*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dr Mahathir merasmikan perhimpunan �World Evangelical
Christian Fellowship.�
Assalamualaikum wbt.
Hanya beberapa bulan yang lepas Dr Mahathir dengan
sokongan padu orang-orang UMNO telah berusaha dengan
gigihnya untuk mengharamkan perkataan �Islam� dari
digunakan oleh pertubuhan dan parti politik. Tetapi
pada malam Sabtu yang lepas, 5 Mei 2001, Dr Mahathir
telah merasmikan pembukaan perhimpunan agong sebuah
pertubuhan Kristian - �World Evangelical Christian
Fellowship.� Nampak sangat sikap permusuhan Dr
Mahathir dan orang-orang UMNO terhadap Islam. Dr
Mahathir begitu menentang perkataan �Islam� digunakan
dalam menamakan pertubuhan tetapi dengan bangga telah
merasmikan pembukaan perhimpunan agong sebuah
pertubuhan yang menggunakan perkataan �Kristian�. Dan
apa pula implikasinya dari sudut agama Islam apabila
Dr Mahathir yang mengaku dirinya seorang Islam telah
merasmikan pembukaan perhimpunan agung sebuah
pertubuhan Kristian antarabangsa? Bukankah �World
Evangelical Christian Fellowship� itu salah satu dari
pertubuhan dakwah Kristian yang berusaha
mengkristiankan dunia ini?
Sifat Dr Mahathir yang anti Islam itu semakin ketara
demi hari. Masakan Dr Mahathir tidak sedar bahawa
�World Evangelical Christian Fellowship� adalah salah
satu pertubuhan Kristian yang mempunyai agenda dakwah
untuk mengkristiankan dunia ini. Tidakkah Dr Mahathir
sedar seseorang Islam itu boleh tergelincir akidah
dengan hanya berasa redha dengan orang-orang kafir
terus berada dalam keadaan kekafiran. Tetapi Dr
Mahathir nampaknya bukan sahaja redha dengan
orang-orang kafir terus berkeadaan kafir tetapi telah
merestui pula usaha golongan kafir dalam menyebarkan
kekafiran mereka itu.
=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>