*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mencari Di Internet
===================

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Catatan Nota Haris 16 May 2001. 

Laman asal di http://hafnie.terrashare.com/carian.html

Kemahiran yang penting dalam melayari Internet adalah
kemahiran mencari. Bagi anda yang berminat untuk
mencuba sendiri carian dilaman Haris di laman
http://alpha.skali.net/~hafnie/html/katakunci.html

Sebelum itu sedikit pengetahuan bagaimana sesuatu
laman disenaraikan dalam laman pencari.
Setiap laman pencari punya caranya sendiri untuk membuat 
penilaian sesuatu lama. 

Tidak mudah untuk mengetahui bagaimana mereka 
melakukannya kerana setiap enjin pencari mempunyai
caranya tersendiri.  Perbincangan ini hanya sebagai asas 
sahaja.

Ada dua cara enjin pencari menyenaraikan laman.
Melalui cara "manual".  Manusia melihat laman dan
meletakkannya pada ketegori dan bahagian yang sesuai
dan dengan cara carian automatik mengguna applikasi yang
dipanggil robot.

Adalah sukar untuk menyenaraikan laman melalui cara
"manual".  Ada berjuta-juta laman yang perlu dilihat
dan disenaraikan.  Walaupun ada usaha seperti ini
http://www.dmoz.net/ ,  namun pertambahan jumlah laman
yang mendadak menyukarkan laman-laman internet
disenaraikan dengan cepat. http://www.netsizer.com/
  
Kata kunci memainkan peranan disini.  Apabila  enjin
pencari mencapai sesuatu laman ia akan membaca laman
itu dan kemudian  melalui kiraan matematik yang unik
dan rumit, mengira jumlah perkataan yang  digunakan
dalam sesuatu laman.

Melalui kiraan ini juga ia cuba menilai  sama ada laman
itu benar-benar ditulis dengan perkataan-perkataan
yang dinilaikan  atau laman-laman itu sengaja
mengulang-ulang perkataan tertentu bertujuan untuk
mendapat kedudukan tertinggi.

Perkiraan ini juga berdasarkan jumlah berapa banyak
perkataan itu diminta didalam laman pencari dan
kemudian perbandingan dibuat dengan laman-laman lain
dalam simpanan data-data ini yang boleh mencapai dalam
"Terabyte" ruang cakera keras.

Satu jumlah yang begitu besar walaupun sebenarnya
enjin pencari hanya baru  mencapai sedikit daripada
keseluruhan laman yang ada di dalam Internet.

Dengan memahami konsep ini.  Barulah memudahkan kita
untuk mencari bahan yang kita mahukan didalam Internet
dengan menggunakan kata kunci.

Haris cuba memberi contoh untuk memudahkan anda untuk
memahami maksud Haris.Mencari dengan kata kunci.
Haris tidak  memihak kemana-mana laman pencari.

Anda boleh memilih mana-mana laman  pencari yang sesuai
untuk anda.  Bagi contoh ini Haris menggunakan
http://www.google.com/  dan http://www.goto.com/
sebagai bandingan carian.

Dalam carian ini Haris mahu mencari "kesan  globalisasi
kepada sektor bank di Malaysia".  Dalam pencarian
ini anda perlu bahagikan pencarian kepada Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris. "The effect of
globalisation to banking sector in Malaysia".

Oleh kerana pencarian ini dijangkakan lebih menghasilkan
dokumen dalam bahasa Inggeris.  Maka kita
bermula dengannya.  Haris ringkaskan soalan itu kepada
kata-kata kunci yang sesuai.  Contohnya  "Malaysia
Banking Globalisation".

Anda akan diberikan beberapa laman yang anda perlu
lihat sama ada sesuai atau tidak.  Jangan lihat
pencarian pada muka pertama sahaja.
Cuba lihat hasil pencarian dimuka 2 atau 3. Kadangkala
laman yang sesuai dengan kehendak anda
tidak berada disenarai teratas.

Anda juga tidak perlu bergantung kepada satu , dua
pencari sahaja. Cuba ubah-ubah kata kunci anda.
Kali ini Haris mencuba  perkataan globalisation
sahaja. Kita akan mendapat berapa laman yang Haris
fikirkan sesuai.

Antaranya http://www.wto.com/ WTO atau
World Trade Organisation, adalah organisasi yang
menyelaraskan dan mejadi badan dipertanggungjawabkan
untuk menjadikan dunia perdagangan bebas dan
tanpa sekatan undang-undang sesebuah negara.

Adakah ini globalisasi ?.

Dalam pencarian Haris juga Haris ketemu juga laman
http://www.bnm.gov.my/ Laman Bank Negara Malaysia.   
Satu lagi laman yang dijangkakan dapat membantu kita.

Pelbagaikan kata-kata  kunci yang anda boleh gunakan.
Contohnya "Globalisasi di Malaysia", "Banking in Malaysia".
Agar kita boleh mendapatkan lagi laman-laman
yang boleh kita gunakan untuk meneruskan pencarian kita.

Bagi setiap laman yang kita lawati mungkin disediakan
kemudahan mencari (search).  Mungkin sukar bagi kita
untuk cuba mencari  sesuatu laman yang
sering-sering berubah.  Bahan yang kita mahukan mungkin
tidak berada di laman hadapan. Gunakan kemudahan
ini untuk memudahkan pencarian kita.

Untuk laman http://www.wto.com/ Haris mahu mencari
"Malaysia  Bank" ataupun "Malaysia".  Ini
boleh membawa  kita ke beberapa dokumen berkaitan.
Kemudian bagi laman http://www.bnm.gov.my/ pula, Haris
mencari perkataan globalisasi itu sendiri.

Laman Bank Negara, pasti ada menyediakan dokumen
mengenai globalisasi khusus untuk sektor kewangan
Malaysia.  Kita tidak perlu terikat hanya dengan
satu-satu kata kunci sahaja.

Bagi Banking, mungkin kita boleh mencari dengan kata
kekunci "financial  sector".  Pelbagaikan kata
kunci untuk menjadikan pencarian  kita lebih
berkesan.

Anda juga mencuba simpanan email, pelbagai kumpulan
diskusi yang anda boleh gunakan sebagai batu
loncatan atau bahan-bahan yang  lain.  Cuba gunakan
kemudahan di http://www.mail-archive.com/ untuk melihat
simpanan email yang mungkin mempunyai diskusi
tentang tajuk yang anda cari.

Lawat juga laman simpanan email tulisan Haris di
http://www.mail-archive.com/haris@yahoogroups.com

Anda juga boleh menggunakan laman http://www.deja.com/
untuk mencari pula diskusi atau perbincangan didalam
komputer pelayan "news".

Kita perlu pelbagaikan cara pencarian.
Banyak bahan-bahan dokumen yang kita dapati mungkin
tidak memberikan jawapan sepenuhnya kepada apa
yang kita cari.  Ia kini bergantung kepada kita sendiri
untuk mengambil mana yang sesuai dan menyatukan bahan-
bahan itu untuk melengkapkan jawapan yang kita mahukan.

Bahan yang anda baca mungkin tidak berkaitan. Namun
link-link yang ada didalam dokumen yang anda capai
dapat membawa anda ke bahan yang lain.

Anda juga boleh mencuba beberapa laman khas yang
mengumpul bahan-bahan tertentu.
Antaranya laman yang menyimpan FAQ usenet.
http://www.faqs.org/

Laman yang menyumpulkan laman berdasarkan laman-laman  
berkaitan:

http://www.webring.org/

Internet mempunyai bahan yang banyak. Bergantung
kepada anda untuk mencari bahan yang sesuai.

Wassalam.

: )

---------

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.

Nota lalu di
http://www.mail-archive.com/haris@yahoogroups.com

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>

atau melalui link ini

http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital

laman penulis.

http://www.bigfoot.com/~hafnie


---------------

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke