*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Betul apa yang anda katakan itu. Cuma mungkin mengatakan "betapa jahatnya Mahathir dan 
orang-orang AMNO"  itu kurang tepat. Lebih tepat jika dikatakan "betapa jahatnya 
Mahathir
sebahagian pemimpin-pemimpin AMNO".

Kenapa saya katakan begini? Sebenarnya saya bercakap dari segi strategi dan apa tujuan 
kita bercakap. Adakah mahu melepaskan perasaan marah atau mahu menyedarkan rakan-rakan 
UMNO.

Pada pendapat saya, kurang efektif usaha menarik ahli UMNO melihat kepincangan parti 
mereka jika kita membantai mereka dengan kata nista dan memanggil mereka dengan 
nama-nama spt orang AMNO jahat.

Yang jahat bukan ahli AMNO. Atau yang jahat bukan semua ahli AMNO. Tetapi yang jahat 
ialah sebahagian pemimpin AMNO yang korup dan kadang-kadang melampaui batas UMNO.

Mungkin elok jika kita kategorikan orang AMNO kepada tida
1. Pemimpin UMNO yang korup (mungkin tidak semua)
2. Ahli UMNO yang ikhlas dan tidak nampak kepincangan UMNO. Justeru masih bersama UMNO.
3. Ahli UMNO yang oportunis yang mencari duit melalui penglibatan parti- mereka tidak 
akan meninggalkan parti walaupun nampak kesilapannya. Selagi mereka mendapat manafaat 
spt projek, mereka akan tetap bersama UMNO.

Yang kita patut serang ialah no 1 dan 3. Yang no 2 itu kita jangan serang. Kita 
terang. Jangan serang secara pukal ahli UMNO. Kita kena akui dalam jutaan ahli UMNO 
itu, ramai yang tidak nampak kepincangan parti (sebagaimana saya 3 tahun dahulu dan 
bapa saya kini) lantas mereka masih setia kepada parti. Jadi tugas kita untuk 
menerangkan bahwa UMNO dan pemimpin mereka sudah pincang dan rosak. Jika kita serang 
mereka dengan kata-kata nista, macamana mereka mahu bersedia mendengar penerangan 
kita? Rasanya mereka akan lari dan pergi mendapatkan perlindungan dari pemimpin 
mereka. Akhirnya, nafsu amarah kita mungkin puas, tetapi tidak dapat mengubah 
pendirian sesiapa.

Jika kita menyerang ahli UMNO, maka ahli tersebut akan sentiasa mencari perlindungan 
dengan pemimpin. Maka mereka akan sentiasa nampak pemimpin mereka sebagai penyelamat 
dalam menangkis serangan kita. Yang sebaiknya, kita jangan serang ahli. Kita serang 
pemimpinnya.

Maka di masa depan, saya sarankan jika kita nak bercakap mengenai kepincangan UMNO, 
katalah begini "Pemimpin UMNO yang zalim' dan bukan 'ahli UMNO yang zalim' atau 'orang 
UMNO yang zalim'. InsyaAllah, ini akan menjadi senjata untuk menarik mereka mendengar 
lebih lanjut apa yang ingin kita utarakan. Saya yakin, jika ahli UMNO sedar kesilapan 
yang dilakukan pemimpin UMNO, mereka juga akan marah kepada pemimpin mereka sendiri. 
Contohnya dalam kes pembelian saham TimeDotCom menggunakan duit EPF (=duit rakyat=duit 
ahli UMNO juga). Jika mereka berjaya kita sedarkan tentang hal ini, tentu ahli UMNO 
juga akan marah kepada pemimpin UMNO sebab duit mereka juga terlibat. Anda nampak 
rasionalnya? Begitu juga jika ahli UMNO dapat disedarkan tentang betapa tak perlu dan 
membazirnya projek Bakun, mereka juga akan marah kepada pemimpin mereka sebab duit 
yang akan digunakan juga termasuk duit mereka, bukan duit ahli pembangkang sahaja.

Semoga apa yang saya cadangkan ini ada manafaatnya demi keadilan.

Wassalam.

>Pendapat aku la...apa yg berlaku pada Anwar (dipecat,
>
>difitnah dan dianiayai oleh orang AMNO) adalah kerana
>
>Allah masih sayangkan dia. Hanya dengan ini membuatkan
>
>Anwar & rakan2nya tersedar betapa jahatnya Mahathir
>
>dan orang-orang AMNO terhadapnya. Kalau Mahathir tak
>


:) 
http://www.1234Money.org
List of 'Get Paid To Surf programs
Senarai program 'Dibayar Untuk Layari Internet' 
__________________________________________________________________
TheMail.com - Internet Email
Sign-up today at http://www.themail.com/ref.htm?ref=2120670 






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke