*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ahli Parlimen Seri Gading Yang Samseng Lagi Bebal

Memualkan!!! Itulah kesimpulan yang dapat saya berikan apabila terbaca 
keratan berita di dalam beberapa akhbar utama tempatan bertarikh 3 Mei 2001.
Memualkan kerana kemarahan yang ditunjukkan oleh Mohamad Aziz (Ahli Parlimen 
Seri Gading) bukanlah untuk membela nasib rakyat yang menghadapi banjir 
kilat di Kuala Lumpur baru-baru ini. Rupa-rupanya tindakannya mendesak Datuk 
Bandar Kuala Lumpur meletakkan jawatan lebih kepada dendam peribadi hanya 
kerana pihak DBKL pernah menarik kereta Mohamad Aziz dahulu.
Kebebalan Mohamad Aziz terserlah dengan mengatakan Datuk Bandar tidak 
menghormati dirinya hanya kerana keretanya telah ditarik oleh DBKL dahulu. 
Sifat samseng beliau juga terdedah dengan mengancam dia akan mengajar Datuk 
Bandar jika Datuk Bandar sampai ke kawasannya.
Inilah kualiti pemimpin yang berjaya dihasilkan oleh UMNO (Baru)... samseng 
dan bebal. Kepada para pengundi di Seri Gading, pastikan anda semua tidak 
lagi memilih samseng Mohamad Aziz ini sebagai Wakil anda pada pilihan raya 
akan datang.
Sikap mementingkan diri Mohamad Aziz terbukti apabila beliau mengatakan 
pihak DBKL patut menggunakan budi bicara sebelum menarik kereta Ahli 
Parlimen seperti dirinya!. Sedarkah Mohamad Aziz berapa banyak kereta rakyat 
kebanyakan yang ditarik oleh DBKL setiap hari? Beasr sangatkah Mohamad Aziz 
ini jika dibandingkan dengan rakyat yang lain?
UMNO (Baru) Tidak Relevan _

BACUL DAN HINANYA UMNO BAHAGIAN AMPANG JAYA
Dari Laman Web PAS Kawasan Ampang Jaya 
http://members.tripod.com/pas2000………..
Cubaan menggagalkan ceramah dalaman PAS Kawasan Ampang Jaya di Taman Maju 
Jaya pada 5 Mei 2001 membuktikan betapa bacul dan hinanya UMNO Bahagian 
Ampang Jaya. Dua orang penceramah, YB Zulkarnain Ahmad dari PAS dan YB Mohd. 
Azmin Ali dari KeAdilan telah dijadualkan memberi taklimat isu semasa kepada 
ahli-ahli dan penyokong-penyokong BA di dalam sebuah dewan di taman itu yang 
terletak kira-kira 500 meter dari rumah ADUN BN Lembah Jaya.
Orang-ramai telah dikejutkan dengan kehadiran hampir 300 anggota Polis 
termasuk mereka yang lengkap dengan gas pemedih mata sejak jam 5.00 petang 
lagi. Selain dari itu pihak Polis telah mengadakan sekurang-kurangnya 6 
sekatan jalanraya di jalan-jalan ke arah dewan tersebut di dalam usaha untuk 
menghalang ahli-ahli dan penyokong-penyokong BA dari menghadiri taklimat 
malam itu. Taman Maju Jaya telah di kepung seolah-olah sedang berlaku satu 
peperangan atau rusuhan yang besar.
Hampir 2000 ahli-ahli dan penyokong-penyokong BA telah terpaksa melalui 
pelbagai rintangan dan halangan untuk menghadiri taklimat tersebut. Dan 
walaupun Pihak penganjur telah akur dengan nasihat Polis supaya majlis 
taklimat itu ditammatkan pada jam 11.00 malam namun kedua-dua penceramah 
yang hadir telah dapat menyampaikan taklimat-taklimat mereka tanpa sebarang 
insiden. Maka dengan itu satu lagi usaha UMNO dan BN untuk mengagalkan 
program BA di Ampang Jaya telah berakhir dengan kekecewaan. Beginilah 
keadaan UMNO di Ampang Jaya yang sekarang ini dilanda pelbagai masaalah 
dalaman dan dengan itu perlu mengalihkan perhatian rakyat dari 
masaalah-masaalah yang mereka hadapi dengan menyerang BA. Program-program 
UMNO di peringkat Bahagian dan Cawangan termasuk yang dihadiri oleh Menteri 
Besar Selangor tidak mendapat sambutan masyarakat. Mesyuarat agong sebuah 
cawangan UMNO di Lembah Jaya Timur diberitakan dihadiri oleh 
pendatang-pendatang asing untuk mencukupkan kehadiran. Khabar-khabar angin 
tentang kesihatan Ketua Bahagian yang diberitakan pernah dimasukkan ke dalam 
ICU di dalam keadaan tenat dan terpaksa menjalani rawatan cucian buah 
pinggang dua kali seminggu mengakibatkan berlaku pergeseran di antara 
pemimpin-pemimpin Bahagian yang mimpikan jawatan tersebut. Rakyat juga tahu 
bagaimana telah tersebar luas surat-surat yang mendakwa berlaku 
penyalahgunaan-kuasa, rasuah dan ugutan di dalam pemilihan Ketua Bahagian 
baru-baru ini. Dan rakyat berharap agar UMNO Bahagian Ampang Jaya supaya 
lebih "gentlemen" dengan tidak mengacau program-program PAS dan BA tetapi 
menumpukan usaha untuk menyelesaikan masaalah-masaalah dalaman yang mereka 
hadapi.
Rakyat juga mendesak agar tidak berlaku "double-standard" di dalam 
penguatkuasaan undang-undang di mana BA diberikan peluang yang sama seperti 
BN untuk menganjurkan program-program dan taklimat-taklimat penerangan sama 
ada dalaman atau luaran. Buat masa ini UMNO dan BN bebas menganjurkan 
ceramah-ceramah mereka tetapi BA dibelenggu oleh pelbagai peraturan dan 
sekatan.
ISKANDAR ABDUL SAMAD
TIMBALAN YANG DI PERTUA PAS
KAWASAN AMPANG JAYA
12 SAFAR 1422 / 6 APRIL 2001

Tindakan Polis Ampang Tidak Demokratik
Tindakan Polis mengepung ceramah PAS Ampang Jaya di Taman Maju Jaya, Cheras 
pada 5 April lepas dengan lebih 200 orang anggota adalah satu tindakan tidak 
demokratik dan memalukan. Ceramah malam itu diadakan di dalam dewan dengan 
penceramah dan penonton berada di dalam dewan. Hanya terdapat beberapa orang 
sahaja yang berada di luar dewan dan itupun di dalam kawasan pagar dewan 
tersebut. Pembesar suarapun terletak di dalam dewan. Tidak ada kesesakan 
lalulintas yang berlaku. Dengan itu kenapa perlu permit ?
Pada 1 Mei lepas UMNO ada membuat ceramah di Dewan Ahmad Razali, Pekan 
Ampang tetapi kenapa UMNO tidak perlu permit untuk program itu ? UMNO juga 
telah mengadakan persidangan perwakilannya pada 8 April di dewan yang sama 
tetapi tidak ada permit ? Tetapi apa yang Polis Ampang buat ? Saya harap 
OCPD Hulu Langat dapat menjawab soalan-soalan ini. Kenapa beliau mengarahkan 
ceramah PAS itu diberhentikan tetapi tidak bertindak ke atas majlis-majlis 
UMNO ? Kenapa beliau mengarahkan ratusan Polis untuk turun ke Taman Maju 
Jaya tetapi membiarkan majlis-majlis UMNO tanpa gangguan ?
Sebagai seorang pembayar cukai yang menyumbang kepada gaji-gaji anggota 
Polis termasuk OCPD Hulu Langat saya mempunyai hak untuk mengetahui kenapa 
Polis Ampang mengamalkan sikap "pilih-kasih" di dalam melaksanakan 
undang-undang. Lupakah mereka bahawa mereka bertugas untuk rakyat dan bukan 
untuk UMNO atau BN.
Selagi perkara seperti ini terus berlaku tidak ada harapan pihak Polis akan 
dihormati oleh rakyat. Berapa banyak slogan seperti "Mesra Rakyat" 
dilaungkan sekalipun tidak berguna sekiranya masyarakat masih memandang 
Polis sebagai alat kepada UMNO dan bukannya sebagai sebuah badan bebas.
Mereka mungkin berjaya menakut-nakutkan orang-ramai dengan mengepung Taman 
Maju Jaya dan memberhentikan ceramah sebelum masanya tetapi tindakan mereka 
ini akan dicemuh oleh dunia. Selepas Sabak Bernam, Malau dan Taman Maju 
Jaya, Malaysia akan terus dianggap sebagai sebuah negara yang tidak 
menghormati hak-hak rakyatnya dan sekali-gus akan menghakiskan keyakinan 
pelabur-pelabur asing. Lihat sahaja bagaimana Intel dan Seagate telah 
menutup kilang-kilangnya di negara kita. Lima syarikat penerbangan 
antarabangsa ( British Airways, Lufthansa, All Nippon Airways, Qantas dan 
Aeroflot ) pula telah enggan mendarat di KLIA. Dengan itu kalau ekonomi 
negara semakin menjunam jangan salahkan BA tetapi kebiadapan kerajaan BN 
yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak yakin.
Suara Rakyat Ampang
17 haribulan Mei 2001



PUTERI vs WANITA UMNO: PEPERANGAN SARAF YANG
BERKEPANJANGAN

Amin Sapiro (tunggu Azalina & Erra Fazira masuk Musabaqah..!!)
DESAS-DESUS semakin lantang terdengar di sana sini. Puteri UMNO yang baru 
saja ditaja telah mendapat kritikan hebat dari WANITA.  Ketua Penaja Puteri 
UMNO, Azalina Othman Said terpaksa mengeluarkan beberapa kenyataan longgar 
untuk mengelakkan pertembungan sesama mereka (WANITA vs Puteri UMNO).

Fokus Puteri UMNO
Azalina membayangkan bahawa program pihaknya setakat memfokuskan kepada 
projek-projek kebajikan untuk rakyat. Berbanding program politik. Ssetakat 
ini belum ada rancangan ke arah itu, katanya. Dalam pada itu, Azalina ada 
juga membuat kenyataan garang. Dalam rancangan beliau, Puteri UMNO akan 
menambah jumlah ahli sehingga 1.5 juta. Kenyataan ini telah mengejutkan 
WANITA. Ia mendorong tafsiran bercanggah kepada cita-cita sebenar 
perkumpulan Puteri itu. Pergeseran yang pada mulanya setakat garis nipis di 
kulit selerang telah mengoyak hingga ke daging pejal. Bedarah luka lama 
nampaknya!

Puteri UMNO Bantu Mahathir Bercerita
Beberapa pemimpin WANITA telah menyuarakan pendapat. Ada yang berkata, jika 
Puteri UMNO setakat membantu Dr. Mahathir bercerita mengapa "Zirafah 
berleher panjang" kepada kanak-kanak pekak dan buta; mereka bertanya "Kenapa 
tidak diedarkan saja CD-Rom atau Video kepada sekolah-sekolah terbabit. Tak 
ada buang masa". Nampaknya, Dr. Mahathir menanggap Azalina dan Puteri UMNO 
sebagai "penglipur lara seorang tua nyanyok" saja…(kata mereka). Mereka 
menambah, "Seharusnya, Azalina merancang untuk memberi tumpuan kepada 
pilihanraya yang akan datang. Pembangkang sudah meningkatkan serangan 
terhadap UMNO dan BN. Dr. Mahathir dan pemimpin lain sudah patah tengkok.!" 
(dan macam-macam lagi).. Ada juga betulnya cakap Azalina itu. Ketua WANITA 
kontrol isu-siu perdagnagan dan ekonomi. Rafidah lihat dengan bisnis 
menantunya.  Puteri UMNO kenalah tunggu giliran. Bila peluang sampai, 
jawatan Rafidah dah tentu dalam tangan. Mereka yang menjelir lidah kepada 
Rafidah ketawa sakan…..

Artis-artis "Anak Ronggeng"
Isu kemasukan beberapa artis wanita tempatan telah menjadi tandatanya dan 
punca bising beberapa pihak dalam WANITA. Yang menyebabkan mereka merasa 
janggal dan jengkel ialah karekter dan keterampilan beberapa anggota yang 
keterlaluan hebat ditonjolkan hingga menimbulkan kritikan dari anggota 
masyarakat (khususnya orang Melayu bragama Islam). Mereka bertanya, tidakkah 
Azalina sewajarnya menumpukan faktor pembersihan keanggotaan Puteri UMNO 
sebelum melangkah ke hadapan? Mereka sebulat suara berkata bahawa 
keterampilan Azalina dan anggota penaja Puteri UMNO tidak langsung mencermin 
sikap "membantu" dalam meningkatkan imej UMNO dikalangan pengundi-pengundi 
baru berstatus remaja islam.

Islam Bahan Gurauan Dr. Mahathir
Mereka mengkritik Dr. Mahathir kerna keterluan memburukkan imej Islam dalam 
kenyataan beliau. Beliau terlampau sangat memburukkan PAS hingga iimej Islam 
dijadikan beliau bahan gurauan. Pengguguran perkataan Islam yang dicadangkan 
oleh PM kepada Majlis Raja-raja bukan satu keputusan yang baik. Ia telah 
merosakkan imej UMNO. Malah, cadangan beliau tersebut telah memberi 
implikasi amat buruk kepada penubuhan Puteri UMNO yang disokong Dr. Mahathir 
100%.  Ibu-ibu Melayu tidak percaya Puteri UMNO akan memberi faedah kepada 
mereka. Mereka sudah berpengalaman melihat gelagat Kawan Muda. Beberapa kes 
maksiat telah dilaklukan oleh muda mudi. Percampuran bebas akan membawa 
kepada kerosakan akhlak. Mereka tidak mau perkumpulan "Puteri UMNO" 
menjadikan anak gadis mereka ‘reservoir’ untuk lelaki UMNO memilih jodoh 
pula. Lebih-lebih lagi, pemimimpin UMNO terkenal dengansikap buaya mereka. 
Ini menakutkan mereka!

Puteri UMNO Dan Watak Azalina
Rata-rata WANITA menyalahkan Dr. Mahathir sebagai agen yang menyebabkan UMNO 
semakin terpuruk ke dalam bencah bernajis. Bagi mereka, penajaan Puteri UMNO 
adalah satu kesilapan politik yang besar. Meletakkan Azalina sebagai Ketua 
Penaja adalah kesilapan politik bikinan Dr. Mahathir yang tidak rasional. 
Ini diburukkan lagi dengan watak yang dipamerkan oleh Azalina kepada 
masyarakat Melayu (umumnya).
Yang paling menyakitkan lagi ialah keanggotaan Erra Fazira yang sebegitu 
hebat diwarwarkan oleh media arus perdana. Ini telah menyebabkan gadis-gadis 
Melayu menjadi bahan ejekan sekiranya menceburi keahlian dalam pertubuhan 
itu. Sudah terdengar ejekan "pelacur atasan" yang disebut-sebut sinonim 
dengan pertubuhan itu.

Puteri UMNO sinonim "Puteri Mat Jenin"
Seorang pemimin WANITA yang dianggap tokoh di kalangan mereka di JB berkata, 
"Saya akan menegah anak gadis saya menyertai Puteri UMNO, walaupunsaya 
WANITA. Fikirkanlah, ada 200 ribu anggota WANITA seluruh negara. Jika 
tiap-tiap seorang ada 2 orang anak gadis, maknakata, ada 400 ribu orang yang 
tidak akan menganggotai perkumpulan itu. Matilah jawapnya…".
Bila ditanya mengapa begitu sekali penentangan WANITA terhadap Puteri UMNO, 
sekaligus mereka berkata, "Puteri kami tanggungjawap kami. Hala politik 
mereka bukan atas kuasa kami. Imej Azalina dan Erra Fazira menjolok mata. 
Itu saja..!" katanya dengan muka serius.
Dalam satu perbincangan mereka merumuskan bahwa pendekatan parti memberi 
tumpuan kepada Puteri UMNO "is just a damaging factor".  Puteri UMNO sinonim 
"Puteri Mat Jenin". Ia merosakkan imej parti dan penglibatan parti dalam 
isu-isu kemasyarkatan masyarakat Melayu dan Islam. Tengok saja sikap dan 
perwatakan Azalina di kaca TV, bagaimana pula gelagat Erra di pentas. 
Walaupun Azalina menafikan dirinya lesbian, tetapi sikap beliau tidak 
menampilkan sikap seorang gadis Islam. She has no image of a politically 
sound spinster by vertue that she is a leader. No..no..!!

Strategi Ditolak Mentah-mentah
Seorang wanita yang sekarang bertugas di sebuah firma swasta menceritakan 
beliau telah didatangi oleh beberapa orang yang mengaku sebagai protem 
committee Puteri UMNO untuk menarik ahli-ahli dengan ganjaran akan dinaikkan 
pangkat menjadi supervisor. Sebagai jawapan beliau berkata, "Saya tak 
cenderung kepada politik. Saya setakat menjadi pengundi saja. Cukuplah..!" 
katanya.

Izzah Cantikkkk…!!
Sambil berbisik beliau berkata kepada kawan-kawan sesama satu assembly-line 
di kilang tersebut, "Lepas pilihanraya nanti, saya akan dicerca dimaki 
hamun, dipandang rendah kerana memakai tudung…. UMNO mana suka orang 
memakai tudung macam saya. Parti PAS dan Keadilan saja yang kata OK. Tengok 
Izzah anak Datuk Seri Anwar, kan cantik…!!", katanya.

Mat Jenin Jatuh Pokok "Nyok"
Nampaklah sekarang, jika Azalina hendak menambah ahli hingga 1.5 juta, 
bermakna beliau perlu menukar imej "angkuh dan berlagak" itu dulu. Kedua, 
Azalina perlu mengurangkan pergeseran dengan WANITA dalam semua hal 
disamping mengurang penonjolan yang berlebihan.  Ketiga, 
"belajar-belajar"lah pakai tudung dan tanggalkan seluar jean gantilah dengan 
baju kurung!! Seorang ibu separa usia (veteren UMNO terkenal di Pulau 
penang) berkata, "Jika Azalina hendak menarik gadis-gadis Melayu, terlebih 
dulu beliau kenalah masuk pertandingan musabaqah pada sesi bulan Ramadhan 
yang akan datang. TV3 dan akhbar UMNO hendaklah mengambil foto beliau dan 
tayangkan dalam seminggu dua. Zainuddin Maidin elok ambil perhataian berat. 
Kepimpinan Puteri UMNO adalah "berkarat"…!! Kalau tak. samalah macam Mat 
Jenin Jatuh Pokok "Nyok"
Wak Amin yang mendengar tak tahan perut ketawa…HAHAHAHA…Hahaha…!! 
Ingin juga nak dengar baca ayat suci al-Quran, kan?
Amacam OK?
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke