NEWS

Print version of this story
Thursday May 31
Anwar boleh dirawat di Jerman: Suhakam
4:47pm, Thu: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini menyokong
rawatan pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini mengalami sakit tulang
belakang akibat cakera teranjak, termasuk pembedahan endoskopik di luar
negara.
Anwar, ketika ditemui wakil-wakil Suhakam, sebelum ini pernah menegaskan
untuk mendapatkan rawatan daripada Dr Thomas Hoogland di kliniknya di Jerman
kerana risikonya lebih rendah berbanding kaedah yang disarankan kerajaan.
Menurut kenyataan Suhakam yang dikeluarkan sebentar tadi, badan itu
mengambil keputusan itu selepas menerima pelbagai pandangan, termasuk
daripada doktor Anwar dan pakar-pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur,
selain memorandum yang dihantar oleh isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail,
parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Suhakam mendapati tidak terdapat peruntukan undang-un! dang yang menghalang
Datuk Seri Anwar Ibrahim dihantar ke luar negara untuk mendapatkan rawatan
perubatan. Lagipun, telah menjadi amalan biasa hak pesakit mendapatkan
rawatan pilihannya sendiri walau berbeza dengan pandangan doktor-doktor yang
merawatnya," kata Setiausaha Suhakam Kamaruddin Mohamed Baria.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama 15 tahun di Sungai Buloh
selepas didapati bersalah dalam kes rasuah dan liwat.
[Laporan penuh selepas ini]


Last modified:Thursday May 31, 4:49 pm




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke