NEWS
Print version of this story
Wednesday May 30
Bebaskan 2 tahanan ISA: mahkamah
12:04pm, Wed: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan penahanan dua
pemimpin Pemuda Parti Keadilan Nasional di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) sebagai tidak sah dan mengarahkan mereka dibebaskan.
Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus mengarahkan polis membawa N Gobalakrishnan
dan Abdul Ghani Haroon di mahkamah pada jam 3.30 petang ini untuk
dibebaskan.
Gobalakrishnan dan Abdul Ghani masing-masing telah ditahan 50 dan 49 hari.
Mohd Hishamudin berkata penahanan mereka berdua tidak mengikut undang-undang
kerana pegawai polis gagal memberikan sebab yang jelas tangkapan itu dan
akuan bersumpah responden (polis) untuk mencabar permohonan habeas corpus
dua orang itu samar-samar.
Dua tahanan ini, daripada 10, menfailkan permohonan ini pada 14 April lalu
selepas Gobalakrishan ditangkap di Langkawi, Kedah dan Abdul Ghani ditahan
di!
Kuching, Sarawak beberapa hari sebelumnya.
Permohonan habeas corpus lima lagi tahanan ISA ditolak Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur 25 April lalu. Mereka adalah Naib Presiden Keadilan Tian Chua, Ketua
Pemudanya Mohamad Ezam Mohd Nor, anggota jawatankuasa pusat parti itu Saari
Sungib, penulis malaysiakini Hishamuddin Rais dan pengendali laman web
'Kempen Bebaskan Anwar' (FAC) Raja Petra Raja Kamaruddin.
Sementara permohonan tiga lagi aktivis yang ditahan antara 20 dan 26 April
lalu akan didengar di mahkamah tinggi Shah Alam 14 Jun depan. Permohonan itu
dibuat oleh keluarga-keluarga aktivis Pemuda Keadilan Dr Badrul Amin Bahron,
Lokman Noor Adam dan aktivis hak asasi Badaruddin Ismail.
[Laporan penuh selepas ini]
Pegawai tinggi SB iringi Suhakam jumpa 10 tahanan ISA
'Sedia ke Kamunting,' Ezam pesan isteri
2 lagi tahanan ISA masih gagal dilawat
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
