*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.
Izinkan saya mencelah sedikit tentang hal-hal pelaburan ini. Saya bukanlah
seorang yang expert dlm hal-hal pelaburan tapi sedikit sebanyak apa yang telah
saya pelajari dan amalkan mungkin dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin
melibatkan diri dlm pelaburan utk mebuat keputusan.
Secara kasarnya, terdapat banyak jenis pelaburan (instruments) dalam pasaran
kewangan hari ini, baik jenis pelaburan yang didagangkan (listed) dan tidak
didagangkan (unlisted). Melabur kecil-kecilan dalam kedai runcit atau gerai jual
goreng pisang pun itu adalah pelaburan. Apa yang mesti ada dlm hal pelaburan
ialah komitmen utk mengeluarkan sejumlah wang dengan niat untuk menjanakan wang
tersebut untuk mendatangkan hasil atau keuntungan.
Pelaburan yang biasa kita dengar ada banyak seperti saham, bon, derivatif,
warrant, options, komoditi, hartanah, emas, unit trusts, insurans, takaful,
annuity dan sebagainya. Apa yang membezakan jenis-jenis pelaburan ini ialah
kadar perkaitan antara RISIKO & PULANGAN.
Dah memang hukum RISIKO & PULANGAN : semakin tinggi risiko sesuatu pelaburan,
maka semakin tinggi peluang untuk mendapat pulangan yang lebih, TAPI jgn lupa,
semakin tinggi juga risiko utk pelaburan itu melingkup!
Jadi, kalau mengikut kadar risiko & pulangan, instrumen-instrumen pelaburan yang
pelbagai jenis tadi memang mempunyai kadar yang berbeza-beza. Ikut kajian, yang
paling berisiko ialah Derivatif/Market Hadapan (Futures)/Komoditi. Luar dari
kajian, saya nak tambah satu jenis iaitu Skim Cepat Kaya. Memang risiko tinggi.
Tapi boleh untung sekelip mata kalau kena caranya dan analisisnya (tak termasuk
skim cepat kaya). Pun boleh melingkup sekelip mata contohnya Kes Barring kat
Singapore. Contoh lain seperti yang dikatakan oleh saudara azimin. Skim Cepat
Kaya boleh untung, tapi sekejap sahaja sebelum tokey skim cabut lari.
Tahap kedua rendah sikit risiko ialah saham (shares/stocks). Tengoklah market
hari ni, turun naik. Ada masa naik macam tahun 1994-1995. Tengok sekarang, nak
naik 700 points pun payah. So, kena tunggu market naik baru boleh buat untung.
Maknanya kena ambik masa sikit nak buat untung tapi tak lama.
Tahap ketiga ialah saham amanah dan insurans berkaitan pelaburan
(investment-linked insurance). Risiko kurang dan tentu pulangan pun boleh
dikatakan average, lebih baik daripada simpanan tetap. Boleh untung besar tapi
mengambil masa yang lama, 10-20 tahun. Risiko nak melingkup/hilang duit kurang
sebab pelaburan ini utk jangkamasa pjg.
Tahap keempat, simpanan tetap, insurans tradisional (endowment & whole life),
takaful dan annuity. Yan ni semua risiko memang boleh kata sgt sikit dan sebab
itulah kalau kita tengok pulangan yang diberi atas pelaburan-pelaburan ini
adalah kecil (lebih kurang 2% - 6% setahun).
Tahap kelima, bon kerajaan/treasury bond. Ini boleh diassumekan sbg
Risk-Free/tiada risiko. So, kalau dah tiada risiko, what do you expect? Lower
return lah kan.
Last sekali, paling tak berisiko, wang tunai. Kalau tak dilaburkan, simpan bawah
bantal. Lama-lama harga brg semua naik, duit simpan bawah bantal dah turun
value.
Kesimpulannya, kalau kita nak melabur, tengoklah dulu selera risiko kita (risk
appetite). Kalau kita berani nak ambil risiko, go ahead! Sebab apa, kalau
untung, kaya kita. Kalau kita tak mampu, melaburlah dlm instrumen yang kita
mampu. Tak banyak sikit pun ok sebab kita org Melayu mesti melabur! Duit yang
kita dapat bukan utk hari ini saja tapi utk masa depan sebab masa depan lebih
mencabar dan macam-macam perkara boleh terjadi diluar jangkaan kita. Bertanyalah
kepada yang arif jika kita hendak mengetahui banyak perkara. Tak rugi kalau kita
bertanya. Tak bertanya sesat jalan, sesat jalan padan dengan muka.
Sebarang pandangan & teguran amat dialu-alukan.
Wassalam.
Adnan Mohamed Nor wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu'alaikum saudara azimin
>
> Bagus sekali komen saudara. seperti yang saya katakan hidup kita ni
> penuh risiko dan dengan risikolah kita mungkin lingkup dan dengan risikolah
> kita mungkin lebih bagus dari dulu. Kenapa 'Risk Management'. Bagi saya,
> untuk menerangkan dengan jelas apa yang terkandung dalam pengurusan risiko
> itu bukanlah satu benda yang mudah dan terlalu teknikal bagi saya yang
> berkelulusan rendah ini. Saya suka menarik perhatian saudara kenapa mereka
> yang gagal telah dijadikan satu halangan untuk kita meneruskan hasrat ini.
> Kita tahu dia gagal dalam komoditi ni. Baik, sebenarnya bukan dia yang gagal
> tetapi company yang dia bergantung itu yang telah mengagalkan dia sebab dia
> tak ada apa-apa usaha untuk menguasai keadaan di syarikat tersebut. Jadi,
> apa yang cuba ditampilkan disini adalah faktor pemilihan 'lubuk' adalah
> merupakan satu elemen penting dalam menentukan sejauh mana kita boleh
> melangkah ke situ. Selain dari kenyataan atas kertas, sokongan mereka di
> situ, faktor yang lain jugak harus diambil kita seperti jangkaan yang boleh
> diterima, analisis dan selainnya. Jika semua ini berjaya meletakkan tahap
> untuk kita berjaya dapat mengatasi segala risiko yang bakal dihadapi samada
> yang dijangkakan atau tidak, barulah kita boleh memulakan langkah pertama.
> Saya yakin sejarah yang baik bukanlah satu jaminan bagi suatu masa depan
> yang lebih gemilang. Tidak siapa yang boleh 'GURANTEE'kan sesuatu yang
> uncertain dan saya kira masih baru bagi kita ini.
>
> Ingin saya membawa persoalanan kepada diri tuan / puan, mengapa adanya
> kajian mengenai risiko ini? Jika kita lihat, tanpa menafikan risiko ini,
> kita masih mampu ke depan. Jika diperkecilkan lagi risiko ini, maka lebih
> besarlah harapan kita untuk lebih cemerlang. Kenapalah kita suka mengambil
> risiko untuk melakukan semua ini? Sukar untuk saya untuk memberikan
> penjelasan khusus tapi, saya yakin bahawa risiko banyak mengajar manusia itu
> erti kematangan dan meningkatkan kewarasan fikiran walaupun dalam keadaan
> yang paling sulit. Bagi kita yang tak berani, adalah lebih baik belajar dari
> mereka yang lebih 'arif. Jatuh bangun angkara risiko adalah perkara yang
> sepatutnya kita kaji dan selesaikan dan bukannya faktor tambahan kepada yang
> sedia ada untuk kita mengatakan bahawa ianya akan lebih menjurus kepada
> kehancuran. Perlukah kita ada ijazah yang tinggi untuk menjadi seorang yang
> pakar dalam 'risk mgmt' ini? ...... pengalaman kita banyak menunjukkan
> caranya. Jelas sekali, jika kita lihat kenapa mereka yang selalu gagal akan
> pasti gagal sekiranya dia tidak belajar apa-apa dari kegagalannya. RUGI!
> RUGI ! RUGI!. Cuba check balik kat mana yang tak kena..... Jika tak sampai,
> tanyalah kepada yang 'arif. Sebaiknya, untuk cubaan kali ke-2 dan ke-3 akan
> melonjakkan kita lebih ke depan dengan pembaharuan dan pembetulan dari
> kesilapan yang lalu.
>
> Akhir sekali, saya masih bersyukur dan redha dengan rezeki yang telah
> dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada saya selama ini. Dan, yang paling
> penting, saya banyak belajar dan masih belajar untuk membentuk diri ini
> menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini luar dan dalam. Kekadang
> lidah berkata-kata lebih pantas dari ketulusan hati. Ini yang sangat saya
> takuti. Dahlah kita tak kenal sesiapapun diluar sana. Saya memohon agar
> diberikan kekuatan untuk menyampaikan benda yang dianggap baik bagi diri ini
> untuk disampaikan kepada tuan / puan semua. Jangan sampai kita disumpah
> dengan kata-kata yang tak elok oleh mereka angkara kelantangan lidah ini.
> Biarlah mereka sendiri yang menyaksikan dan membuat keputusan dengan ikhlas
> dan betul-betul berpuas hati.
>
> Yang paling penting......Cuba-cubalah jengok ASTROMAX yang berhampiran
> dengan bandar tuan / puan. Mereka tak mintak apa-apa bayaran pun supaya
> tuan/puan mendapat penerangan / maklumat mengenai syarikat/perniagaan
> mereka. Untuk yang gagal tu....cuba check balik kenapa ada banyak company
> yang menjalankan perniagaan komoditi > 500 registered, mengecewakan.
> Pernahkah tuan / puan dengar ASTROMAX jugak bermasalah. Jika ya, sila
> sebarkan dengan jelas agar maklumat ini akan dapat diperbetulkan dengan
> segera agar tidak ada lagi yang terjebak. Jika tiada, mari saya perkenalkan
> syarikat yang menjalankan sistem secara 'TRADING UNIT' dengan megah berdiri
> di Menara Maxis, KLCC.
>
> Untuk saudara azimin khasnya dan tuan / puan amnya, kenapa
> kita tidak dimaklumkan kepada kita oleh Allah swt terlebih dahulu
> risiko-risiko yang bakal dihadapi semasa hidup? Itulah dia 'risk management
> sebenar'. Saya yakin tuan / puan semua pasti boleh menjawabnya.
>
> Sekian. wassalam.
>
> Nota: segala catitan di atas adalah dari pandangan peribadi dan tidak
> mengambarkan kenyataan dari ASTROMAX secara langsung. Untuk mendapatkan
> penjelasan yang baik, silalah hubungi ASTROMAX di 03-21687222.
> ----- Original Message -----
> From: Azimin Bin Kusai <[EMAIL PROTECTED]>
> To: Com, Warga_Kilang@Yahoogroups. <[EMAIL PROTECTED]>; com,
> IT-Kelantan@yahoogroups. <[EMAIL PROTECTED]>; Net, Hizb@Hizbi.
> <[EMAIL PROTECTED]>; Adnan Mohamed Nor <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Tuesday, May 15, 2001 1:30 PM
> Subject: RE: [warga_kilang] ADAKAH ANDA PATUT MENGETAHUINYA?
>
> Saudara Adnan,
> Saya cuma nak komen sikit.Pada pendapat saya senang jer....ikut kata pepatah
> orang tua..ukur baju dibadan sendiri...beringat sebelum kena...berjimat
> sebelum habis.Kalau kita tak nak tension tanggung hutang....jangan
> berhutang....tapi semua orang kata kita kena hutang...kalau tak hutang
> ..takde harta.Betul tu... tapi hutang tu biar kita mampu
> membayarnya....maksudnya ada % hutang,makanan,tempat tinggal,belanja
> kecemasan dsb dari gaji kita.Kalau kita pandai menguruskannya...tak de
> masalah.Yang bermasalah ...orang yang selera besar...semua nak...tapi
> sebenarnya tak mampu...kesudahannya tanggung sendiri.
>
> Sama gak dengan pelaburan komiditi ni, mlm dan direct selling....risiko
> tinggi ...tapi kalau dengar cerita memang best....baru jer kawan yang saya
> nasihatkan melingkop....satu ..dua bulan dapat pulangan...bulan ketiga modal
> pong hangus....tambah susahle...hidupnye...berenang-renang
> kehulu....berakit-rakit ketepian...bersenang dahulu...bersusah
> kemudian.....almaklumlah 15ribu dah jadi abu.....
>
> Ini cuma pendapat jer....Manusia memang suka cepat
> kaya....kenapa....jawapannya sebab hidup kita singkat...tak lama....jadi
> jangan takut...walaupun saya komen macam ni....mesti ada lagi manusia yang
> nak kaya tu akan masuk apa..apa skim yang boleh dapat duit cepat dan banyak.
>
> Jangan mare...komen jer.
>
> > ----------
> > From: Adnan Mohamed Nor[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> > Sent: Monday, May 14, 2001 4:48 PM
> > To: Com, Warga_Kilang@Yahoogroups. ; com, IT-Kelantan@yahoogroups. ;
> > Net, Hizb@Hizbi.
> > Cc: adnan-mn
> > Subject: [warga_kilang] ADAKAH ANDA PATUT MENGETAHUINYA?
> >
> > Assalamu�laikum semua....
> >
> > MAAF KERANA MENGANGGU RUANGAN DISKUSI SEMASA.
> > SILA 'DELETE' JIKA TIDAK BERKENAAN...
> >
> > a. Carilah ilmu sehingga akhir hayat
> > b. Carilah keredhaan dan beramallah selagi masih bernyawa
> > c. Carilah rezeki yang halal selagi nyawa dikandung badan
> > d. ...cari dan cari apa saja yang demi kemuliaan umat islam...
> > e. ....
> >
> > *** Saya suka menyentuh bab (c), apa jua yang kita cari sebagai
> > sumber pendapatan kita serta keluarga hendaknya mengikut garis panduan
> > yang telah ditentukan ( Yang penting sekali : Disahkan dari sumber yang
> > halal...). Ramai diantara kita di Malaysia terutama orang melayu masih
> > tersempit dan dihimpit oleh kemiskinan malah ada yang bergaji besar tapi
> > tanggungannya juga besar. Kena check diri kita ni. Dimana silapnya. Jangan
> > kata kita tak ada duit.....kita ada duit, cuma kita tersilap PLAN. Bagi
> > yang makan gaji, amatlah perit sekali sekiranya kita "berhutang" samada
> > secara langsung atau tidak. Contoh, Mastercard - Hutang, Kereta - Hutang,
> > Rumah - Hutang, Api, air,telefon,macam-macam - guna dulu, baru bayar.
> > Maknanya kita berhutanglah tu....Senang cerita, hidup kita ni adalah
> > penuh dengan berhutang....
> >
> > *** Bagaimana nak hidup dalam keadaan tidak berhutang sedangkan
> > kerajaan sendiripun menggalakkan rakyatnya berhutang malah macam
> > dipaksa-paksa kita berhutang pulak. Tidak boleh larilah. dimana-mana pun
> > kita pasti berhutang tak zahir ataupun batin. Kita dengan Allah pun
> > sentiasa berhutang dan tentunya tidak terbayar oleh kita yang daif ni.
> >
> > ***Baik! apabila kita bercerita mengenai hutang ni. tentunya adalah
> > penyelesaian yang mungkin boleh membantu. Semuanya bermatlamat untuk
> > menambahkan pendapatan individu itu samada secara terus ataupun tidak.
> > Dan, banyak yang kita lihat, dengan promosilah mereka akan dikenali
> > bersama contact mereka itu. Dan, dari kajian yang telah dibuat, didapati
> > cara pendekatan yang selalu ditonjolkan adalah kawan ke kawan. Dengan
> > menggunakan kedudukan sebagai kawan, kawan-kawanlah yang mula-mula mereka
> > tangkap selain dari keluarga terdekat. Adakalanya sampaikan kelentong
> > kawan pun ada demi untuk menjayakan kempen mereka. Tak kiralah apa jua
> > yang dilakukan, biarpun begitu, dalam sedar tak sedar, kita pernah
> > melakukan kerja dalam bentuk jaringan. Contoh: apabila kita bertandang ke
> > sebuah restoran. kita pastinya inginkan sesuatu yang terbaik dari restoran
> > tersebut. Layanannya, makanannya, harganya dan sebagainya. Dan, apabila
> > kita berpuashati dengan restoran tersebut, pastinya kita akan
> > mengunjunginya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Dalam sedar tak
> > sedar, kita recommend kepada kekawan untuk ke restoran itu. begitulah juga
> > dengan kekawan kita. Sebagainya, proses sebegini adalah satu key-point
> > kepada syarikat yang menjalankan Jualan Langsung atau Multi-level
> > Marketing. Mahu tak mahu, kita terpaksa akui bahawa secara tak sengaja
> > kita telah melaksanakan salah satu cara dalam perniagaan MLM ini. Tapi,
> > kat situ, kita tak dapatlah apa-apa komisen. Maknanya, kita melakukan
> > kerja percuma bagi pihak restoran itu. Kah!Kah!Kah!. Ha! siapa kata kita
> > ni tak boleh buat MLM? semua orang sudah ada asasnya. Justeru itulah,
> > mereka-mereka di MLM ni beria sangat memuji "Semua orang boleh buat, semua
> > orang boleh berjaya dan macam-macam lagi". Yang silapnya, kita diluar ni
> > tak suka di paksa. contohnya, orang paksa kita makan mee sedangkan kita
> > tak gemar sangat mee walaupun ke restoran yang sama. Jadi, untuk
> > membiasakan seseorang makan mee, kenalah 'slow-slow' cerita sama diaorang
> > kenapa kita memilih mee selain dari nasi, dsbnya.
> >
> > *** Dengan promosi jugaklah banyak membantu syarikat-syarikat untuk
> > memperkenalkan produk mereka termasuk perkhidmatan dan sebagainya. Ada
> > melalui media elektronik, ada yang melalui media cetak dan sebagainya.
> > Tujuan mereka adalah sama iaitu untuk menyampaikan sesuatu maklumat
> > mengenai syarikat mereka dengan cara yang terbaik dan menarik bagi
> > meningkatkan jualan di tempat mereka. Walau apapun alasan yang diberikan,
> > setiap promosi itu adalah bertujuan sama.
> >
> > ***Disini saya ingin jugak mempromosikan kepada semua salah sebuah
> > syarikat pelaburan dalam bidang komoditi dari beratus yang ada yang di
> > Malaysia iaitu Astromax. Jika saudari/i, tuan/puan sudah maklum dengan
> > syarikat ini, maklumkan kepada mereka yang lain. Tak ada batasan untuk
> > mereka untuk sama-sama di dalam bidang ini. Beritahulah kepada semua
> > diluar sana perkara yang betul dan sah. Jangan pandai-pandai buat cerita
> > yang bukan-bukan. Kalau nak ajak mereka, biarlah mereka faham dan minat
> > dengan apa yang diceritakan. Niat mesti betul dan ikhlas dalam melakukan
> > setiap amalan kita. Lidah kita ni kekadang tersasul atau mungkin buat-buat
> > tersasul. Jangan ingat nak kejar duit pulak! Saya sendiri pun masih belum
> > dapat modal nak mulakan walaupun satu unit. tapi, atas dasar nak beritahu
> > tuan/puan semua, saya maklumkanlah jugak. Rezeki itu tetap ada biarpun
> > lambat. Jadi, jika tuan/puan berhajat nak dengar dan mendapatkan
> > penjelasan sila hubungi En Abdullah Sani ( 017 - 4748989 ). Kepada yang
> > berminat nak jadi trader pun bolehlah hubungi beliau. Umur tidak melebihi
> > 28tahun. Basicnya agak baik jugak RM6,400.00.
> >
> > *** Dimaklumkan bahawa pihak syarikat mempelawa bakal pelabur baru
> > dengan tabung yang terhad. Walaubagaimanapun, berita terkini didapati
> > sambutan dari pelabur amat menggalakkan. Pastikan tuan/puan semua masih
> > berpeluang untuk turut serta dalam generasi kedua ini setelah keahlian ke
> > akaun generasi pertama telah ditutup pada bulan April yang lalu. (
> > Diaorang tu ada dah enjoy return 60-80% per month but not less than 10%
> > ). Apabila target dah sampai, akaun generasi dua ini pasti akan ditutup.
> > Sessi penerangan begitu giat dijalankan di seluruh Malaysia.
> >
> > ***Untuk BANTING - Seminar percuma diadakan di Hotel Sri Morib
> > setiap bulan ( Atas permintaan ). Jika tuan/puan berminat dan
> > berkelapangan, sila emailkan maklumat peribadi berikut :
> >
> > Nama:
> > Alamat:
> > No. Tel:
> > No H/P:
> >
> > kepada [EMAIL PROTECTED]
> >
> > SEMINAR PENERANGAN PELABURAN DI BIDANG KOMODITI.
> > Tiada bayaran pendaftaran.
> > Tiada jualan.
> > Tiada produk.
> > Penerangan adalah PERCUMA.
> > Minuman PERCUMA disediakan.
> > Tempat adalah terhad ( Pendaftaran adalah diperlukan )
> > Segala perbelanjaan dewan dan seminar ditanggung oleh
> > ASTROMAX.
> > Tempahan tempat duduk: 019-3526126 ( En Adnan ) /
> > 019-3526027 ( En Azeman ).
> > **Segala perbelanjaan selain dari seminar adalah
> > tanggungjawab peserta.
> >
> > Syarat wajib:
> > 1. Minimun 20 peserta diperlukan, maksimun 40 orang bagi
> > setiap sessi.
> > 2. Peserta yang berdaftar sahaja
> > 3. Jika nak bawa kawan, daftarkan kawannya sekali.
> > 4. Digalakkan kepada mereka yang tinggal berhampiran.
> > KL/ SELANGOR/SEREMBAN.
> > 5. Tarikh akhir pendaftaran adalah seminggu sebelum
> > seminar dijalankan.
> > 6. Sebarang pindaan tarikh, akan dimaklumkan kepada
> > peserta melalui email / tel.
> >
> >
> > Cadangan tarikh :
> > 1. 27hb Mei 2001 (Ahad )
> > 2. 3hb June 2001 (Ahad)
> > 3. 1hb Julai 2001 (Ahad)
> > 4. 29hb Julai 2001 (Ahad)
> >
> >
> > Sekian sahaja untuk kali ini. Renungilah sekejap dan pastikan
> > tuan/puan semua menemui kami.
> >
> > wassalam.
> >
> > nota: Seminar yang dianjurkan adalah idea dari pihak pengurusan
> > Astromax sendiri melalui wakil yang dilantik / tidak tanpa boleh
> > mengenakan apa-apa bayaran kepada peserta untuk tujuan penerangan ini.
> > Sekiranya tuan/puan mendapati ada pihak-pihak tertentu yang cuba mengutip
> > tip dan sebagainya, sila maklumkan kepada pihak pengurusan astromax
> > seperti di sertakan dibawah dengan kadar segera. harap maklum.
> >
> > -----Original Message-----
> > From: Adnan Mohamed Nor [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> > Sent: Monday, April 30, 2001 9:59 AM
> > To: [EMAIL PROTECTED]
> > Subject: Cara lain menyimpan RM5,000.00 anda
> > Sensitivity: Confidential
> >
> >
> >
> > Assalamu�laikum semua....
> >
> > ASTROMAX SDN BHD ( 409361-T )
> > Suite 33B, Level 33, Menara Maxis, KLCC, Jalan Ampang 50088
> > KL Tel:603-21687222
> > Suite 3A, Level 12A NB Tower, 5050 Jalan Bagan Luar, 12000
> > Butterwort Tel:604-3781144
> > Suite 9C, Level 9, Menara Ansar, 80000 Johor Baharu
> > Tel:607-2267611
> >
> >
> > **************************************************************************
> > *****************
> >
> > Satu-satu syarikat yang menjalankan perniagaan dalam bidang
> > pelaburan komoditi secara trading.
> > kenapa Astromax?
> >
> > 1. Syarikat dimiliki oleh bumiputera
> > 2. Pelaburan dalam sektor kopi shj. ( NYCSCE )
> > 3. Bila ditubuhkan - hampir lima tahun.
> > 4. Risiko amat kurang sekali - Jaminan dari Astromax
> > 5. Broker hanya ada komisen jika Untung Shj. Jika gagal,
> > maka broker itu akan digantung.
> > 6. Nak jadi broker berlesen - makan masa sekurangnya 8 bulan
> > ( Fresh graduate tak layak ), kena ada kursus dulu. Diorang pulak, kena
> > ada capitalnya sendiri untuk memastikan broker tersebut sama-sama
> > menanggung risiko jika apa-apa yang berlaku.
> > 7. Syarikat di atas tidak collect wang direct dari pelabur
> > kerana SDN BHD tidak layak collect wang dari
> > individu.
> > lain-lain tu, sila refer kepada attachment.
> >
> >
> > PERHATIAN!!!
> >
> > SEKIRANYA ANDA TIDAK YAKIN DENGAN MAKLUMAT DI ATAS, PASTIKAN ANDA
> > MENDAPATKAN PENJELASAN DARI MEREKA YANG IKHLAS NAK MENERANGKAN KEPADA
> > ANDA. JIKA TIDAK PUASHATI JUGAK, HUBUNGI ASTROMAX ATAU AJAK MEREKA DATANG
> > KE TEMPAT ANDA ( SEGALA PEMBELANJAAN DITANGGUNG OLEH ASTROMAX) BAGI
> > MEMBERIKAN PENJELASAN LEBIH LANJUT. DATANGLAH KE SEMINAR PERCUMA ASTROMAX.
> > JANGAN BAWAK DUIT KE SANA KERANA TIADA URUSAN PENIAGAAN DIBENARKAN DI
> > SEMINAR. JIKA BETUL YAKIN, TERUS KE PUSAT PERDAGANGAN.
> >
> > Amatlah sukar bagi orang melayu untuk menerima sesuatu secara terus
> > ( Bagus! berhati-hati ). Amatlah payah untuk orang melayu untuk
> > mengeluarkan sedikit untuk melabur ( Bagus! susah nak cari duit ooo..).
> > Tapi, cuba tanya orang melayu mana yang tak nak kaya cepat??? 99.9% nak!
> > Tapi, risiko tak mahu tanggung. Tapi, Astromax bukan syarikat yang
> > menjanjikan pulangan serta-merta yang merambangkan mata kita. Tapi, untuk
> > pulangan yang baik, simpanlah lama-lama sebagaimana unit-trust. Sejarah
> > yang baik bukanlah jaminan yang cemerlang di masa akan datang tapi, dari
> > pengalaman yang baik mengajar erti keyakinan yang tinggi untuk kekal yan
> > terbaik. Jangan bercita-cita nak kaya cepat dengan melepaskan segalanya
> > tanpa berfikir dengan sebaiknya. Pasaran sekarang nipun bukannya baik
> > sangat, walaupun begitu Astromax sedia memberikan pulangan 4% kepada
> > pelabur baru ( New Generation account ) sebagai mematuhi arahan Bank
> > Negara. Kalau asyik bagi 10%, BNM khuatir orang lari ke Astormax untuk
> > menyimpan. So, 4% shj sebagai permulaan.
> >
> > Akhir sekali, cuba bawa bertenang dulu. Kaji dulu, fikir dulu, tanya
> > kawan, tanya pakar dan tanya kepada yang arif, tanya kepada yang
> > berpengalaman dulu. Jika bersedia, contact diaorang tu. Tanya diaorang
> > betul ke korang tu buat kerja tak senonoh ke? Tukang cop duit ke? Tukang
> > 'kayap'kan orang ke? Atau apa-apa yang orang kita sukar predict. Orang
> > kita nikan kaya dengan sastera, banyak bunganya. Jadi, bahasanya pun
> > pasti berbunga ( harum@busuk ). Kepada yang pernah hilang beribu-ribu tu,
> > pastinya marah sangat dengan menatang ni. Sumpah seranah pasti terkeluar.
> > Kawan aku dulu pun kena jugak, tapi, di Astromax dia tengah 'recovery'.
> > Ada kawan aku taksub sangat dengan MLM @ Direct-selling, disumpahnya aku
> > macam-macam, katanya 'Ni sekim cepat kaya mana yang engkau bawak ni?'.
> > Giler engkau...nak mampus. Entahlah, orang melayu sememangnya
> > 'mim-lam-ya-wau' ( Malas-Lalai-Suka Menerima (YA) -Suka memuji (
> > Wow..cantiknya, wow..hebatnya, wow...boleh kaya ni!). So, biasalah
> > tu....Ada kawan aku kata, kita ni sementara di dunia ni. Betullah tu.
> > Sedarkah korang semua, ada kamu semua tahu siapa mereka diluar sana masih
> > perlu dibantu sedangkan kita 'bercanda di rumah, surau, masjid,
> > dsbnya...). Mereka itu perlu dibantu. Siapa nak bayar airmata mereka
> > kelaparan, kesedihan, dsbnya. korang ingat, korang semua sudah selamat ke?
> > Aku tak kacau orang, aku selamatlah. Jiran kamu bagaimana? Cadang macam
> > Direct selling. Kalau nakkan downline, bukan main lagi kamcengnya. Tapi,
> > korang pernah kaji ke tingkahlaku "pemimpin" mereka ni. Mereka ambil kita
> > elok-elok, tapi, kalau dak tak boleh pakai, ada diorang layan elok??
> > Dibuang begitu sahaja adalah. Korang tanyalah sendiri mereka-mereka tu,
> > dimanakah keadilan yang diwar-warkan dalam MLM? kenapakah tiada istilah
> > duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dalam MLM ini? Kenapa? sebab yang
> > pelopor sistem MLM ini adalah orang yang jenis "autokratik, diktator". Apa
> > ada demokrasi ke dalam MLM? tak pernah aku dengar. So, senang cerita, MLM
> > tak sesuai untuk orang melayu yang berugama islam ( Ciri-ciri penindasan,
> > perhambaan ( Buat kerja, duit tadak ), buruh murahan.... di permulaan
> > 'carier' anda sebagai 'Perunding kononnya'). Kenapalah ramai sangat orang
> > melayu yang join MLM tapi sebahagian kecil sahaja yang berjaya? Kerana
> > bangsa melayu tak sesuai buat DS@MLM. Kenapa bangsa lain boleh berjaya?
> > Kerana diorang tak reti dosa pahala. Kelentong mesti lebih woo...mesti
> > buat benda yang orang melayu tak mampu. Cakapnya, lagaknya,
> > gayanya....Ish!!!! Senang cerita, bila semua orang buat MLM dan berjaya,
> > siapa nak ajar anak kita disekolah. Siapa yang nak jadi Polis, askar,
> > dsbnya?
> >
> > Sekian sahaja. Pastikan hanya mereka yang betul-betul faham dan
> > yakin sahaja melabur dalam Astromax. Tak ada ruginya kita mendengar
> > sesuatu yang baik. Cuma hati shj. kata karut-karut-karut belaka. Pergilah
> > kepada mereka yang pandai tapi bukan hanya pandai cakap. Pergilah kepada
> > yang 'reti' - tapi bukannya yang tak reti bahasa. Pergilah!!!! Ini bukan
> > main-main tapi melibatkan titik peluh kita sendiri. Ingatlah tentang
> > betapa susahnya nak cari duit sebanyak itu ( Pesananku ). Cuma, jika
> > korang yakin dan berminat, consultlah dengan mereka di sana. Contact
> > Astromax - Bercakaplah dengan En Sani, En Azman, Cik Nor'ain, dllnya.
> > kongsilah pengalaman anda dengan rerakan yang telah lama di Astromax.
> > Ramai yang berada di Astromax sebenarnya --- Cuma diorang tak kepoh macam
> > akulah.
> >
> > Wassalam.
> >
> > @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
> > Adnan Mohamed Nor
> > Email:[EMAIL PROTECTED]
> > @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
> >
> >
> >
> >
> > Yahoo! Groups Sponsor
> > www.debticated.com
> >
> >
> > Nota: [EMAIL PROTECTED] ini adalah sebuah mailing list
> > tertutup (private mailing list) untuk sekumpulan rakan-rakan dalam sektor
> > industri bertukar-tukar pendapat dan berkongsi cerita sesama mereka; dan
> > ianya tidak terbuka kepada umum, i.e not open to public. Harap maklum.
> > Nak Keluar: send email kosong to [EMAIL PROTECTED]
> > [Disclaimer: Setiap tulisan adalah pendapat peribadi pengirim, dan tidak
> > melambangkan pendapat mana-mana pertubuhan, organisasi atau pun mana-mana
> > company]
> >
> >
> > Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
> >
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Adnan Mohamed Nor" <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Mohd Nazam Dzulkarnaini" <[EMAIL PROTECTED]>