Warta - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir  
  Tahun 4 • Bil 24 • April 2001  

 

TYCO - KRU : Jelas Hina Ulama'

—————————
Oleh:
Suryati Nayan
—————————

Dunia hiburan tanah air sekali lagi digegarkan oleh sekumpulan penyanyi bebas trio iaitu kumpulan K.R.U yang baru sahaja menyiapkan album mereka yang terkini. Ahli kumpulan ini iaitu Norman, Edry dan Yusry adalah 3 beradik yang merupakan antara penerbit hiburan Melayu tempatan yang berstatus korporat, di mana nama mereka hampir sebaris dengan penyanyi dan penerbit peringkat antarabangsa. Rata-rata orang menganggap kumpulan ini lebih kehadapan dalam bidang seni muzik, terutama penglibatan mereka dalam penggunaan aplikasi komputer tiga dimensi atau 3-D. Namun tanpa mereka sedari, kelahiran album terbaru mereka ini yang berjudul TYCO, sedikit sebanyak telah membuka aib serta jelas menunjukkan kebiadapan mereka terhadap golongan ulama'. Dalam erti kata lain mereka dengan jelas teleh menghina ulama'.

Jika diselak lipatan sejarah mengenai pembabitan K.R.U (Kumpulan Rosak Ugama, kata Dato' Ismail Kamus) dalam arena muzik tanahair, mereka telah berjaya mencetuskan kontroversi menerusi konsert "gila"nya (mania) hingga sampai ke peringkat perhatian menteri kabinet, berduet dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menerusi lagu Getaran Jiwa kemudiannya menerusi akhlak songsang anak didik mereka menerusi kumpulan Elite dan X-Factor, kali ini nampaknya K.R.U tidak serik-serik untuk bertindak kononnya merekalah penyanyi kegilaan ramai. Tidak cukup dengan puji-pujian serta menjilat pemimpin di peringkat tertinggi yang menjadi sanjungan mereka tanpa disedari bakat yang Allah kurniakan kepada mereka ini teleh disalahgunakan untuk menghina dan mempersendakan seseorang tokoh ulama'.

Album yang cuba di"alabarat"kan ini jelas sasarannya kepada golongan anak muda Melayu Malaysia. Mungkin anak muda Melayu Malaysia yang menggilai konon hebatnya K.R.U menerusi permainan digital ini tidak menyedari maksud tersirat dan tersurat yang ingin disampaikan melalui TYCO ini. Satu lagu dalam album ini yang bertajuk 'Sandiwara' sangat jelas menunjukkan makna yang bersimpang-siur yang berbentuk pujian dan diiringi dengan hinaan.

Wahai Azhari sekalian........

Cuba ikuti lirik lagu yang dihasilkan dan buatlah penilaian sendiri siapakah orang yang mereka maksudkan ini..........

"SANDIWARA"

Setelah sekian lama,
*korus*
Tak pernah ku tertanya, Katamu tersusun rata,
Mengapa ceritamu,
Ku terima
sebulat-bulatnya (dalam sandiwara)
Begitu sempurna, Aku jelas terpedaya,
Tanpa rasa curiga, Terperangkap permainan sandiwara,
Dirimu ku terima, Putih di lautan hijau,
Dengan ideologi, Aku seumpama
dipukau (dalam sandiwara)
Menghina mencaci,
Aku jadi bonekamu,
Darimu ku belajar, Dalam sandiwara itu,
Bersikap kurang ajar, Kau beriku informasi,
Wahai Tok Guruku, Tafsiran yang tersendiri,
Kau racun mindaku,
Dan demi kepentingan diri,
Namun aku tersedar, Yang kanan kau kata kiri,
Terlewat dari masa, Hingga ku benci,benci, benci pada semua
Aku sudah terkena,
Kerna itu ku sanggup menderhaka,
Keliru ku keliru, Ku telah meracun minda,
Fikir segala yang berlaku.
Ku gagal lihat yang benar,

Nasihat orang tua ku ingkar,
*korus*
Kerna kau buat aku percaya mereka mungkar,
Katamu tersusun rata, Kau kata mereka mungkar,
Kuterima sebulat-bulatnya(dalam sandiwara)
Kau kata mereka mungkar,
Aku jelas terpedaya,
Kau kata mereka mungkar.
Terperangkap permainan sandiwara,
Putihkau kata kelabu,
Hatiku menjadi haru biru(dalam sandiwara)
Aku jadi bonekamu,
Dalam sandiwara itu.
Setapak langkahku,
Dua tapak kau maju,
Mindaku kau baca,
Bagai sebuah buku,
Kau buat ku percaya,
Apa ku nak percaya,
Hidupku kau atur,
Bagaikan catur,
Bila yang benar kau katakan sandiwara,
Tapi yang sebenar,
Kau bijak tukar fakta,
Bulan sahaja itu,
Tapi yang lebih pilu,
Kau pecah belah umatku,
Keliru ku keliru.

 


Kirim email ke