*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~
Dua tiga hari ini orang heboh bersembang pasal politik wang, jadi mai kita
sama-sama sembang bab ini; seronok jugak walau pun kita sama-sama tahu, kita
sembang nie pun sembang kosong saja, lima duit pun tak dapat.
Politik wang, namanya cukup sinonim dengan UMNO di era pemerintahan Dr
Mahathir. Ingat-ingat sekali, apa salahnya politik wang? Biaq pi lah depa nak
rasuah ka apa ka, bukannya ada kena mengena dengan rumahtangga kita pun.
Kalau sungguh tak ada kena mengena dengan kita, kita memang tak kisah pun,
mampuih lah nak jadi apa kat depa; nak makan politik wang sampai
termuntah-muntah ka, ikut suka depalah . Buat apa yang kita dok pi gatai
pungkoq nak kacau sangat nie?
Masalahnya satu saja tuan-tuan; politik wang menyebabkan sesiapa saja wakil
Rakyat yang terpilih akan end up jadi Wakil Tauke dan bukannya lagi Wakil
Rakyat; apa-apa tindakan dan gerak laku serta halatuju sebarang project yang
berselindung di bawah nama "Sebuah Lagi Project Oleh Kerajaan Barisan
Nasional" akan berakhir sebagai sebuah lagi project untuk Tauke yang sudahpun
berhabis
berjuta-juta ringgit untuk membantu menaikkan calun2 berkenaan.
Apa hangpa ingat calun-calun UMNO tu kaya sangat ka? Kalau sungguh kaya, depa
tarak nak masuk politik aih; sebab bisness melalui politik nie bukannya secure
sangat. Contohnya, kilang Melayu paling gempaq di Pulau Pinang suatu ketika
dulu, iaitu Kilang Popular Profile yg terletak di kawasan Industri Perai; dulu
nala punya hebat, nak masuk lobi pun ketaq kepala lutut sebab dua tiga bijik
kereta mewah milik Manager dia terparking kat depan lobi, sebuah tu warna
kelabu cerah gelap meka Jaguar; yang manager2 Melayu peringkat bawahan yg depa
tarik mai dari syarikat2 gergasi Multinational tu pulak siap dengan Motor
Besar sorang satu; sesekali dengar cerita, semua pekerja kilang tu diberi
peluang bawak
anak bini makan angin di Langkawi atau mana-mana. Memang hebat habis!
Tup, tup meletup kes Anwar Ibrahim; kerana kilang ini diwar-warkan ada bau-bau
bacang dengan kem Anwar, maka sama jugak macam riwayat politik Anwar Ibrahim ;
kilang itu pun terpelanting sama dan hingga ke hari ini masih ada mereka2 dari
kilang berkenaan yang masih dok tanam anggur!! - tak pasti pulak sudah masak
ke belum.
Pendekkata, orang2 UMNO yg kita nampak kaya dan mewah tu, tak kaya tara mana
aih, semuanya naik kalau tak kerana kroni, mesti kerana ada Tauke yang bela.
Okay, berbalik kpd kisah politik wang; kadang2 orang fikir, ish banyak sungguh
duit depa nie, sampai boleh bagi setiap orang RM1000 sorang macam Ahmad Lebai
Sudin di Kedah atau pun kalau kedekut sangat, boleh la juga huluq RM500 sorang
macam calun yg menentang Ahmad Lebai Sudin tu yang bernama al-Ustaz Politikus
Wang Fadzil Hanafi!!
Soalannya, pasal apa depa cuma berani dakwa Non Toyu tapi tak buat apa-apa kat
Ahmad Lebai Sudin atau pun al-fadil politikus wang Fadzil Hanafi?
Depa cuma berani cekup Non Toyu (Datuk Zainol Mat Isa - Baling)s kerana
cekupan ke atas beliau ini ada muslihat politik peribadi di sebaliknya!
Alah, sapa tak tau yang Nakhaei AJK Majlis Dsiplin UMNO tu memang dok aim nak
bertanding di Baling pun; balik tempat asal yang dia menang atas tiket PAS
tahun 1978 dulu. Kalau Non Toyu jatuh, sapa lagi yang boleh mencabar Nakhaei!!
Piirah Nakhaei, budak Darjah Satu kat kampung Tanjung tu pun boleh baca la
hang punya pergerakan politik . Hang tak kan marah lagi kot kes orang2 kampung
pulau hang masa orang tua hang meninggal hari tu.
Selain dari Nakhaei yg dok target nak naik semula di parlimen Baling; ada
sorang lagi Barua UMNO bernama Wahab Din, bekas Pengerusi Biro Agama Pemuda
UMNO Malaysia; dia dok ingat kalau Khir Toyo yg pegang jawatan yg sama dlm
Pemuda UMNO tu boleh jadi MB, kalau dia naik, dia pun boleh jadi MB jugak kot.
Wahab Din nie pernah jadi bahan lawak orang2 Baling di sekitar tahun 1988/89
dulu di mana heboh ketika itu Sanusi Junid bercadang nak bawak rombongan
rakyat jelata dari Kedah berbasikal ke KL untuk menyatakan sokongan tak
berbelah bahagi kpd Dr Mahathir. Mula2 tu hebohlah, kemudian entah macam mana
tak jadi.
Lalu, si Wahab Din yg frust sebab cadangan tu tak jadi sedangkan dia dah pun
berjaya kumpul org & basikal; rugilah tak boleh nak tonjol namanya sebagai
antara orang2 yg berjaya bodek Mahathir; maka dia pun merajuklah kononnya.
Hangpa tau apa dia buat sebagai nak tunjuk kata dia frust sungguh2 tak boleh
kayuh basikal pi KL jumpa PM?
Dia pi campak basikal dia ke dalam Sungai Kupang!!!
Mangkok punya orang; kalau pi bagi kat sapa-sapa penoreh getah kat Baling tu,
boleh la jugak depa guna buat must sekerap!.
Wahab Din dan Nakhaei ini adalah dua orang opportunist yg dirasakan memainkan
peranan yg amat besar dlm menjatuhkan Datuk Zainol Mat Isa di Baling ini.
Okaylah, terlajak sembang pasal Non Toyu (Datuk Zainol) di atas tu; saya
teringat perbualan saya dengan sorang makcik Tua di Pendang di penghujung
tahun 1998/awal 1999 dulu; rumah makcik nie terletak di sebelah sebuah markas
PAS di kawasan Kg Gajah Mati, Pendang. Sekali tu masa saya singgah kat rumah
dia, timbul cerita Anwar Ibrahim. Dia kata:
"Ish, kesian sungguh aku kat budak Nuar tu; awat la depa tergamak buat macam
tu kat dia. Aku nie bukan sokong dia (makcik nie pure PAS), tapi kesian kat
dia kena naya."
Kemudian makcik tu sambung lagi kisah Anwar:
"Hari tu Pak Non (Datuk Zainol Mat Isa) singgah mai rumah aku, aku tanya la
dia awat UMNO dok buat naya kat budak nuar tu, Non kata, nak buat cam na, itu
kerja orang atas, dia tak tau apa2. Lepas tu aku kata kat dia 'Hang jaga-jaga
la Non, hari ini depa buat kat Nuar, besok depa boleh buat kat hang pulak!!".
Pak Non tak kata apa, dia diam saja"
Ha, hari ini, benda tu dah kena kat Pak Non, mungkin bila Pak Non baca tulisan
saya nie, dia akan teringat semula perbualan dia dengan makcik tua, rumah kayu
dua tingkat di tepi Markas PAS Pendang tu!!
Pak Non nie sebenarnya nasib politik dia agak malang sikit; masa zaman 46
dulu, orang pernah heboh siap dengan surat layang merata jalan dok pi kata dia
nie geng 46; bila timbul kes Anwar pulak, ada orang dok kait dia dengan Anwar;
awat daknya dua tiga hari sebelum Anwar kena buang dari MT, ada keluar gambar
dia dengan Anwar dlm TV masa Anwar pi rasmi Sukan Air di Langkawi.
Diringkaskan cerita, maka Pak Non kita ini pun digantung, tak boleh mengundi
hingga tahun 2007. Dok tunggu apa lagi Pak Non, hang buatlah macam kawan hang
di Beserah sana nu, buatlah gempak kata nak letak jawatan ADUN, mesti
menyembah2 punya Dr Mahathir mai cari hang!!
Aik, cerita politik wang yang pendek nie dah jadi panjang pulak; okeylah kita
stop di sini dengan satu renungan untuk semua:
Calun2 yg bertanding guna politik wang tu depa tak rugi apa-apa; lima duit pun
tak rugi. Masa nak bertanding, depa pi cari Tauke mana-mana, pi habag katakan
nak kena guna RM5 juta untuk memenangi kerusi Ketua Bahagian. Bila dapat RM5
juta tu; yg depa hulur kat Perwakilan mungkin dalam sejuta saja, yg lebih RM4
juta tu lagi masuk poket depa. Untung kan?
Kemudian, apabila depa ditakdirkan jadi ADUN atau Ahli Parlimen atau pun
sekurang2 Ahli Majlis Daerah; depa ada kuasa luluskan project, tender, balak
dsg. Dan kerana mengikut Rukun Politik Wang, project2 berkenaan of courselah
kena bagi dulu kat Tauke yg bagi RM5 juta tadi. Opps, bagi saja ka?
No way, dapat lagi 10% setiap project. Untung lagi kan?
Itulah sebabnya orang2 UMNO dari sepesies nie hangpa tok sah dok kempen lah,
depa tarak nak masuk Pas aih. Buat habis air liuq hangpa saja; baik pi
berzikir lagi baguih daripada dok berdebat dengan puak2 nie.
Kepada puak-puak ini, elok kot, bila dekat nak mati nanti, tinggallah pesan
kat anak cucu hangpa jangan dok buat kenduri arwah, tapi bakaqlah duit kertas
yg puak2 cha ya nun alip selalu dok bakaq tu....moga hangpa akan kekal aman
'bahagia' di alam sana!!!
Sekianlah cerita politik wang.
-Ru Antara-
------------------------------------------------------------
Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
http://MailAndNews.com
Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>