Title: Bekas Pengarah SPR Perak Didenda RM80,000 Kerana Rasuah
 

BERITA MALAYSIA : BERITA AM

 
May 03 , 2001 17:59PM


 
Bekas Pengarah SPR Perak Didenda RM80,000 Kerana Rasuah
 
IPOH, 3 Mei (Bernama) -- Bekas pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Nik Mustafa Nik Mat Khamis didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap lapan pertuduhan rasuah.

Nik Mustafa, 48, didenda RM10,000 atau penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan itu.

Dia dibawa ke lokap mahkamah apabila tidak dapat membayar dengan itu sehingga pukul 1 tengah hari.

Beliau bagimanapun menjelaskan denda itu pada sebelah petang.

--BERNAMA

 

Copyright ©2001 BERNAMA. All rights reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA.

Kirim email ke