*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
The Internal Security Act and Umno�s insecurity
- By MG Pillai Malaysiakini
- Chiaroscuro 24 April 2001
- http://members.nbci.com/xumno/feu_gelita_mggp_v2_91.html
[Terjemahan Bahasa Melayu di bawah]
2:12pm, Tue: Once the Internal Security Act was invoked when Malays were incensed; now
when Umno is. What once was a useful, indeed required, law to prevent the overthrow of
the government, it is now brought to rein in political opponents.
In the recent crackdown, now standing at nine, all are political opponents of Umno.
However you look at it, the ISA is enforced on questionable assertions of an armed
revolution planned.
In the past, when the ISA is justified to detain perceived enemies of the state, it
was viewed two ways: good riddance to bad rubbish; and, paradoxically, the concomitant
fear that walls have ears and we had better shut up. In other words, it silenced
dissent. In the latest crackdown, neither view surfaced, except amongst the very
paranoid.
Instead, Inspector-General of Police Norian Mai had to threaten further arrests. The
deputy minister of home affairs had to distance the government from the police action
- he said the government did not know whom the police intend to arrest.
The government used the ISA on its deputy prime minister, Anwar Ibrahim, in 1998. It
was Anwar�s second brush with the ISA; he was detained for two years in 1973, amidst
student demonstrations to protest the famine in Grik.
His arrest is a watershed in the ISA's bite. Arresting the deputy prime minister under
the ISA shook the government to its roots, and the fallout continues to haunt it to
this day. The Malay is no more afraid of it. Neither the government nor Umno nor the
police can explain this dramatic shift in perceptions, but think it can be invoked to
put people in their places.
The government had promised the ISA would not be used on political opponents. Both
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and the deputy prime minister and home minister,
Abdullah Ahmad Badawi, were categorical about this. But eight Keadilan members were
picked up, and if Norian Mai is correct, more would be.
That he says so suggests the ISA is used for a political purpose; if the subversives
were known, the police would have just detained them without further ado. So, why is
Norian Mai warning those he wants arrested for anti-national and subversive activity?
The Anwar fallout
The fallout from Anwar's arrest under the ISA in 1998 forced the government to eschew
it to rein in political opponents. When it cracked down on dissent, refusing
permission for rallies or otherwise, the opposition resorted to massive
demonstrations. The police is petrified with each and overreacted. But it kept coming.
So, however good a case it can mount to justify the arrests, it is now disbelieved. It
now raises the ante. The ISA is brought back with a vengeance. But the anti-Umno and
anti-government Malay is unconcerned. The more the ISA is used to crush dissent, the
more the government is under notice.
The issue is not, as the government claims, if demonstrations and overt
anti-government activity would develop into a continuing confrontation between
government and opposition. But it this lack of political space for those who have a
view different from the government that brings this confrontation about. The
government insists, however, that that right is theirs only at elections.
But for democracy to function, there must be this continuing clash of opinions on
politics and how the country should be governed. The Malaysian government does not
allow it. It could when it wrought its will, politically and culturally, on the Malay
and Malaysia. Not anymore. The Malay, with a view different from Umno, wants the right
to be heard, and explain his view.
He does not accept the restraints, and is prepared to ensure it in what way he can. He
has drawn the line beyond which he would not withdraw. It is, in many ways, a
political awakening. Umno fights to retain the support it has, as the Malay,
especially the young, reject it. It is in this light, the ISA is used to contain this
growing resurgence of Malay cultural hegemony.
Umno is in flux. These Malay pressures come as it tries to reorient itself back into
the Malay mainstream. But tired, arrogant, self-serving leaders realise in shock if it
is allowed to continue, it could consume them and Umno.
Umno itself breaks into factions, with the centrifugal hold on it fraying at the
seams. Umno does not accept it, and fights tooth and nail, against immeasurable odds,
to prevent it.
The Fauzi fallout
The Umno divisional elections did not go as the leaders expected. The Fauzi fallout
could still bring about the resignation of the man he accused of corruption - former
Pahang mentri besar and now information minister and Umno secretary-general.
The prime minister threatens to bar the rich from party positions. The finance
minister, Daim Zainuddin, goes on leave for two months, when he is most needed in
Parliament to shepherd the Eighth Malaysia Plan through.
The mainstream media, quick to cover Umno functions not in depth but to blanket with
it, is strangely reticent on how branch and divisional meetings fared. The full
details are not known, but the Anwaristas are returned in force, with the Fauzi affair
putting Umno on the defensive.
The prime minister's men have come home, though several, especially those involved in
the conspiracy against the jailed former deputy prime minister, Anwar Ibrahim, lost.
But the divisional heads must assert, revitalise the divisions, rekindle lost support.
That cannot be done by having the ISA used on the opposition. It would still not
prevent Umno members joining other parties. Umno was shocked to its roots when a
former Umno state executive councillor formed a PAS branch on the outskirts of Kuala
Lumpur and a few hundred turned up to grace the occasion.
What Umno needs is a reformasi of its own, and the ISA is not how to achieve it.
- MGG Pillai
Terjemahan:
ISA dan Ketidak-selamatan UMNO
(MGG Pillai: The Internal Security Act and Umno�s insecurity)
2.12 p.m.: Satu ketika dulu ISA (Internal Security Act: Akta Keselamatan Dalam Negeri)
digunakan apabila orang Melayu naik marah; kini apabila UMNO yang berperasaan begitu.
Satu ketika dulu undang-undang di bawah akta itu memang diperlukan, untuk mengelakkan
daripada adanya sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan. Kini, ia digunakan untuk
menghambat ahli parti pembangkang.
Dalam operasi penangkapan terbaru, semua sembilan orang yang ditahan itu adalah
penentang UMNO. Betapa kita melihatnya, ISA dikuatkuasakan berasaskan dakwaan yang
dicurigai betapa adanya ura-ura untuk melancarkan revolusi bersenjata di negara ini.
Pada masa dulu, ketika ISA dikatakan sebagai alat untuk menahan mereka yang dicurigai
sebagai musuh-musuh negara, ia diberikan takrif mengikut dua cara: satu jalan mudah
ialah untuk menahan segala bedebah; dan secara bertentangan dengan pendapat umum
(paradoks) adanya kesangsian betapa dinding pun boleh bertelinga. Oleh itu adalah
lebih baik kalau kita membisu sahaja. Daripada dua anggapan itu tidak ada satu pun
yang menyerlahkan kebenarannya melainkan di kalangan mereka yang memang hampir gila.
Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Norian Mai telah mengugut untuk melaksanakan beberapa
tangkapan lagi.. Timbalan menteri dalam negeri terpaksa menyisihkan tanggungan
kerajaan daripada tindakan polis - dia berkata kerajaan tidak tahu-menahu sesiapa lagi
yang akan ditangkap oleh polis.
Kerajaan pernah mengenakan ISA terhadap mantan timbalan perdana menteri, Anwar
Ibrahim, pada 1998. Itu merupakan pengalaman Anwar yang kali kedua dengan ISA. Dia
pernah ditahan selama dua tahun pada 1973, ketika tercetusnya demonstrasi pelajar
memprotes kelaparan di Grik. (Baling sebenarnya - penterjemah)
Penangkapannya itu merobah sengat ISA. Menangkap seorang timbalan perdana menteri
dengan menggunakan ISA telah menggoncangkan kerajaan ke akar umbinya, dan bahana
tindakan itu masih lagi berterusan untuk menghantui kerajaan sehingga masakini. Orang
Melayu tidak lagi takut kepada ISA. Kerajaan bersama UMNO dan juga pihak polis tidak
dapat mencari penjelasan kenapa berlakunya satu anjakan persepsi yang sungguh
dramatik, Namun, ia masih berfikiran akta zalim ini boleh diguna-pakai untuk mendera
sesiapa yang mereka suka.
Kerajaan pernah berjanji tidak menggunakan ISA terhadap ahli parti politik
pembangkang. Perdana menteri Dr. Mahathir Mohamad dan juga timbalannya Abdullah Ahmad
Badawi memang telah berjanji mengenai ini tanpa syarat. Tetapi, lapan orang ahli
Keadilan sudah pun ditangkap, dan kalau Norian Mai tepat dengan kenyataannya, masih
ramai lagi yang akan diserkap.
Kenyataan Norian Mai itu menunjukkan ISA sudah pun digunakan kini bagi tujuan politik.
Kalaulah unsur-unsur subversif itu sudah diketahui, tentu polis boleh menahan mereka
tanpa ribut-ribut lagi. Jadi, kenapakah Norian Mai terus melalak memberi amaran
terhadap mereka yang mahu ditangkapnya kerana bersikap anti-negara dan aktiviti
militan?
Bahana Penangkapan Anwar
Bahana penangkapan Anwar di bawah ISA pada 1998 telah memaksa kerajaan mengelak
menggunakannya untuk memerangkap puak pembangkang. Apabila kerajaan melancarkan
penangkapan terhadap pihak yang menentang, dengan menafikan hak mereka untuk
mengadakan perhimpunan ataupun sebaliknya, pihak pembangkang memilih untuk melancarkan
demonstrasi secara besar-besaran. Polis menjadi bingung dengan fenomena ini dan
bertindak di luar batasan. Gelombang manusia itu terus mahu berhimpun juga.
Sekarang, betapapun polis cuba memberikan alasan yang dianggapnya munasabah dengan
penangkapan itu, alasan itu tidak dipercayai lagi. ISA disauk semula untuk
dikuatkuasakan dengan dendam yang lama terperam. Namun, kumpulan anti-UMNO dan
anti-kerajaan tidak hairan dengan tindakan itu. Lagi galak ISA digunakan untuk
menekan, lagi galak kerajaan menjadi tertekan.
Isu sebenar bukanlah seperti yang disebut oleh kerajaan yang beranggapan kalau para
penunjuk perasaan dan aktiviti anti-kerajaan dibiarkan, ia akan terus menular menjadi
satu konfrontasi antara kerajaan dengan pembangkang.
Demokrasi hanya boleh bertapak dengan suburnya kalau ada pertembungan pendapat politik
mengenai cara negara ini harus ditadbirkan. Inilah yang tidak dibenarkan oleh kerajaan
Malaysia. Mungkin ia bersedia dengan pendapat ini apabila ia sudah mencengkam kuasanya
ke atas orang Melayu dan rakyat Malaysia. Tetapi, keadaan sudah jauh berubah. Orang
Melayu sudah mempunyai pendirian berbeza daripada UMNO. Mereka mahukan hak untuk
didengar dan hak untuk menerangkan pendapatnya.
Orang Melayu sudah bijak memahami apakah batasan hidupnya dan sudah bersedia untuk
menentukan mereka berupaya melepasi hambatan itu. Inilah satu iktikad yang tidak mudah
ditarik balik. Dalam banyak hal keyakinan diri ini merupakan satu kesedaran
berpolitik. UMNO melawan untuk merangkul kembali asas sokongan yang pernah
dimonopolinya, sedangkan orang Melayu, terutama golongan muda terus menolaknya. Di
tengah-tengah kemelut inilah ISA ditonggang kembali untuk menyekat kebangkitan
hegemoni budaya Melayu yang semakin membuak geloranya.
Inilah yang membuatkan UMNO mencelaru. Tekanan-tekanan orang Melayu inilah yang
menyukarkan usaha untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada UMNO. Tetapi, para
pemimpin yang sudah terkenal kerana kelesuan, keangkuhan, tamak dan haloba semakin
sedar walaupun secara terkejut, betapa usaha yang sukar ini kalau diteruskan juga akan
menelan mereka dan UMNO akhirnya.
UMNO sudah berpecah kepada beberapa fraksi, di mana cengkaman pusat sudah pun semakin
tetas di tepiannya. Inilah yang tidak mahu diperakui oleh UMNO itu sendiri. Inilah
juga sebabnya mereka sanggup bermati-matian untuk menahannya.
Bahana Kemelut Fauzi
Pengundian UMNO di peringkat bahagian tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan
oleh para pemimpinnya. Bahana tuduhan Fauzi berkemungkinan menyebabkan persaraan orang
yang dituduhnya sebagai korup - itulah dia bekas menteri besar Pahang yang kini
menjadi menteri penerangan dan setiausaha agung UMNO.
Perdana menteri sudah pun mengugut untuk menyekat orang yang kaya raya daripada
memegang jawatan dalam parti. Menteri kewangan Daim Zainuddin mengambil cuti untuk dua
bulan lamanya, sedangkan dia amat diperlukan di Parlimen untuk menerajui pelancaran
Rancangan Malaysia Kedelapan.
Media perdana, memang pantas melaporkan majlis UMNO secara sambil lewa sahaja, dan
menutup cerita yang pelik-pelik yang tercetus ketika mesyuarat dikendalikan. Cerita
sebenar memang tidak diketahui, tetapi kumpulan puak Anwaristas telah mencapai
kejayaan. Apalagi dengan kemelut Fauzi yang membuatkan UMNO menggelupur kepanasan.
Ada juga calon kesayangan perdana menteri yang menang kerusi mereka, walaupun ada juga
yang terpaksa berduka. Kebanyakan yang kecundang adalah mereka yang terlibat dalam
konspirasi memenjarakan Anwar dan mengaibkannya laksana binatang. Ketua bahagian yang
menang perlu berusaha menggerakkan bahagiannya semula dan menghidupkan kembali
kegemilangan sokongan lama.
Usaha seperti itu tidak boleh dilaksanakan dengan menggunakan ISA terhadap pihak
pembangkang. Ia tidak akan menarik minat bekas orang UMNO untuk balik semula menjadi
ahli.. UMNO menjadi terkejut beruk apabila seorang bekas exco UMNO menubuhkan cawangan
PAS terbaru di pinggir Kuala Lumpur dan berjaya menarik beratus tetamu untuk
menyerikan majlisnya.
Apa yang UMNO memang perlukan ialah satu reformasi dalaman sendiri, dan ISA bukannya
alat untuk mencapainya.
-MGG Pillai
- Selasa 24.4.01.
Terjemahan: Marhaintua
http://members.nbci.com/xumno/feu_gelita_mggp_v2_91.html#Terjemahan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]