*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum....kengkawan. Dalam kehidupan harian kita ni kengkawan, kita tak takut kalau berdepan dengan Stone cold ke....The Rock ke...Rikishi ke...sebabnya kita boleh nampak dengan mata kepala kita, habis-habis kita cabut lari....Tapi main dengan Syaitan ni.....kerap sangat le...kita tewas! boleh di katakan hari-hari.Memang bertepatan le dengan matlamat perjuangan yang di janjikan iblis. "Ketika kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam , lalu mereka sujud kecuali iblis. Ia berkata : Adakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau jadikan dari tanah ? Ia berkata lagi ; khabarkan padaku akan ini (orang) yang Engkau muliakan lebih daripadaku. Demi jika Engkau berikan tempoh padaku sampai hari kiamat, nescaya aku musnahkan (perdayakan) anak-anak cucunya, kecuali sedikit saja." (Surah Al - Israak : ayat 61 - 62) Mengikut Imam Al-Ghazali yang di petik dari terjemahan kitab 'Mukasyafatul Qulub': Diriwayatkan apabila Allah s.w.t telah melaknat iblis kerana kesombongannya tidak menurut perintah Allah tunduk sujud kepada Nabi Adam a.s, maka wajahnya yang asal indah cemerlang bertukar bentuk menjadi seperti bentuk babi hutan. Kepala iblis itu dikatakan seperti kepala unta. Dadanya pula seperti punut unta besar (daging yang menonjol di atas belakang unta). Sementara wajah yang ada di antara kepala dan dada itu seperti wajah kera. Kedua belah matanya pula terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam. Kedua bibir iblis itu dikatakan seperti bibir lembu, taring-taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggutnya terdapat tujuh helai rambut yang memanjang. Allah s.w.t telah mengusir iblis dari syurga, malah dari langit dan dari bumi dan ke beberapa jazirah. Iblis masuk ke bumi kecuali dengan cara bersembunyi (dengan ketentuan Allah s.w.t jua). Allah s.w.t telah melaknatnya sampai ke hari kiamat. Diriwayatkan rupa iblis ketika bergelar Azazil dan berada pada langit ketujuh sangatlah indah cemerlang. Dia mempunyai empat sayap.Ilmunya banyak, kuat ibadahnya dan menjadi kebanggaan pada malaikat. Wallahualam. Bila kita imaginkan.......masyaAllah hodohnya...! Syaitan ni yang paling popular memang berjenis jenis , dengan profesion masing-masing: Ashua - Kalau dalam bahasa Melayu kita ni....bermakna Mata buta sebelah. Jadi syaitan ini kiranya lebih jahat daripada lanun.Dia punya kerja ialah menghasut manusia terutama "pehak yang berkuasa" supaya mereka ini menghalalkan kan benda yang "Haram" dan mengHaramkan pulak benda-benda yang "Halal"! Jadi contoh yang mudah macam ni le......wang royalti minyak yang telah di rompak dari kerajaan Trengganu telah di Halal dan di agihkankan sebagai wang Ihsan...kononnya.Lebih kurang macam Botak Chin saja , merompak....lepas tu buat sedekah. Misuah - Kalau dalam bahasa Melayu kita ni....bermakna Jeritan Jahiliah.Setan ni pulak kerja dia merasuk supaya orang menjadi "gila"....celah ingat mungkin termasuk dengan orang "Gila kuasa". Selain dari itu...cepat "pemarah",tak boleh orang tegur sikit kita punya sistem pendidikan......"melompat"!. Tak terlepas juga bagi orang yang "muflis"....bila pak tak mau bantu.......toreh tangan....nak buat apa?... orang toreh le tengkok ka!... Begitu juga dalam kes "gila meroyan",dengar aje tok guru melawat Bukit Pelandok.....dah si-Toukei dia kena "Histeria".....masyaAllah. Gila meroyan ni....kalau tanya orang kampung...depa kata sebab lepas beranak...."batu meroyan" tak di letak di tempat asal!Tapi si-Isa ni....nak perbetul batu apa!wallahualam. Tuoba - Iblis ni pulak kerja dia dok buat fitnah! dok buat cerita kata Anwar liwat kawan tu....kawan ni.....dan macam-macam lagi.Jadi orang yang buat fitnah sebegini telah di tunggangi oleh iblis tuoba! Khanzad - Syaitan ni kerja dia pulak dok bagi orang lalai dalam sembahyang.Di sediakan rancangan yang menarik di waktu magrib....itu kalau di rumah. Bila di luar pulak....pintu stadium Bukit Jalil di bukak awal-awal.....sepatut ikut langkah pengurusan stadium Sultan Mohd IV....lepas solat Magrib baru buka! Tammamah - Syaitan ni pulak dia berkesah dengan makanan aje. Suri-suri rumah biasanya kena beringat, kalau dah masak malam.....pinggan mangkuk semua kena clearkan semua, ini ada yang biar sampai ke pagi......baru basuh.Bila di biarkan begitu...maka segala sisa-sisa makanan akan di jilat oleh si-Tammamah.Itu sebabnya kengkadang surah yang lazim kita bacapun....boleh terlupa, apa daknya.....dok syer pinggan mangkok dengan syaitan!Itu sebabnya....Rasullullah mengingatkan kita, supaya menutup makanan walaupun dengan sebatang lidi. Kahil - Syaitan ni kerja dia.....dok ganggu konsentrasi kita semasa dok dengar ceramah, termasuk le...masa khutbah jumaat....aduh....mengantuk tak tau nak kata.Macam mana tak mengantuk.....ada ke patut....di gunakan "Zakar"nya sebagai celak di mata manusia!.....masyaAllah......!!!!! [EMAIL PROTECTED] __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices http://auctions.yahoo.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: mencelah sikit <[EMAIL PROTECTED]>