*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahathir mansuhkan 238 lot Tanah Simpanan Melayu ?
KUALA LUMPUR: Perwatakan sebenar Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang
ahli politik yang bijak mencuri kesempatan dan
mengeksploitasi keadaan, termasuk kelemahan kepemimpinan parti sendiri,
dijelaskan dengan baik sekali oleh Almarhum Tunku Abdul
Rahman, Perdana Menteri pertama dalam bukunya, Sebelum dan Selepas 13
Mei.
Mahathir kerap diingati kerana menghantar surat terbuka kepada Tunku,
lima hari selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969, berikutan
kekalahannya dalam pilihan raya 1969, kepada calon PAS.
Mahathir meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Tunku ekoran kekacauan
itu. Pelbagai kaedah dan pendekatan dilakukan Mahathir
bagi mendesak Tunku meletakkan jawatan, termasuk menyamar suaranya
menelefon Tunku memberitahu ada keputusan mesyuarat Umno
menggesa Tunku berundur.
Namun, yang lebih menarik ialah pendedahan Tunku tentang kerja-kerja
yang dilakukan Mahathir ketika itu, yang menyebabkan beliau tidak
memberi tumpuan kepada kegiatan parti. Rujuk buku Sebelum dan Selepas 13
Mei, halaman 198.
"Saya yakin bahawa sekiranya Dr Mahathir menumpukan masa yang lebih
kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di
dalam perniagaan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat
yang bernama Federal Construction Company – sebuah
syarikat yang dipunyai oleh orang-orang Cina – dan dalam perniagaan
yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya
itu adalah lebih besar."
"Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan
yang penting untuk menolong mendapatkan kelulusan kerajaan
supaya tidak kurang 238 lot Tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari
simpanan itu bagi maksud projek perumahan yang tersebut."
Mengenai surat terbuka Mahathir, Tunku mengulas: "Setelah menulis surat
yang isi kandungannya penuh dengan fitnah dan mengutuk saya
… maka salinan surat itu disebarkan beribu-ribu naskhah supaya bukan
saja ahli-ahli parti bangkit menentang saya, bahkan juga membuka
peluang kepada orang-orang lain juga menentang saya."
Pada halaman 139, Tunku mencatatkan: "Bagi seorang penyokong parti,
lebih-lebih lagi sebagai Ahli Parlimen selama 5 tahun dan anggota
Majlis Kerja Tertinggi Umno selama 12 bulan, perbuatan menulis surat
seperti itu kepada Perdana Menterinya sendiri yang juga menjadi
pemimpin partinya merupakan perbuatan yang tidak patut. Sunggupun
begitu, beliau belumlah puas hati dan tidak membataskan perbuatan
itu setakat itu saja.
"Beliau menghantarkan salinan surat ini kepada kawan-kawannya. Surat ini
kemudiannya dibuat beribu-ribu naskhah (saiklostail) dan
disebarkan dengan luasnya di kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan awam,
penuntut Melayu di IPT dan juga kepada orang Melayu di
kampung."
Ada nasihat kepada Tunku supaya Mahathir ditahan ISA. Bagaimanapun Tunku
menolaknya: "Pada mulanya inilah tindakan yang akan
saya ambil, tetapi selepas saya menimbangnya dengan lebih lanjut, saya
rasa dia tidak layak mendapat perhatian yang begitu penting."
Akhirnya Tunku memilih untuk menjawabnya melalui buku: "Saya rasa dengan
cara ini ia akan lebih berkesan."
Tunku juga menceritakan alamat mimpinya, 11 hari sebelum rusuhan,
apabila beliau melihat dalam mimpinya itu, tikus dan lalat-lalat hijau.
Beliau mengibaratkan tikus sebagai komunis dan konco-konconya. Manakala
lalat-lalat hijau, dengan secara halus, Tunku cuba
mengaitkannya dengan Mahathir sendiri.
(Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, lalat hijau, antara lain
dimaksudkan sebagai barua, atau orang yang buruk perangai dan
gemar melakukan perbuatan jahat).
Perhatikan bagaimana Tunku menjelaskannya pada halaman 250:
"Sekarang apakah pula erti lalat-lalat hijau? Pada malam 25 Mei, seorang
daripada pelayan di Risidency memberitahu saya bahawa
seorang sahabat lama saya, Dato’ Syed Esa Almanoer hendak bercakap
dengan saya melalui telefon. Bila saya mengangkat telefeon, saya
dapati bukanlah suaranya, tetapi seorang lain yang cuba hendak menyamar
suaranya dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Dia
memberitahu saya ada 20 orang ahli-ahli Umno yang sedang bermesyuarat di
satu tempat dan mereka mengambil satu keputusan meminta
saya meletakkan jawatan.
"Saya cuba hendak mengecam suaranya tetapi tidak dapat. Bila saya
bertanya, dia enggan memberitahu namanya. Jadi saya kata
kepadanya, Go to Hell" (pergi jahanam). Paggilan telefon yang seumpama
ini dibuat berulang kali dalam masa tiga atau empat malam
kemudiannya. Bila diberitahu kepada orang yang memanggil itu bahawa saya
tiada di rumah, dia memberitahu kepada pelayan yang
menjawab telefon itu supaya memberitahu kepada saya supaya saya
meletakkan jawatan keraja saya tidak dikehendakli lagi dalam Umno
dan kerajaan.
"… Perkara itu tidak terhenti setakat itu saja. Mereka terus
menganiaya diri saya. Beberapa banyak lagi suarat-surat liar telah dikirik
dan
disebarkan kepada orang ramai. Lalat-lalat hijau ini terus mengekori
saya, dan mereka masih berdesing di sekeliling saya."
Khususnya buat generasi baru, buku klasik karangan Tunku Abdul Rahman
ini patut dibaca.
.................................................
Petikan Detik Daily
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>