*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rujukan: 
http://www.bharian.com.my/z/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20010424092506/Article/pp_index_html

Permohonan gugur nama Islam ditolak
Oleh Khairunnisa Hussin


KUALA LUMPUR, Isnin – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang 
wanita untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengena-lannya dengan alasan 
sebagai seorang Melayu, dia tidak boleh meninggalkan agama Islam.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Faiza Tamby Chik, berkata mengikut artikel 160 
Perlembagaan Persekutuan, Lina Joy (plaintif) atau nama asalnya Azlina Jailani adalah 
Melayu dan selagi dia didefinisikan sebagai Melayu, dia tidak boleh meninggalkan agama 
Islam sama sekali.

“Sebagai seorang Melayu, plaintif kekal dalam ajaran Islam sehingga beliau meninggal 
dunia. Dan untuk tujuan penjelasan, saya masih belum membuat keputusan mengenai 
pilihan plaintif untuk meninggalkan agama Islam kerana ini sepatutnya diputuskan oleh 
Mahkamah Syariah,” katanya.

Beliau berkata, mengikut klausa 1 A, Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah 
Sivil tidak ada bidang kuasa untuk menentukan perkara dalam bidang kuasa Mahkamah 
Syariah.

“Mahkamah Sivil adalah untuk permohonan am, bidang kuasanya menyeluruh dan boleh 
digunakan untuk mereka yang beragama Islam dan bukan Islam, manakala Mahkamah Syariah 
adalah untuk Enakmen Negeri bagi penganut Islam di negeri itu,” katanya.

Faiza membuat keputusan itu dalam mahkamah terbuka yang mendengar kes saman Lina 
terhadap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (defendan pertama) dan Kerajaan 
Malaysia (defendan kedua) yang didakwa enggan membuat deklarasi mengenai haknya untuk 
mengamalkan agama pilihannya.

Dalam afidavitnya, Lina menuntut deklarasi bahawa keputusannya untuk mengaku dan 
mengamalkan agama pilihannya adalah pilihannya sendiri dan bukan oleh pihak lain.

Lina, 37, juga menuntut peruntukan dalam mana-mana undang-undang Persekutuan atau 
enakmen negeri atau mana-mana peraturan adalah tidak sah dan tidak boleh dipakai 
kepada plaintif kerana dia mengaku mengamalkan agama Kristian.

Wanita itu, yang mengaku menganut Kristian pada 1998 turut memohon deklarasi supaya 
defendan pertama dan kedua tidak boleh mengenakan atau menentukan apa-apa syarat 
sebelum plaintif dapat atau dianggap terkeluar daripada agama Islam.

Plaintif juga memohon defendan memasukkan atau mencatatkan dalam rekod atau buku 
pendaftaran bahawa dia sudah meninggalkan agama Islam.

Katanya, walaupun dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Islam sejak awal lagi, beliau 
tidak benar-benar mempercayai Islam.

“Sejak tahun 1990 saya sudah mengenali dan memahami agama Kristian. Kini saya 
mempunyai kepercayaan sepenuhnya terhadap agama Kristian dan sudah memeluk agama itu,” 
katanya.

Lina berkata, permohonannya menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara hanya 
diluluskan dengan alasan permohonan itu tidak menyebut alasan penukaran agama.

“Saya memohon sekali lagi untuk memperbetulkan butir dan agama Islam dalam kad 
pengenalan baru saya tetapi ditolak dengan alasan permohonan saya tidak lengkap dan 
saya perlu mendapatkan perintah Mahkamah Syariah,” katanya.

Plaintif berkata, selagi ada perkataan Islam dalam kad pengenalan atau sijil 
beranaknya, dia masih dianggap Islam dan tidak dapat melangsungkan perkahwinan 
mengikut Pembaharuan Undang-Undang (Akta Perkahwinan dan Penceraian 1976).

“Saya menderita kerana tidak dapat mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga 
selama ini,” katanya.

Lina juga berkata, dia kini bimbang keselamatan diri dan kebebasan kerana ada laporan 
akhbar yang menyatakan beberapa golongan dalam masyarakat Islam berpendapat orang 
murtad patut dan boleh dihukum mati.

“Laporan akhbar menyebut ada badan berkuasa bercadang menubuhkan atau memulakan pusat 
pemulihan khas dan diberi kuasa untuk menahan individu yang menyimpang daripada ajaran 
Islam untuk dipulihkan,” katanya.



---
http://www.yourcheque.com/refer.cgi?link=0&id=1009483 
---
Earn a dime every time you receive email! 
Sign up FREE at: http://www.MintMail.com/?m=15782 

---
http://kirawang.homestead.com


______________________________________________________
Get Paid... With Your Free Email at
http://www.zwallet.com/index.html?user=wangnet


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Cyber <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke