*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.

Nampaknya isu skim anuiti kwsp timbul kembali. memang isu ini semakin menarik
dan ramai pelabur telahpun cuba melabur dlm skim ini dengan harapan untuk
mendapatkan perlindungan drpd sebarang musibah dan juga sebagai sumber
pendapatan dihari tua.

Suka utk saya attachkan satu email yg amat menarik yag telah ditulis oleh
saudara Tiang Jawi bertarikh 6 Sept 2000. So, sesiapa yg miss isu yg telah
dibincangkan suatu masa dahulu, bolehlah baca apa saya attachkan dibawah. Semoga
tuan-tuan/puan-puan mendapat sedikit sebanyak daripada email tersebut.

Wassalam.

-----Original Message-----
From: Tiang Jawi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, September 06, 2000 1:20 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* EPF & Takaful



Assalamualaikum w.w.

Kita berbincang semula skim anuiti dan KWSP.  Perkara ini pernah kita
perkatakan pada Julai dahulu tetapi tidak banyak menarik minat dan kurang
respon.  Kini diperkatakan semula mungkin kerana kenyataan CAP/MTUC ?
mengenai kerugian jika mengambil skim anuiti konvensional.

Di sini ingin saya memberikan analisis cetek dan dangkal saya berkaitan skim
anuiti berbanding skim endowmen, insuran, takaful keluarga dan juga
pelaburan di skim lain seperti LUTH, ASB ataupun KWSP sendiri.

Skim insuran, endowmen konvensional menghendaki kita membayar caruman
berperingkat (bulanan).  Kita diberi perlindungan dengan sejumlah wang
apabila berlaku musibah - kematian/hilang upaya kekal.  Faedah tahunan
diberi berdasarkan jumlah polisi yang kita ambil.  Biasanya sekitar 4-6%
sahaja.

Takaful juga menghendaki kita membuat caruman beperingkat di atas jumlah
polisi yang kita ambil.  Dari jumlah polisi tersebut ditolak sebahagian
(mengikut umur) kita untuk tabung kecemasan (tabaruk).  Dari tabung khas
inilah sumbangan diberi sekiranya berlaku musibah ke atas saudara sepolisi
kita.  Keuntungan dikira berdasarkan cumlah yang telah kita carum (tolak
untuk tabung tabaruk) BUKAN jumlah polisi yang kita ambil.  Nilai keuntungan
berubah mengikut prestasi.  Dari yang lepas-lepas sekitar 6% juga.  Malah
satu ketika Takaful Bhd pernah memberi keuntungan bawah 3%.  Jika ada netter
mengatakan keuntungan boleh menjangkau 30%, saya ingin kenyataan itu
dikeluarkan oleh pihak syarikat.  Tolong jangan samakan dengan skim takafuk
kenderaan.  Jika berlaku musibah kita mendapat duit caruman plus keuntungan
dan juga sumbangan dari skim tabaruk di atas.

Anuiti memerlukan kita membayar tunai sekaligus.  Ini perbezaan yang paling
jelas dengan insuran atau takaful yang memerlukan kita membayar secara
berperingkat.  Walau bagaimanapun ada sedikit konsep insuran kerana kita
dijamin pendapatan RM 100/bulan/unit anuiti selepas pencen.  Jika
ditakdirkan kita panjang umur melepasi umur pencen, adakah skim ini yang
terbaik?.

a. Ada netter mengatakan unit anuiti untuknya RM 4,900 (umur 33 tahun).
Maknanya hanya selepas 22 tahun nanti (bila pencen) beliau akan dapat RM
100/bulan.  Jika beli 10 unit dapat RM 100 x 10 = RM 1000/bulan.  Berapakah
nilai yang dia mungkin perolehi jika dilabur di tempat lain.  Lihat saja
LUTH dengan keuntungan yang saya ambil sebagai contoh 8% tahun.  RM 4,900/22
tahun dengan 8%/tahun = RM RM 26,640.  Kalau dia simpan RM 49,000 (10 unit
anuiti) jumlah simpanan beliau ketika pencen nanti ialah RM 26,640 x 10 = RM
266,400.  Ia suku juta.  Dengan nilai ini pada tahun pertama pencen nanti
keuntungan tahunan adalah RM 21,312.  Maknanya beliau boleh mendapat hampir
RM 2,000 perbulan untuk selama masa beliau mahu TANPA mengusik jumlah suku
juta tersebut. Sila kira jumlah yang saudara perolehi dari skim anuiti.
Kalau dilabur dalam ASB (kepada mereka yang tidak kesah sangat) nilainya
ialah RM 398,000 (dengan anggapan keuntungan 10% setahun).  LIHAT dan FIKIR.
  Jika saudara terus dalam KWSP, saya anggar 6.5%/tahun., nilainya menjadi
195,800 untuk caruman RM 49,000 (10 anuiti).
b. Saya tak dapat bandingkan dengan endowmen/insuran/takaful biasa kerana
caranya tak sama.  Saudara hanya perlu membayar secara berperingkat selama
22 tahun.  Andainya saudara bayar bulanan RM 100/bulan/22 tahun dapatlah
nilai tersebut (selepas tolak tabung tabaruk) plus keuntungan di penghujung
nanti.  Mungkin nilainya menjadi lebih dua kali nilai polisi saudara.
c. Sebelum ini (bulan julai/jun) ada saudara Mohd Nazam memperkatakan skim
invesmen-linked insurance.  Ini satu lagi alternatif yang baik untuk dicuba
kerana pulangan keuntungan dijangka lebih tinnggi dari skim takaful atau
insuran biasa.

Cadangan saya.

Teliti hati-hati.  Kalau sebelum ini saudara kurang membuat analisis dari
segi pengurusan kewangan, peruntukanlah sedikit masa untuknya.  Kata orang
putih 'jangan letakkan semua telor anda dalam satu bakul'.  Dikhuatiri kalau
terjatuh nanti pecah semua.  Oleh itu perbagaikan pelaburan, skim yang
diambil.  Ambil polisi insuran/takaful, labur dalam LUTH umpamanya, dan
kalau yakin belilah anuiti sekadar sepatutnya BUKAN semua wang dalam KWSP.
Yang lebih penting, ini semua simpanan masa tua, jangan gatalkan tangan
untuk mencairkkannya.

Sekian ikhlas dari saya.






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd Nazam Dzulkarnaini" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke