*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang sibuk pula soal Penyangak Matawang yang membuat spekulasi untuk menjatuhkan 
matawang kita. Dihebohkan oleh Mahathir dan Mustapa Mohamad. Apa yang kita dapat 
firasat dan dari pengalaman yang sudah-sudah , tentulah matawang kita akan merudum 
sekali lagi kerana kita rakyat Malaysia telah di peringatkan awal-awal lagi akan 
kesilapan dan kejahilan Mahathir dan Menteri-menterinya mengawal ekonomi negara. 
Tetapi bentuk peringatan itu bukanlah dalam bentuk menyalahkan diri sendiri tetapi 
seperti biasalah mereka ini akan menyalahkan orang lain terutama penyangak matawang 
antarabangsa. 

Rakyat negara ini sudah siang-siang lagi di beritahu akan kejatuhan matawang negara 
ini oleh Mahathir dan menteri-menteri duit. Apakah dengan pemansuhan Levi yang 
dibuat oleh mereka tempoh hari masih tidak dapat menarik minat pelabur-pelabur luar 
negara untuk kembali melabur di negara ini? Maka menteri-menteri duit ini dengan si 
Tua nyanyok itu mengambil langkah kedua, iaitu dengan menurunkan nilai matawang negara 
pula? Dengan harapan ini akan membuka mata pelabur asing untuk melabur di negara 
Mahathir dan keluarga ini (Mahathir & Co). 

Inilah sebab utama Syarikat Nestle dan beberapa buah syarikat gergasi seperti 
Seagate telah cabut ke negara-negara lain seperti Thailand dan Vietnam serta India. 
Kerana apa? Kerana mereka sudah lama tahu akan rancangan Mahathir tua ini untuk 
menurunkan nilai matawang Malaysia. Tambahan mereka-mereka ini sedar, masalah utama 
negara ini bukanlah masalah ekonomi, akan tetapi masalah Mahathir itu sendiri. 
Sekiranya si Tua kutuk ini letak jawatan begitu juga dengan Abdullah Badawi maka 
ekonomi negara sudah tentu 100% akan kembali pulih, malah pelabur-pelabur asing akan 
mula kembali berniaga di negara ini. 

Untuk Kakitangan Kerajaan pula, kita tunggu dan lihat akan perkembangan bulan 
September ini, apakah ada sebarang gangguan dengan pembayaran gaji kakitangan awam 
pada ketika itu? Maklumat telah di terima dari berbagai Jabatan yang berkaitan dengan 
Gaji Kakitangan Awam bahawa kemaskini gaji hanya setakat bulan September sahaja dan 
tiada sebarang arahan atau petunjuk untuk bulan-bulan seterusnya. Apakah Mahathir 
hendak menaikkan gaji minimun RM1,200 atau tiada gaji langsung. Kalau nak naikkan gaji 
minimum..agak kurang munasabah kerana matawang negara akan merudum, oleh itu tiada 
bergaji atau kelewatan gaji adalah kemungkinan besar. 

Maksud penurunan nilai matawang adalah nilai wang negara semakin kecil berbanding 
dengan negara lain..tidak mungkin nilai matawang negara Malaysia akan sama nilai 
dengan Rupiah Indonesia sekiranya Mahathir terus ingin memerintah negara. Tetapi 
apakah tindakan rakyat negara ini pada Mahathir? Negara-negara luar sekiranya Perdana 
Menteri nya gagal memulihkan ekonomi negara malah semasa pemerintahan Perdana Menteri 
itu nilai matawang turun, sudah tentulah Perdana Menteri tersebut akan di singkirkan 
kerana gagal mentadbir negara dengan baik dan bijaksana. Tambahan pula negara ini 
mempunyai seorang Perdana Menteri yang nyata sekali hendak menggadaikan negara ini 
setelah menggadaikan hak-hak Melayu. 

Masa kan mungkin anak perempuan si Tua kutuk itu Marina Mahathir berkata Daddyyou 
are to old for this country, your mentally is unstable..everytime you open your 
mouth, something terrible will happen. Dengar khabar telah perang besar juga keluarga 
si Tua kutuk itu hingga bengkak-bengkak mata si Marina itu. Akan tetapi apa nak jadi 
dengan keluarga dia kita biarkanlahmereka sudah kaya raya dan punyai wang berbilion 
ringgit, tetapi bagaimana dengan rakyat lain negara ini? 

Itulah Mahathir, tidak pernah menyalahkan dirinya mahupun menteri-menteri 
kesayangannya dalam melaksanakan tugas pada negara tetapi asyik menyalahkan orang 
lain. Ini di canangkan dalam Radio, Suratkhabar dan TV supaya rakyat di tanamkan dalam 
kepala otak mereka bahawa ekonomi negara hancur akibat sabotaj dan penyagak-penyangak 
luar. 

Satu renungan untuk aku pada para pembaca..apakah yang ada di negara ini yang para 
penyangak matawang hendak menjajah negara ini begitu juga dengan usaha sabotaj ke atas 
negara ini dengan tujuan untuk di jajah. Bukankah lebih baik penyangak-penyangak ini 
memberi tumpuan kepada negara-negara yang lebih kaya dan lebih mantap seperti 
Singapura misalnya? 

Mahathir amat pantang sekali bila kita memuji Singapura.maklumlah Singapura lebih 
Kaya dan Nilai Matawangnya lebih tinggi dari Malaysia. Singapura lebih terkenal di 
mata dunia dari Malaysia. Dengan sebab itulah Mahathir hendak membina semuanya yang 
tertinggi dan terbesar di Dunia di negara ini dengan harapan supaya dunia luar akan 
lebih mengenali Malaysia. Maklumlah Singapura tak mampu nak buat itu semua kerana tak 
cukup tanah dan itulah satu-satunya yang hanya mampu Mahathir menandingi Singapura. 
Bila tak mampu hendak menandingi kecerdikan Perdana Menteri dan menteri-menteri 
Singapura maka Mahathir dan menteri-menteri Malaysia menyalahkan orang lain pula. 




seterujabat
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
[EMAIL PROTECTED]
Melayu+Siam = MeSiam
 












 


Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke