Mahathir Kepala Batu!

Betapa kasar panggilan dan gelaran di atas. Bukannya kerana saya emosional tetapi tindak-tanduknya yang degil, berdendam, tidak berperikemanusiaan maka buat rakyat macam 'anjing' !. Dahlah dia mengatakan sdr.Anwar menipu tentang penyakitnya, halangan SUHAKAM untuk melawat tahanan ISA mendedahkan kejahatan dalam dirinya. Keadaan memaksa Mahathir bersikap demikian rupa kerana dia amat takut dan sedaya upaya sedang menghalang kebangkitan para reformis dan semakin ramai rakyat menentang beliau sekarang ini.

Ketakutan dan kebimbangan yang di alami oleh Mahathir telah sampai kemuncak sehingga memaksa dia menggunakan akta ISA. Tindakan Mahathir ini di ibaratkan ' mencurah minyak ke dalam api ' . Mahathir sepatutnya mencari jalan berbaik-baik bersifat penyayang dan memperbaiki sirratulrahim dengan para musuhnya. Mahathir juga tentu tahu dan amat mengenali para musuhnya bukanlah golongan yang mengacu senjata kepadanya. Jika ada golongan seperti ini, Mahathir tentunya tinggal nama sahaja sekarang ini. Mahathir sepatutnya berterima kasih dan menghormati para pembangkang dan musuhnya kerana golongan ini masih menghormati demokrasi. Hanya Mahathir semakin hari semakin melupakan demokrasi dan bertindak zalim kepada rakyat yang menentangnya seperti seorang diktator.

Mahathir dan kerajaan sekarang ini mesti mengubah dengan cepat kesilapan ini. Perbuatan seperti menghalang sdr.Anwar merawat di Germany, menghalang Suhakam melawat tahanan ISA dan merendah-rendahkan suara rakyat mahu ISA di hapuskan hanya mengundang bencana kepada dirinya dan UMNO.

Mahathir tidak perlu mendabik dada dan bermegah dengan kuasa yang ada padanya. Himpunan ribuan rakyat mengelilingi PutraJaya dan kediamannya di sana sudah cukup melemahkan kekuatan polis. Mahathir boleh melarikan diri ke negara lain, tetapi kesalahannya akan di hakimi dan dia akan di labelkan 'MOST WANTED PERSON: US2 MILLION REWARD-LIFE OR DEATH'.

Kirim email ke