*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ni nak tanya orang-orang reformasi

Kalau Mahathir melatakkan jawatan dan Shahrir Samad dipilih menjadi
Perdana Menteri, lantas DS Anwar Ibrahim dibebaskan, adakah anda akan
meninggalkan Keadilan dan PAS untuk kembali kepada UMNO?

Yalah, kalau masuk UMNO semua boleh dapat.... Projekpun boleh
dapat..... Kalau kat Johor tu, letak gajahpun, gajah boleh memang.

--- durian botak <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> assalamualaikum,
> mahathir ini semakin tua bangka semakin bodoh.kalau
> ada politik wang, mengapa tidak ada yang dipecat atau
> nama mereka dibagi ahli umno tau?sudah bertahun-tahun
> perkara ini dihebohkan tetapi tidak dapat
> diselesaikan.kalau dah tere sangat tunjuklah macam
> mana dia boleh selesaikan. ini seolah-olah ketua
> kampong heboh mengatakan penyakit taun menyerang
> kampung, tetapi tak ada orang pun kena hantar
> hospital, tak ada orang pun mati-contoh
> sahaja.kesimpulannya mahathir hanya pandai berlakon,
> idea-idea bodoh dan tipu helah dia, orang semua sudah
> tau.
> --- Nurul Huda <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > Puncanya Mahathir atau politik wang? 
> > 
> > 
> > 3:11pm, Mon: Heboh mengenai politik wang sejak
> > seminggu dua ini, mengapa? Kenapa perkara yang telah
> > dibangkitkan oleh bekas Timbalan Presiden Umno, Tan
> > Sri Musa Hitam sejak 15 tahun lalu tiba-tiba menjadi
> > topik utama sekarang? 
> > 
> > Umno seperti orang sedang nazak, mahu diubati segera
> > penyakitnya yang kronik. Doktornya menghebohkan
> > punca utama penyakit itu adalah virus bernama
> > politik wang. Lalu virus itu diserang dengan harapan
> > kuman lain yang lebih berbahaya dilupakan dan
> > penyakit dapat diubati segera. 
> > 
> > Itulah gambaran yang diberikan sekarang - kononnya
> > sebab utama Umno semakin reput dan dipinggirkan oleh
> > orang Melayu adalah kerana pemimpin-pemimpinnya
> > mengamalkan politik wang. 
> > 
> > Lalu dikemukakan beberapa cadangan segera seperti
> > merujuk kes-kes politik wang kepada Badan Pencegah
> > Rasuah (BPR), menyenaraihitamkan pemegang jawatan
> > dalam Umno daripada mendapat kontrak kerajaan dan
> > orang yang terlalu kaya akan disekat daripada
> > merebut jawatan dalam parti itu. 
> > 
> > Doktor Umno merangkap Presiden parti, Datuk Seri Dr
> > Mahathir Mohamad menyalahkan politik wang, orang
> > kaya dan kerakusan merebut tender kerajaan sebagai
> > penyebab kelemahan parti yang sedang dipimpinnya
> > itu. 
> > 
> > Bagaimanapun ahli-ahli Umno sekarang semakin bijak.
> > Mereka tidak menelan bulat-bulat kempen memerangi
> > politik wang yang diberikan nafas baru oleh Presiden
> > mereka itu. 
> > 
> > Malah ada yang mempertikaikan kenyataan Dr Mahathir
> > itu dengan menyifatkan beliau cuba mengalih
> > perhatian ahli-ahli Umno daripada masalah sebenar
> > yang dihadapi oleh parti itu. 
> > 
> > Cabaran BBM 
> > 
> > Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Aziz Sheikh Fadzir
> > mengingatkan Dr Mahathir jangan marahkan nyamuk,
> > lalu kelambu dibakar. Katanya, tidak semua orang
> > kaya mengamalkan politik wang. 
> > 
> > Ahli Majlis Tertinggi Datuk Shahrir Samad pula
> > menegaskan, langkah menyekat orang kaya daripada
> > memimpin parti tidak semestinya akan menghapuskan
> > politik wang kerana orang yang tidak kaya juga
> > terdedah untuk mengamalkan gejala itu. 
> > 
> > Kini di tengah-tengah pemilihan di peringkat
> > bahagian, perbahasan politik wang semakin hangat.
> > Ahli-ahli Umno seolah-olah lupa apa sebenarnya
> > penyakit yang dihadapi oleh parti itu. 
> > 
> > Isu politik wang ini telah menenggelamkan kewujudan
> > Badan Bertindak Melayu (BBM) yang tidak lama dulu
> > begitu lantang mengkritik pucuk pimpinan parti
> > termasuk Presidennya.
> > 
> > Kenyataan-kenyataan pedas Shahrir, Datuk Ibrahim
> > Ali, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan ramai lagi yang
> > mengecam pemimpin Umno kini dan menganggap Dr
> > Mahathgir sebagai beban kepada parti serta punca
> > kekalahan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil
> > Lunas tenggelam begitu sahaja. 
> > 
> > Inilah sebenarnya yang dikehendaki oleh Presiden
> > Umno itu. Beliau mahu ahli-ahli parti leka
> > membicarakan soal lain dan melupakan BBM yang cuba
> > mencabar kedudukannya. 
> > 
> > Lalu kesempatan yang dibuka oleh Datuk Fauzi Abdul
> > Rahman yang kecewa dengan amalan politik wang dalam
> > Umno bahagian Kuantan digunakan sepenuhnya untuk
> > membesar-besarkan ancaman politik wang ini. 
> > 
> > Dr Mahathir berharap dapat mencuci tangannya apabila
> > menjadi hero memerangi politik wang. Beliau
> > menggunakan kesempatan ini untuk menuduh orang lain
> > sebagai punca kelemahan Umno, sekali gus mahu
> > menepis dakwaan para penentangnya yang menuduhnya
> > sebagai liabiliti (beban) kepada parti. 
> > 
> > Seorang aktivis Pemuda Umno berkata, Dr. Mahathir
> > mahu membersihkan dirinya dengan mempamerkan
> > kesungguhan untuk memerangi politik wang dalam
> > parti. 
> > 
> > Tender yang lumayan 
> > 
> > "Dr Mahathir cuba mengalihkan perhatian ahli-ahli
> > Umno daripada menyalahkan dirinya sebagai punca
> > kelemahan parti dengan menimbulkan masalah lain
> > terutamanya politik wang. 
> > 
> > Beliau berharap apabila ahli-ahli parti ghairah
> > bercakap soal politik wang, kemarahan mereka
> > terhadapnya akan berkurangan atau dihapuskan,"
> > tegasnya. 
> > 
> > Bagaimanapun menurut aktivis itu, sebahagian besar
> > ahli-ahli Umno berpendapat sebaliknya, Dr Mahathir
> > dilihat sebagai punca kepada gejala ini kerana
> > beliaulah yang menggalakkan kemasukan orang korporat
> > dan orang kaya ke dalam Umno. 
> > 
> > "Kami juga tidak melihat keikhlasan beliau dalam
> > memerangi gejala ini. Mengapa baru sekarang hendak
> > bertegas? Kenapa tidak 10 atau lima tahun dulu.
> > Sekarang politik wang sudah menjadi budaya Umno...
> > sukar untuk diperangi," tambah aktivis itu lagi. 
> > 
> > Nampaknya usaha murni Dr Mahathir untuk membersihkan
> > Umno akan menempuh jalan sukar. Tidak ramai pemimpin
> > Umno sanggup bekerjasama dengannya kerana lebih 80
> > peratus ketua-ketua bahagian dan cawangan bergantung
> > pada kontrak-kontrak kerajaan. 
> > 
> > Masakan mereka mahu menabur pasir ke periuk nasi
> > sendiri? Lagipun idelisme perjuangan sudah lama
> > berkubur dalam Umno. Sebahagian besar mereka yang
> > menyertai Umno sekarang mahu mengejar kontrak,
> > konsesi balak, saham dan tender-tender yang lumayan.
> > 
> > 
> > Sedangkan memasang poster dan bendera ketika musim
> > pilihanraya sekalipiun para penyokong Umno menagih
> > upah, inikan pula apabila sudah menjadi pemimpin di
> > peringkat bahagian, perhubungan negeri atau di
> > peringkat nasional. 
> > 
> > Zaman berjuang semata-mata kerana parti, bangsa,
> > agama dan negara sudah berlalu. Setiap titik peluh
> > yang tumpah, setiap undi yang diberi menuntut
> > balasan. Dr Mahathir terpaksa menerima hakikat ini -
> > lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri
> > dipersalahkan sebagai punca utama kelemahan Umno
> > sekarang. 
> > 
> > Amaran, rayuan, doa dan tangisan Presiden Umno ini
> > untuk memerangi politik wang akan hanyut bersama
> > Umno yang semakin reput. 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> 
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
> http://auctions.yahoo.com/
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: durian botak <[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke