*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
syukur kepada Allah supaya kanak-kanak
tidak ditaksubkan dan disesatkan dari kecil lagi
oleh parti Pas. Subhanallah.
Fawzi Bin Kassim wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
> 9 MEI 2001
> Melaka.
>
> Kerajaan Melaka akan roboh kan sekolah Ugama.
>
> Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah(MPMBB) dijangka akan
> merobohkan sebuah sekolah Ugama(Tadika PASTI) yang terletak di
> Kg.Tampoi,Cheng Melaka.Kampong ini terletak dibawah jurisdiksi MPMBB.
>
> Kg.Tampoi juga terletak dalam DUN Paya Rumput yang diwakili oleh Ketua
> Menteri(KM)Melaka YAB Mohd.Ali Rustam.
>
> Difahamkan MPMBB telah diarahkan oleh KM untuk merobohkan Tadika ini
> beberapa kali,tapi tidak berjaya.
> KM difahamkan kecewa kerana Tadika Islam anjuran UMNO(TABINO) tidak mendapat
> sambutan seperti PASTI yang terdapat di seluruh Melaka.
>
> Dalam masa yang sama juga KM telah mengarahkan MDAG(Majlis daerah Alor
> Gajah) untuk merobohkan SRI Al-Munawwarah di Durian Tunggal,Melaka.SRI ini
> dikendalikan oleh PAS Durian Tunggal dan kawasan lapangnya sering digunakan
> untuk ceramah-ceramah BA(pihak PDRM Alor Gajah akan mudah luluskan disini
> kerana senang untuk mengawalnya dan jauh dari jalanraya atau kediaman awam).
>
> Dalam pertemuan dengan PAS Selandar,MDAG telah memberitahu bahawa buat
> permulaan ini,MDAG cuma akan memotong bekalan elektrik dan air
> dahulu.Lain-lain bentuk tindakan akan diberi perhatian kemudian.Yang
> DiPertua MDAG juga meminta YPD PAS Kawasan Selandar agar jangan menimbulkan
> masaalah bila pihak MDAG bersama TNB dan PAM(mungkin Polis juga) pergi ke
> SRI Al-Munawwarah pada Ahad 13 Mei 2001 ini.
>
> Orang ramai yang prihatin (di Melaka) diminta menghadiri di kedua-dua tempat
> ini semoga tempat pendidikan Islam ini tidak menjadi mangsa politik dendam
> Ketua Menteri Melaka.
>
> Ini bukanlah kali pertama Ketua Menteri Melaka melakukan tindakan kejam dan
> zalim terhadap sesiapa yang dilihat sebagai menyokong Barisan Alternatif
> khususnya PAS di Melaka.
>
> Sejurus selepas menjadi KM Melaka, Mohd.Ali Rustam telah bertindak ganas
> dengan memecat seramai 21 orang doktor Islam daripada menjadi panel kepada
> agensi kerajaan.Beliau juga menamatkan panelship beberapa orang
> peguam.Selain itu ramai kontraktor-kontraktor(terutamanya yg.berurusan denga
> n PAM-Perbadanan Air Melaka)di senarai hitamkan atau ditamatkan kontrak
> mereka atas alasan kontraktor2 ini atau ahli keluarga mereka merupakan
> penyokong atau bersimpati kepada Barisan Alternatif.
>
> Malahan baru beberapa bulan yang lalu(ketika sedang gamat isu perpaduan
> Melayu) salah sebuah agensi Kerajaan telah menamatkan panelship sebuah
> klinik(yang baru dilantik 2 bulan sebelum itu)kerana pihak-pihak
> tertentu(?KM)mendapat tahu doktor ini bersimpati kepada BA.Di beberapa
> masjid,beberapa orang guru ugama(Ustaz) telah dipecat atas alasan yang sama.
>
> Kita khuatir,KM Melaka akan terus mengganas selepas ini.Mungkinkah
> surau-surau yang dihadiri orang PAS pula akan dirobohkan???Hanya masa yang
> menentukan...
>
> Adakah kita harus berdiam diri atau.....
>
>
>
>
>
> Get 250 color business cards for FREE!
> http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: ali183 <[EMAIL PROTECTED]>