai lagi.

Dagangan di Internet akan terus meningkat.
Peningkatan ini kerana sumbangan syarikat-syarikat kecil yang
menjadikan Internet sebagai medium hubungan antara mereka dan
pelanggan. Mereka tidak bergantung kepada Internet sebagai satu
cara pelanggan datang kepada mereka. 

Syarikat-syarikat kecil ini tahu mereka perlu mempelbagaikan corak
pemasaran dan menganggap Internet hanya salah satu medium pemasaran.

Cara mereka ini menyebabkan mereka tidak gopoh-gapah melaburkan wang
dan meletakkan wang pada yang perlu sahaja. Mereka berani menyertai
pelayaran Internet namun mereka tahu pelayaran di lautan yang belum 
dijelajahi ini memerlukan mereka yang berpengalaman. Pengalaman hanya
dicapai dengan latihan dan masa.

Bagaimana mencapai berjuta-juta pengguna Internet tanpa melanggar
mana-mana etika, tanpa menyinggung sesiapa.

Sebenarnya di Internet terdapat beribu-ribu perkhidmatan pemasaran
internet yang boleh didapati secara percuma. Banyak artikel ditulis dan
boleh dicari untuk dipelajari bagi  kita yang berminat untuk membuat
pemasaran di Internet.

Adakah anda mampu membina laman yang mampu menarik ramai pengunjung
datang ke laman anda. Laman anda mungkin cantik, canggih dan menarik
namun
begitu berapa ramaikah pengunjung laman anda ?.

80 peratus pengguna Internet menggunakan enjin pencari untuk mencari
bahan dan maklumat yang mereka perlukan. Enjin pencari pula mempunyai
cara
tertentu untuk menilaikan sesuatu laman. Bagaimana anda tahu laman anda
termasuk dalam laman yang diterima dan dalam kedudukan atas ?.

Bila laman anda dikunjungi, pengguna Internet akan memberi masa 10 saat
untuk mereka menilai dan cuba terus melawat laman anda. Adakah anda tahu
berapa lama laman anda mengambil masa untuk beban turun dan berapa lama
pengunjung anda menunggu?

Mengikut statistik, antara faktor utama seseorang berada di Internet
adalah mencari maklumat (satu lagi faktor utama adalah unuk berhubung).
Adakah laman anda mempunyai maklumat yang diperlukan oleh pengunjung ?
Adakah maklumat anda benar dan tepat ?

Anda juga perlu membuat pengunjung agar datang semula ke laman
anda. Adakah anda selalu kemas kini laman anda ? Adakah anda mempunyai
kemudahan yang diperlukan untuk pengunjung mendapat kemaskini terkini
laman anda ? Andakah anda mampu untuk membuat mereka datang semula ?.

Bagaimana pula membuat laman anda dirujuk kepada orang lain. Cukup
menarikkah bahan-bahan anda sehingga pengunjung anda merujuk laman anda
kepada orang lain?

Bagaimana pula dengan perkhidmatan sokongan anda ? Adakah anda sudah
bersedia dengan maklumat yang cukup bila pengunjung anda memberikan
email pertanyaan ?  Cekapkah anda menjawab email-email tersebut ?

Setiap persoalan ini perlu anda fikir dan perlukan jawapan yang serasi
dengan apa yang anda ingin bangunkan di laman Internet anda.


Sekadar pandangan peribadi Harisfazillah Jamel
http://hafnie.terrashare.com/

------------------

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>

atau melalui link ini

http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital

---------


-- 
-




http://hafnie.terrashare.com/
Bantuan Komputer Internet Melalui Email
Email kosong kepada [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke