*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengenali hoax dengan amaran virus yang sebenar

Hoax ada dua jenis. Yang pertama ialah surat berantai "chain letter" seperti KFC 
bukannya ayam, Ericsson beri telepon bimbit percuma atau AOL bergabung dengan Intel.

Jenis kedua ialah hoax tentang amaran virus komputer yang dikatakan sangat berbahaya 
dan tak ada anti virus yang boleh menghapuskannya.

Hoax ini boleh dikenali dengan mudah kerana ia mempunyai persamaan ciri-ciri berikut :-

Penarik - Pemulaan yang menarik adalah perencah menarik perhatian penerima terus 
membaca email tersebut hingga ke penghujungnya. Penulis asal hoax ini menggunakan 
kaedah sosial engineering supaya hoax tersebut tersebar luas.

Isi - Isi hoax tersebut akan menerangkan lebih lanjut dengan berbagai cara untuk 
menampakkan message yang ditulis kelihatan seperti betul.

Permintaan - Setiap hoax akan diakhiri dengan permintaan "kirimkan atau forwardkan 
email ini kepada kawan-kawan anda". Inilah cara paling mudah untuk mengetahui email 
itu ialah hoax. Pengeluar anti virus tidak pernah sama sekali menyuruh pelanggan 
mereka memforwardkan email mereka kepada sesiapa saja. Ini kerana menghantar email 
kepada sesiapa yang tidak anda kenali atau tidak meminta kiriman email tersebut adalah 
SPAM dan spam adalah salah disisi undang-undang .

Rumusan :

1. Membaca atau membuka email tidak akan menyebabkan pc anda dijangkiti virus 
komputer. Virus komputer datang dalam bentuk attachment contohnya zip, exe, com, vbs 
atau file-file office seperti doc, xls. Bagaimanapun jika anda menggunakan outlook 
atau outlook express keluaran microsoft anda bernasib malang kerana ia mempunyai 
kebolehan menjalankan embbed tag dalam html mail seperti worm kak. Anda boleh 
mengelakkannya dengan menggunakan email client lain bukan microsoft seperti netscape 
mail, eudora, pegasus mail dan berbagai lagi. Jika anda mahu terus menggunakan outlook 
atau outlook express, kunjungi homepage microsoft untuk mempelajari bagaimana 
membuatkan outlook/outlook express selamat digunakan.

2. Semua virus komputer mempunyai obatnya. Jika virus tersebut terlalu berbahaya 
seperti variasi CIH yang boleh mem-flash BIOS, ia akan mendapat liputan hangat dalam 
internet malah siaran berita tv dan radio.

3. Jika anda mendapat email forward atas forward, kebiasannya itu adalah hoax.

4. Jika penghujung email tersebut meminta anda mengirimkan email itu kepada 
kawan-kawan anda yang lain, terus terang itu adalah hoax.

5. Virus sebenar tidak ada amaran. Pastikan kebenaran amaran tersebut dikeluarkan oleh 
pihak yang bertauliah seperti pihak keamanan komputer atau pengeluar anti virus. Jika 
disertakan url link sebagai rujukan, lawati dahulu laman tersebut. Jika tiada laman 
rujukan, itu adalah hoax.

5.  Jika anda tidak berapa pasti samada hoax atau betul, buat carian dari internet 
menggunakan search engine kegemaran anda. Jika anda tiada search engine yang anda 
gemari, gunakan google. Taipkan atau "kopi dan tampal" nama virus tersebut pada ruang 
carian dan tekan enter.

Jika google tak jumpa apa-apa, rujuk laman yang menghusus kepada hoax seperti : 
http://www.symantec.com/avcenter/hoax.html 
http://vil.mcafee.com/hoax.asp


Akhir kata,  Don't Spread that Hoax!
http://www.nonprofit.net/hoax/hoax.html








--
Dipetik dari :
http://celik-it.port5.com/komputer/anti_hoax.html

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Celik-IT <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke