*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Syabas Tan Sri,

Sekarang mari kita main bola pula..

Malaysia bole... Malaysia bole....


>From: Nurul Huda <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Megat Junid bersara dari politik
>Date: Sun, 06 May 2001 11:56:52 +0800
>
>Megat Junid bersara dari politik
>KUALA LUMPUR 5 Mei - Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal 
>Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, 59, hari ini mengumumkan 
>persaraannya daripada arena politik atas alasan kecewa terhadap amalan 
>politik wang pada pemilihan bahagian UMNO.
>
>Menurut Megat Junid, keputusan itu dibuat selepas beliau tewas kepada 
>Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ramli Ngah Talib dalam pemilihan 
>Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Perak, pada 15 April lalu.
>
>Beliau yang telah aktif selama 30 tahun dalam UMNO mendakwa, amalan politik 
>wang adalah faktor kekalahan tipisnya pada pemilihan ketua bahagian 
>berkenaan.
>
>``Selama ini saya tidak pernah merasakan penangan politik wang seperti yang 
>dialami pada pemilihan baru-baru ini,'' katanya.
>
>Bagaimanapun, beliau tidak mahu membuat tuduhan melulu berikutan tidak ada 
>bukti kukuh yang boleh dikaitkan dengan pihak terbabit.
>
>``Ada perwakilan dalam bahagian itu bertemu dengan saya dan mendakwa 
>menerima wang sebanyak RM500 yang diberikan oleh individu tertentu,'' 
>katanya kepada Mingguan ketika ditemui di kediamannya di Kelana Jaya dekat 
>sini, hari ini.
>
>Beliau mengulas kekalahannya kepada Ramli dengan majoriti 11 undi pada 
>pemilihan bahagian Pasir Salak, 15 April lalu.
>
>Megat Junid mendapat 191 undi, manakala Ramli memperoleh 202 undi.
>
>Pada pilihan raya umum 1999, Megat Junid tewas kepada calon Pas, Mat Basir 
>Rahmat bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Parit dengan majoriti 
>1,293 undi.
>
>Mengulas lanjut mengenai kekalahannya di Pasir Salak, Megat Junid mendakwa, 
>beliau tidak mempunyai pengalaman bertanding pada peringkat bahagian kerana 
>sering menang tanpa bertanding sepanjang 18 tahun menjadi timbalan ketua 
>bahagian tersebut.
>
>``Bukan prinsip saya untuk membeli kuasa dengan duit. Minta maaflah. Kalau 
>setakat belanja minum kopi di warung bolehlah,'' tegasnya.
>
>Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan kepada polis dan Lembaga 
>Disiplin UMNO mengenai gejala itu, beliau berkata: ``Tidak payahlah. Sukar 
>untuk mencari bukti kukuh untuk menuduh seseorang.''
>
>Menurut beliau, keengganan saksi untuk tampil bagi membuktikan kewujudan 
>gejala itu menyebabkan bukti salah laku itu sukar diperoleh.
>
>``Siapa yang mahu menjadi saksi untuk membuktikan dirinya turut menerima 
>wang daripada seseorang,'' tegasnya.
>
>Dalam menangani masalah politik wang, katanya, orang bawahan yang menerima 
>wang tersebut tidak boleh dipersalahkan sekiranya orang atasan tidak 
>memulakannya terlebih dahulu.
>
>Beliau menarik perhatian, kini sesiapa yang mahu menjadi pemimpin, tidak 
>boleh bersikap gentleman jika tidak mempunyai wang.
>
>``Perlu ada unsur-unsur wang untuk membeli perwakilan yang mahukan wang 
>jika hendakkan sokongan,'' katanya.
>
>Kumpulan perwakilan tersebut, katanya, adalah golongan yang bermuka-muka 
>dan menyokong calon yang menaburkan jumlah wang banyak.
>
>Beliau menegaskan, UMNO akan hancur jika gejala tersebut tidak dibendung 
>secara serius kerana kuasa ditentukan dengan wang dan pemimpin dilahirkan 
>menerusi kekuatan ekonominya, bukan kredibiliti.
>
>``Jangan digadaikan maruah dengan wang, UMNO akan hancur lebur. Jangan beli 
>kuasa dengan wang,'' tegas beliau.
>
>Mengulas mengenai persaraannya, beliau tidak akan melayan desakan mana-mana 
>pihak yang mahukan dirinya bertanding di peringkat bahagian atau pilihan 
>raya umum akan datang.
>
>Persaraannya itu, kata beliau, akan memberi peluang kepada lebih ramai 
>pemimpin muda menunjukkan bakat dalam UMNO.
>
>``Cukuplah pengalaman saya selama sembilan tahun sebagai Setiausaha Politik 
>Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, 13 tahun sebagai timbalan menteri, empat 
>tahun sebagai menteri penuh,'' katanya yang berjanji untuk terus membantu 
>UMNO biarpun tanpa jawatan.
>
>Karier politik Megat Junid bermula pada tahun 1972 apabila menyertai UMNO 
>dan dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian Alor Setar.
>
>Pada 1 Januari 1975, Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran 
>melantik Megat Junid sebagai pegawai khasnya sebelum dilantik sebagai 
>Setiausaha Politik Dr. Mahathir setahun kemudian sehingga 1984.
>
>Masa depan politiknya dilihat cerah apabila beliau memenangi pilihan raya 
>umum 1982 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Salak.
>
>Seterusnya, beliau dipilih menjadi Timbalan Ketua UMNO bahagian Pasir Salak 
>pada tahun 1984 dan pada tahun yang sama dilantik sebagai Timbalan Menteri 
>Perusahaan Utama.
>
>Pada pilihan raya umum 1986, Megat Junid sekali lagi memenangi kerusi Dewan 
>Undangan Negeri Pasir Salak dengan majoriti melebihi 10,000 undi.
>
>Sejak tahun itu hingga 1997, beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam 
>Negeri sebelum dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal 
>Ehwal Pengguna sehingga 1999.
>
>Pengaruhnya di Pasir Salak semakin kukuh apabila memenangi pilihan raya 
>umum 1990 dengan majoriti melebihi 15,000 undi.
>
>Megat Junid sekali lagi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri itu pada 
>pilihan raya umum 1995 dengan majoriti sebanyak 17,300 undi. Bagaimanapun 
>karier politiknya mengalami kejutan pada pilihan raya umum 1999 apabila 
>tewas kepada Mat Basri bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan 
>Parit.
>
>Megat Junid juga memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Pasir Salak 
>sejak 1984 sebelum tewas apabila mencabar Ramli bagi jawatan ketua bahagian 
>itu pada 15 April lalu.
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Zack chin" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke