*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum.
jangan lupa pulak ye. kedai2 menjual senjata api di Knoxville tu pun
melambak. dekat pasar lambak pon kadang2 ada jual. silap2 hari nak beli
rocket launcher pun ada. bukan payah sangat. tak perlu berlesen2. cuma kena
bawak lesen memandu. itu aje. dah kira legal dah tu. kalo tak silap, tempat
practice menembak pun kira banyak di Knoxville tu. 100 meter ade. 200 meter
ade. 300 pun ada. tapi kena ingat ye. Rule no 1. Safety.

bukan apa. orang tua2 kita kata, sediakan payung sebelum hujan.
jadi kena le bersedia. sekurang2nya dapat buat mempertahankan diri. lagipun
masa2 cuti sekolah tu, tak kan le nak memancing sakan je hari2. kalo ada
rifle, bole juga pegi tembak rusa sekor dua.


------Original Message------
From: [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: May 15, 2001 2:14:39 PM GMT
Subject: Re: Re: H-Net* Tanya pasal U di USA...



*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
Lupa nak cakap benda yang amat penting dari kacamata Islam-
Ada dua masjid di Knoxville. Sebuah masjid kecil dekat Knoxville College
(kolej kecil di Knoxville) dan sebuah masjid utama berdekatan Uni. of
Tennessee. Masjid utama agak besar setelah masyarakat Islam menabung dan
berusaha membinanya selama lebih 5 tahun. Ianya siap pada tahun 1992.

Namun, pada masa solat Aidil Fitri, biasanya diadakan di padang terbuka
sebagai mengambil sunnah.

Setiap beberapa tahun, masyarakat Islam akan memilih AJK baru dan president
baru.

Wassalam.
****** Original Message ******
From: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Tue 05/15/2001 10:06 AM
To: [EMAIL PROTECTED], <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: H-Net* Tanya pasal U di USA...
>
>Assalamu'alaikum,
>
>
>
>Saya nak cerita sikit fasal Univ. of Tennessee, Knoxville.
>
>Ianya terletak di negeri Tennessee, USA (southern).
>
>
>
>Saya tak bolehlah nak kata samada mass com program dia ok atau
>tidak. Sebab saya dulu bukan jurusan itu, tetapi engineering.
>Tapi memang ada program mass. com. Di UTK, boleh dikatakan semua
>jurusan ditawarkan termasuk Nuclear Engineering, Agriculture
>Eng, Accounting, Architecture, dan lain-lain. Kalau tak silap,
>dulu ada juga student Melayu yang buat mass com. Malangnya saya
>dah lost contact.
>
>
>
>UTK ni kalau di Tenessee kira U terbesar. Selain di Knoxville,
>ada beberapa cawangan lagi di bandar-bandar Tennessee lain.
>Sebab state-funded, yuran pun murah sikit berbanding U swasta.
>UTK diasaskan sejak tahun 1879.
>
>
>
>Knoxville merupakan sebuah bandar ketiga terbesar di Tennessee
>selepas Memphis dan Nashville. Bagi saya, ianya amat baik untuk
>kita tinggal. Cuanyanya taklah sejuk sangat. Musim saljinya
>adalah setebal setengah inci sahaja.
>
>
>
>Bandarnya taklah sebesar KL atau Penang. Mungkin sebesar Alor
>Setar. Kalau tak silap, ada 300 ribu penduduk. Masyarakat Islam
>juga agak ramai. Masa saya di sana, saya anggar mungkin ada
>dalam 600 orang penganut Islam dari berbagai bangsa termasuklah
>African-American Muslim. Ada pendatang dari Pakistan, India,
>Mesir, Palestin, Syria, Yaman, dan lain-lain yang kerja sebagai
>doktor dan jurutera.
>
>
>
>Melayu dan Chinese Malaysian pun ramai (dulu ler sebelum duit
>jatuh). Tahun 1993, ada seramai 70 orang Melayu dan mungkin
>dalam 100 orang Chinese Malaysians. Student Indonesia adalah
>seramai 30 orang, mostly buat Master.
>
>
>
>Disebabkan Knoxville ni bandarnya sederhana besar, sara hidup
>pun murahlah. Pada tahun 1993, sewa apartment saya (satu bilik
>antara US150-250 sahaja. Jika tinggal 4 orang, baru US75 sorang.
>
>
>
>Nak beli makanan halal pun senang. Ada sebuah kedai orang
>Pakistan yang menjual ayam dan daging halal dan lain-lain
>keperluan dapur. Nak cari barang-barang spt kicap atau Maggi
>Mee, ada dijual di kedai runcit orang Cina. Dulu, ada 3 buah
>kedai sebegitu.
>
>
>
>Satu lagi- kalau kaki pancing, banyak tempat boleh memancing spt
>di tasik-tasik, empangan dan sungai-sungai.
>
>
>
>Selain itu, kira-kira 50 KM dari Knoxville terdapat taman negara
>Smokey Mountain National Parks. Kita boleh drive through park ni
>untuk sight seeing melihat keindahan alam dan peninggalan
>sejarah penduduk awal Amerika. Dekat dengan Smokey Mountain, ada
>pula sebuah bandar peranginan Gatlinburg. Disitu, ada
>bermacam-macam tenpat menarik boleh dilawati termasuk menaiki
>kabel car ke puncak bukit untuk melihat keindahan alam.
>Kira-kira 100 KM dari Knoxville pula, ada Chattanoga. Disitu ada
>sebuah akuarium air tawar terbesar di US atau di'dunia'?
>
>
>
>Begitulah sedikit sebanyak mengenai Univ of Tennessee, dan
>bandar KnoxvilleTapi, ini berdasarkan apa yang saya rasai di
>tahun 1987 hingga 1993 ler.
>
>
>
>
>
>Saya amat rekomenkan sesiapa juga untuk study di sana. Jika
>diberi peluang buat Master di US, saya akan kembali ke
>Knoxville.
>
>
>
>Maklumat lanjut di http://www.utk.edu
>
>Center for International Student: http://web.utk.edu/~globe/
>
>Alamat Muslim student's Association: http://web.utk.edu/~msa/
>
>Satu link ke akhbar Knoxville:
>
>http://knoxville.com
>
>
>
>Wassalam.
>
>
>
>****** Original Message ******
>
>Subject: H-Net* Tanya pasal U di USA...
>


______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn ghazi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke