*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Debat olok-olok PAS-Umno di lakonkan depan PM 

KUALA LUMPUR,1 Jun (Hrkh) - Cakera padat (cd) debat olok-olok PAS - Umno kini laris 
dijual di sekitar ibu negara khususnya di Taman Melewar di mana Muktamar PAS sedang 
berlangsung. 

CD itu mempaparkan lima tokoh Umno berlakon sebagai ulamak PAS dan berdebat dengan 
lima tokoh yang juga dari Umno. 

Antara tokoh Umno yang memegang watak ulamak PAS itu ialah Pengerusi Majlis Fatwa 
Kebangsaan Dato Ismail Ibrahim, Wan Ismail dan Umar Khalid. 

Sementara tokoh Umno yang bertindak selaku ulamak parti itu termasuk Nakhaie Ahmad, 
Mustafa Taib dan bekas Ketua Pengarah Pusat Islam Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir. 

Debat olok-olok itu dipengerusikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' 
Paduka Hamid Othman. 

Sesi itu dikatakan dipersembahkan di hadapan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir 
Mohamad dan timbalannya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Rakaman CD itu menunjukkan lima tokoh Umno dan golongan yang dilihat sebagai pro parti 
itu, berlakon sebagai ulamak PAS dan menyerang keras Umno dan kerajaan Barisan 
Nasional. 

Ulamak Umno pula cuba menangkis serangan itu disamping 'melancarkan' serangannya 
sendiri terhadap PAS. 

Tidak diketahui siapa yang merakamkan sesi debat olok-olok itu dan bagaimanapun ia 
memasuki pasaran tempatan. 

Pada sidang media di Muktamar PAS petang tadi Presiden PAS Dato' Fadzil Noor diaju 
soalan mengenai debat olok-olok itu. 

Ustaz Fadzil mengakui beliau sendiri sudah menonton rakaman itu setelah diberikan oleh 
seorang "hamba Allah" CD itu semalam. 

"Yang pasti debat itu olok-olok. Ia diadakan antara Umno dengan Umno dan bukannya 
dengan PAS," kata beliau. 

Ustaz Fadzil berkata tidak dapat dipastikan tujuan debat olok-olok itu diadakan tetapi 
"mungkin Dr Mahathir ingin menguji kemampuan partinya sebelum mencabar PAS untuk 
berdebat".

Menurut debat olok-olok itu sesuatu yang serius untuk Umno kerana "Dr Mahathir tidak 
buat main-main".

Dan kata Ustaz Fadzil jika cabaran untuk benar-benar berdebat dilemparkan, PAS sedia 
menyahut kerana "kita ada hujah yang lebih kuat berbanding hujah yang diutarakan oleh 
mereka yang berlakon sebagai ulamak PAS dalam CD itu".

Namun beliau kecewa di atas pembabitkan beberapa tokoh yang sepatutnya bersifat 
berkecuali . 

"Umpamanya Dato' Ismail Ibrahim, pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini membuktikan 
beliau terbabit dalam Umno secara aktif," kata beliau. 
 



Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke