*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keling yang manakah akan dipilih oleh Mahathir untuk menggantikan Daim sebagai Menteri 
Kewangan ?
Keling Ali Abul Hassan Sulaiman atau Keling Abdul Rahman Maidin ?

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Mahathir Vs Daim: Siapa Masuk Penjara? 
 
Oleh Ummu Natasya 

PERTEMBUNGAN dua kuasa besar dalam Umno akan menyaksikan sekali lagi perpecahan yang 
tidak dapat disangkal. Percutian Daim Zainuddin tetapi masih ke pejabat dan masih mahu 
menghadiri persidangan di luar negara penuh dengan tanda tanya. Perdana Menteri, Datuk 
Seri Dr. Mahathir Mohamad tidak dapat menyembunyikan keresahannya dengan menyindir 
Daim dengan kata-kata orang terlalu kaya tidak perlu bertanding dalam Umno. 

Dr. Mahathir Mohamad tahu, dia akan terperangkap dengan Daim kerana jika dia lambat 
bertindak terhadap Menteri Kewangan yang cukup kaya dan licik ini, dia akan 
dipenjarakan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Daim mampu melakukannya dengan bantuan 
Abdullah Badawi. 

Daim Zainuddin pula turut bimbang jika dia tidak menjatuhkan Dr. Mahathir Mohamad 
dalam masa yang singkat, dengan menonjolkan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, 
dia juga akan dipenjarakan oleh Dr. Mahathir. 

Kenyataan Zainal Abidin Zin (Timbalan Menteri Dalam Negeri) yang mengatakan permainan 
politik wang boleh ditahan di bawah ISA sebenarnya sindiran kepada Daim Zainuddin 
yang akan ditahan di bawah ISA dalam masa yang terdekat. Pemilihan peringkat bahagian 
bukan fokus tetapi dikhuatiri politik wang akan menjatuhkan Perdana Menteri 
Malaysia. Zainal Abidin Zin tentunya sudah diarahkan bersediauntuk melakukan sesuatu 
yang agak besar. Kini, berlaku pertembungan, kuasa Daim (yang pernah disifatkan oleh 
Dr. Mahathir sebagai too strong) dengan kuasa Dr. Mahathir. 

Daim tidak akan berhenti selagi Dr. Mahathir tidak berhenti. Dr. Mahathir mahukan Daim 
berhenti tetapi Daim mahukan Dr. Mahathir juga berhenti. Daim mahu menjadikan Abdullah 
Badawi sebagai boneka jika dia dapat menumbangkan Dr. Mahathir. Ada kuasa besar di 
belakang Daim sekarang dan mesyuarat demi mesyuarat sudah dijalankan untuk 
pertembungan ini. 

Tangkapan ISA terhadap sembilan ahli keADILan adalah kambing hitam yang sengaja 
dilakukan untuk turut mengISAkan seseorang pemimpin besar, dari Umno. Pertembungan ini 
akan menyaksikan siapa menang, antara Dr. Mahathir-Daim/Abdullah Badawi. 

Dr. Mahathir melantik Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman sebagai penasihat ekonominya. 
Maknanya, Daim sudah tidak berperanan lagi kepada Dr. Mahathir. Mana ada sejarah orang 
bercuti boleh masuk pejabat, teliti dokumen dan menghadiri persidangan? Mana ada 
sejarah, orang bercuti boleh rasmi itu dan rasmi ini? 

Abdullah Badawi juga seharusnya tidak mudah terlena dek buaian Daim. Jika dia tidak 
berhati-hati, dialah salah seorang TPM yang akan merengkok dalam penjara bersama-sama 
Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Sukar untuk mempercayai pertembungan ini tetapi, ia bukan mustahil. Dr. Mahathir 
sudah menunjukkan rasa tidak minatnya kepada Daim dan Abdullah Badawi. Kita, tunggu, 
mungkin esok, mungkin lusa, ada Menteri dan mungkin Timbalan Perdana Menteri akan 
ditahan di bawah ISA. 

Allah maha berkuasa. Suatu hari dahulu Daim merancang untuk memenjarakan Anwar Ibrahim 
dan kini, dia tersepit. Apakah selepas dia berjaya memenjarakan Anwar, dia juga akan 
berjaya memenjarakan Dr. Mahathir? 

Begitu juga Dr. Mahathir, suatu ketika dia berjaya memenjarakan Anwar, bukankah lebih 
mudah untuk dia memenjarakan Daim pula? 

Jika Anwar boleh dipenjarakan, siapalah Abdullah Ahmad Badawi di kaca mata Dr. 
Mahathir? 
 



Check out the FREE cell phone packages complete with accessories at Lycos Wireless 
Marketplace
http://www.inphonic.lycos.com/redirect.asp?referringpage=www.lycosad129

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke