*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A/kum,

eeerrr... boleh citer sikit, hadis ahad tu sebenarnya apa? tak payahla bagi 
dalil2 ke keterangan nabi ker, just keterangan ringkas, hadis ahad itu 
adalah... bla bla bla. Terima Kasih.

Utk met dedalu.., jgn cuba kelirukan masyarakat dgn kata2 anda itu. Menyebar 
hadis palsu dosa besar beb.!!


>From: "minyak 7 sirih" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Hadis sahih ahad dalam akidah
>Date: Tue, 08 May 2001 07:46:44
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
>Aslm,
>
>Hadis sahih SALAFY:
>
>TULANG BABI HARAM...DAGING BABI HALAL!!
>
>Inilah penemuan Hadis Sahih WAHABI untuk umat Islam!!!
>
>Wassalam.
>
>
>>From: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>CC: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: H-Net* Hadis sahih ahad dalam akidah
>>Date: Fri, 27 Apr 2001 00:48:19 +0800
>>
>>
>>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>Assalamualaikum,
>>
>>      BErikut adalah satu artikel yang di "forward" kan oleh seorang yang
>>tidak mahu dikenali.  Semoga kita akan dirahmati dan kashi oleh Allah
>>SWT.
>>
>>
>>Hadis sahih ahad dalam akidah
>>
>>
>>Walau bagaimanapun, para ulama al-Muhaqqiqun (yang muktabar lagi
>>tajam dan tepat pandangannya) telah mengemukakan dalil yang bernas
>>bahawa hadis sahih ahad juga adalah hujah dan wajib dipakai dalam
>>persoalan akidah dan kepercayaan. Seorang guru yang saya pernah
>>menadah ilmu dengannya, mempunyai hasil karya dalam pelbagai bidang
>>ilmu Islam sebanyak lebih daripada 50 buah, berpengkhususan dengan
>>cemerlang dalam ilmu Usul al-Fiqh, alim dalam tafsir dan hadis,
>>bernama Syeikh Dr. Sya`ban Muhammad Ismail (semoga Allah s.w.t.
>>melanjutkan usianya) telah membahaskan dengan baik dan bernas sekali
>>akan kehujahan hadis ahad dalam perkara akidah dalam bukunya bertajuk
>>Hujjiyyah Khabar al-Ahad fi al-`Aqidah, terbitan Dar al-Nur, Kaherah,
>>cetakan pertama 1991M.
>>
>>
>>
>>Beliau menyimpulkan bahawa majoriti ulama Usul al-Fiqh dan ulama
>>`Ilmu al-Kalam (satu ilmu tentang kemahiran bercakap banyak dan
>>berdebat menggunakan ketajaman akal) mengatakan hadis ahad bukanlah
>>hujah dalam perkara akidah. Manakala sejumlah yang tidak kecil juga
>>ulama Islam berpendapat hadis ahad adalah hujah dalam perkara itu,
>>apabila hadis ahad itu sahih dan diterima oleh umum umat Islam (idza
>>sahha wa talaqqat-hu al-ummah bil qabul) –Dr. Sya`ban Muhammad
>>Ismail, Hujjiyyah… m.s: 21- 23. Hadis sahih ahad yang diterima umum
>>umat Islam ialah hadis bertaraf sahih yang diriwayatkan oleh imam-
>>imam hadis dalam kitab induk hadis mereka, terutamanya Imam al-
>>Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab al-Sahih mereka.
>>
>>
>>
>>Ketika membentangkan hujah kedua-dua belah pihak, Dr. Sya`ban berkata
>>(di m.s: 24) bahawa orang yang meneliti kitab-kitab Usul al-Fiqh akan
>>mendapati majoriti ulama (yang dimaksudkan ialah ulama Usul al-Fiqh,
>>bukan ulama Islam secara umum) tidak membawa sebarang dalil yang
>>menunjukkan khabar ahad tidak boleh dijadikan hujah dalam perkara
>>aqidah, selain daripada hujah akal semata-mata berasaskan
>>teori "khabar ahad hanya menatijahkan zann, dan ini tidak memadai
>>dalam perkara akidah.", sambil menukilkan pandangan al-Bazdawi
>>seperti yang saya terjemahkan di atas dan pandangan beberapa ulama
>>Usul al-Fiqh yang lain seperti Imam al-Ghazali dalam al-Mustasfa
>>(1/145), al-Isnawi dalam Nihayah al-Sul (1/23) dan al-Amidi dalam al-
>>Ihkam fi Usul al-Ahkam 2/32, 54, 55).
>>
>>
>>
>>Manakala dalil sejumlah ulama yang mengatakan hadis ahad yang sahih
>>dan diterima umum umat Islam adalah hujah dan diterima dalam bab
>>akidah (seperti juga dalam bab amalan, tanpa perbezaan) adalah
>>bersandarkan ayat-ayat al-Quran, hadis sahih, ijmak para Sahabat r.a.
>>dan pegangan para ulama Salaf sebelum kemunculan pemikiran al-
>>Khawarij, al-Muktazilah dan ulama ilmu kalam. Sebahagian daripada
>>dalil-dalil pendapat ini telah saya tulis dalam rencana `Awas! Astora
>>anti-hadis?', maka rujuklah di situ bagi sesiapa yang berkeinginan.
>>
>>
>>
>>Cuma di sini saya ingin tekankan bahawa maksud-maksud sejumlah ayat
>>al-Quran yang jelas dan terang (muhmakat) memerintahkan kita beramal
>>dan menerima pakai khabar yang ahad apabila dipercayai kesahihannya.
>>Antaranya Allah s.w.t. memerintahkan wakil kaum yang pergi belajar
>>ilmu agama (tafaqquh fiddin) supaya mengajarkan ilmu apabila mereka
>>kembali kepada kaum mereka dan hendaklah kaum mereka itu menerimanya
>>walaupun wakil mereka itu tidak sampai tahap mutawatir (maksud Surah
>>al-Tawbah: 122). Ilmu agama termasuklah tentang bab akidah, di
>>samping bab amal ibadat.
>>
>>
>>
>>Allah s.w.t. juga memerintahkan pemerintah menjalankan hukum hudud
>>berdasarkan bilangan saksi yang tidak sampai tahap mutawatir. Orang
>>yang berzina dihukum sebat 100 kali (jika tidak muhsan) atau rejam
>>(jika muhsan) adalah berdasarkan perkhabaran empat orang saksi yang
>>dipercayai (maksud Surah al-Nur: 2). Ini belum sampai darjat
>>mutawatir dan yakin 100% kebenaran persaksian mereka kerana masih ada
>>walau sedikit andaian sebaliknya. Walaupun begitu, Allah s.w.t. sudah
>>mewajibkan pemerintah percaya dan beramal dengan khabar yang dibawa
>>oleh empat saksi itu, apabila mereka adil dan boleh dipercayai. Dalam
>>masalah lain, Allah s.w.t. hanya mensyaratkan dua orang saksi sahaja
>>untuk menerima dan beramal berdasarkan keterangannya. Maka jelaslah
>>bahawa menerima hadis ahad dalam bab amalan dan akidah/kepercayaan
>>adalah wajib apabila ternyata hadis itu sahih dan diterima umum umat
>>Islam.
>>
>>
>>
>>Seterusnya (di m.s: 49 – 57), Dr. Sya`ban membuat tarjih (pengukuhan
>>pendapat) dan memilih pendapat yang mengatakan hadis ahad yang sahih
>>adalah hujah dalam perkara akidah seperti juga dalam perkara amal
>>ibadat, dengan membawa pandangan para ulama al-Muhaqqiqun (mahir
>>dalam semua bidang, bukan dalam Usul al-Fiqh sahaja). Dr. Sya`ban
>>menyenaraikan 12 orang ulama terkenal yang berpendapat sedemikian
>>iaitu 1)Imam Malik bin Anas (m. 179H) berdasarkan riwayat al-Syawkani
>>dalam kitab Irsyad al-Fuhul m.s: 48; 2) Imam al-Syafi`e (m. 204H)
>>dalam kitabnya al-Risalah m.s: 461; 3) Imam Ahmad bin Hanbal (m.
>>241H) dan sahabat-sahabat Abu Hanifah sendiri, -riwayat Abu al-
>>Khattob dalam kitab Syarhu al-Kawkab al-Munir 2/249, 250; 4) al-
>>Husayn al-Karabisi (m. 245H) -riwayat Ibn Hazm dalam kitab al-Ihkam
>>fi Usul al-Ahkam 1/112; 5) Dawud bin Khuwayz Mandad (m. 390H) –
>>riwayat al-Zarkasyi dalam kitab al-Bahru al-Muhit 1/243; 6) Ibn Kajj
>>(m. 405H) – riwayat al-Zarkasyi dalam kitab yang sama 4/263; 7) Imam
>>Ibn Hazm (m. 456H) dalam kitabnya al-Ihkam fi Usul al-Ahkam 1/112 dan
>>selepasnya; 8) Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) dalam kitabnya
>>Mukhtasar al-Sawa`iq al-Mursalah 2/571; 9) Imam Badruddin al-Zarkasyi
>>(m. 794H) dalam kitabnya al-Bahru al-Muhit 4/262; 10) Syeikh Muhammad
>>Zahid al-Kawthari (m. 1371H) dalam kitabnya Nazorah `Abirah m.s: 108;
>>11) Prof. Dr. Syeikh Muhammad Mahmud Faraghli (Dekan Kulliyah al-
>>Syariah wal Qanun, al-Azhar) dalam kitabnya Buhuth fi al-Sunnah al-
>>Mutohharah 2/137) dan 12) Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani
>>(seorang ulama hadis Timur Tengah yang terkenal, meninggal dunia
>>beberapa tahun lepas) dalam sebuah risalahnya bertajuk Wujub al-
>>Akhdzi bi Hadith al-Ahad fi al-`Aqidah wa al-Raddu `ala Syubah al-
>>Mukhalifin.
>>
>>
>>
>>Saya juga yakin ulama tafsir dan hadis yang terkemuka seperti al-
>>Tabari, Ibn Kathir, al-`Iraqi, Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Sakhawi,
>>Ibn Hajar al-Haythami, al-Munawi, al-Suyuti dan seluruh ulama Islam
>>(terkecuali tiga empat orang yang khilaf) adalah berpendapat seperti
>>12 orang ulama yang disenaraikan oleh Dr. Sya`ban ini. Inilah juga
>>pandangan dan pendapat yang dipegang oleh seorang ulama hadis dan
>>tafsir al-Muhaqqiq abad ke-20, Syeikh Ahmad Muhammad Syakir (1892 –
>>1958M, bersambung nasabnya kepada Saydina al-Husayn bin `Ali) dalam
>>kitabnya al-Ba`ith al-Hathith fi Ikhtisor `Ulum al-Hadith, m.s: 35-
>>37, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut. Demikian juga
>>pendirian ulama terkemuka zaman kini, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi
>>dalam kitabnya al-Marji`iyyah al-`Ulya  fi al-Islam li al-Qur'an wa
>>al-Sunnah (m.s: 121 – 125), yang membuat ulasan yang amat menarik dan
>>memutuskan perselisihan melalui pendekatan ulama al-Muhaqqiqun, iaitu
>>pendekatan Tahrir mahalli al-niza` sebelum berbahas. Cuma yang
>>berselisih dan bercanggah dengan meraka ialah segelintir ulama Usul
>>al-Fiqh terutama dalam mazhab Abu Hanifah yang dipelopori oleh al-
>>Bazdawi dan diikuti oleh segelintir ulama moden seperti Muhammad
>>Abduh, Mahmud Syaltut dan Muhammad al-Ghazali.
>>
>>
>>
>>Berdasarkan senarai ulama yang dibawa oleh Dr. Sya`ban Muhammad
>>Ismail di atas, yang semuanya berpendapat hadis ahad yang sahih
>>adalah hujah dan diterima dalam perkara akidah, sama seperti dalam
>>perkara hukum-hakam dan amal ibadat, maka tidak mudah untuk kita
>>mendakwa pendapat mereka adalah lemah ataupun untuk mengatakan
>>pendapat mereka adalah pendapat minoriti ulama. Sebaliknya, pendapat
>>yang mengatakan sebaliknyalah merupakan pendapat minoriti dan tidak
>>berasaskan dalil selain logik akal semata-mata. Di kalangan ulama
>>Usul al-Fiqh mereka dikatakan majoriti, tetapi di kalangan seluruh
>>ulama Islam, sebenarnya pendapat mereka adalah minoriti kecil dan
>>lemah.
>>
>>
>>
>>Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula dalam risalahnya itu telah
>>menyenaraikan perkara-perkara akidah dan kepercayaan yang dipegang
>>oleh umat Islam berdasarkan hadis-hadis sahih yang bertaraf ahad.
>>Jika pendapat yang mengatakan hadis sahih ahad tidak diterima dalam
>>bab akidah, maka seluruh kepercayaan itu terpaksa ditolak dengan
>>sejumlah besar nas-nas hadis sahih yang terdapat dalam kitab-kitab
>>besar hadis termasuk al-Bukhari dan Muslim. Antara perkara-perkara
>>akidah yang berasaskan hadis sahih ahad itu:
>>
>>1.        Syafaat Nabi s.a.w. yang terbesar ketika di padang Mahsyar.
>>
>>2.        Syafaat baginda untuk orang-orang yang berdosa di kalangan
>>umat yang mengikut sunnahnya.
>>
>>3.        Semua mukjizat baginda selain al-Quran, dan mukjizat nabi-
>>nabi yang lain yang tidak tersebut dalam al-Quran.
>>
>>4.        Sifat-sifat fizikal baginda seperti wajah, ketinggian,
>>rambut, cara berjalan, berpakaian dan lain-lain yang terdapat dalam
>>hadis-hadis al-syama-il (sifat-sifat Nabi s.a.w.).
>>
>>5.        Hadis-hadis yang menyebutkan tentang permulaan makhluk,
>>sifat malaikat, jin, syurga, neraka, dan sebagainya.
>>
>>6.       Hadis-hadis tentang khususiah (keistimewaan) baginda yang
>>dihimpunkan oleh al-Suyuti dalam al-Khasa-is al-Kubra.
>>
>>7.       Kepercayaan terhadap jaminan syurga bagi sepuluh orang
>>Sahabat r.a.
>>
>>8.       Keimanan terhadap soalan malaikat Munkar dan Nakir dalam
>>kubur.
>>
>>9.       Keimanan terhadap wujudnya azab kubur.
>>
>>10.    Keimanan kepada sifat kubur yang menekan dan menghimpit orang
>>yang ingkar.
>>
>>11.    Keimanan kepada dua timbangan Mizan (baik dan jahat) di
>>akhirat.
>>
>>12.    Keimanan kepada kewujudan titian Sirat.
>>
>>13.    Keimanan kepada kewujudan bejana Nabi s.a.w. (al-Hawdh) di
>>akhirat, sesiapa yang meminum daripadanya tidak akan dahaga selama-
>>lamanya.
>>
>>14.    70 ribu umat baginda masuk ke syurga tanpa hisab.
>>
>>15.    Para nabi disoal di Mahsyar tentang tabligh (penyampaian
>>dakwah) mereka.
>>
>>16.    Keimanan kepada riwayat-riwayat yang sahih daripada hadis
>>tentang sifat Kiamat, Mahsyar dan hari kebangkitan semula.
>>
>>17.    Keimanan kepada qadha' baik dan jahat semuanya daripada Allah
>>s.w.t.  dan Dia telah menulis nasib seseorang di Luh Mahfuz lagi,
>>sama ada bahagia, celaka, rezeki dan ajal.
>>
>>18.    Keimanan kepada al-Qalam yang menulis segala perkara.
>>
>>19.    Keimanan bahawa al-Quran adalah Kitab Allah secara hakikat,
>>bukan majaz.
>>
>>20.    Keimanan bahawa Arasy dan al-Kursiy itu adalah hakikat, bukan
>>majaz.
>>
>>21.    Keimanan bahawa umat Islam yang mati dalam keadaan ada dosa
>>besar tidak kekal diazab dalam neraka.
>>
>>22.    Kepercayaan bahawa ruh para syuhada berterbangan di syurga.
>>
>>23.    Allah s.w.t. mengharamkan tanah daripada menghancurkan jasad
>>para nabi.
>>
>>24.    Allah s.w.t. memiliki para malaikat yang menyampaikan kepada
>>Nabi s.a.w. selawat dan salam daripada umatnya.
>>
>>25.    Keimanan kepada tanda-tanda Kiamat seperti turunnya Imam al-
>>Mahdi, nabi Isa a.s., keluarnya Dajjal, binatang besar dan lain-lain
>>yang terdapat dalam hadis sahih ahad.
>>
>>26.    Umat Islam berpecah kepada 73 golongan, 72 sesat dan akan ke
>>neraka dan satu sahaja akan masuk syurga, iaitu yang berpegang dengan
>>Islam yang diamal oleh para Sahabat daripada Nabi s.a.w. dalam
>>akidah, ibadat dan petunjuk.
>>
>>27.    Keimanan kepada nama-nama Allah s.w.t. dan sifat-sifat-Nya
>>yang tidak terdapat dalam al-Quran seperti bersemayam di langit,
>>turun ke bumi pada waktu-waktu tertentu dan sebagainya.
>>
>>28.    Keimanan kepada mikraj Nabi s.a.w ke langit tertinggi dan
>>baginda melihat tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. seperti gambaran
>>azab neraka dan nikmat syurga.
>>
>>
>>
>>Berkata Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani dalam risalahnya itu,
>>seperti yang dinukilkan oleh Dr Sya`ban (Hujjiyyah… m.s: 55): "Ini
>>adalah sebahagian daripada akidah Islam yang kita ketahui hanya
>>melalui hadis ahad yang sahih dan diterima umum umat Islam, ada
>>beratus-ratus yang lain lagi, dan aku tak sangka seorang muslim
>>berani menolak atau menyatakan keraguan tentang kebenarannya."
>>
>>
>>
>>Cuma jika persoalan dibangkitkan tentang hukum orang yang menolak
>>hadis sahih ahad dalam bab akidah ini, adakah ia kafir? Jawabnya,
>>tidak boleh kita menghukumkan kafir, seperti hukum yang dibuat oleh
>>sesetengah budak-budak bersemangat yang mengaji aliran hadis di Timur
>>Tengah. Ini kerana perkara akidah yang lahir daripada hadis-hadis
>>sahih ahad (atau kemungkinan ia sampai darjat mutawatir jika
>>dihimpunkan riwayatnya), ulama tidak bersepakat tentang kekufuran
>>orang yang menolaknya, sebaliknya apa yang disepakati akan kekufuran
>>orang yang menolaknya ialah perkara yang diketahui secara
>>sedia/dharuri oleh umum umat Islam (ma `ulima bi al-dharurah atau
>>ma`lum fi al-din bil-dharurah). Perkara ini (sedia diketahui umum
>>umat Islam) tidak hanya terhasil dengan sejumlah hadis sahih ahad
>>atau hadis yang ada kemungkinan mutawatir. Oleh kerana itu, seluruh
>>ulama Islam Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah dalam semua aliran
>>(Asy`ariyyah, Maturidiyyah, Hanbaliyyah, Mutakallimin, Ahli Hadis,
>>Ahli Feqah dan Ahli Tasauf) tidak mengkafirkan puak Mu`tazilah dan
>>Khawarij, sebaliknya mereka menghukumkan sebagai ahli bid`ah, tidak
>>lebih daripada itu. –Lihat al-Qaradawi, al-Marji`iyyah al-`Ulya…,
>>m.s: 124.
>>
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>
>
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "minyak 7 sirih" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ab a" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke