http://www.parti-pas.org

DATO� HJ HASSAN ALI NAIB PRESIDEN PAS PUSAT 2001-2003


3 Jun Taman Melewar: Keputusan pemilihan AJK Kerja PAS Pusat sesi 2001-2003 yang telah diumumkan jam 4.25petang di Dewan Muktamar Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur menyaksikan kemenangan aktivis yang baru menyertai PAS pada tahun 1998 sebagai Naib Presiden.

 

Walaupun keputusan jawatan Naib Presiden memang sudah dijangka, namun rata-rata yang bersetuju kejayaan Dato� Dr Hassan Ali bukan sahaja akan memberi impak yang positif kepada perjuangan PAS malah akan menaikkan imej PAS di Malaysia khususnya dan di dunia umumnya.

 

Keputusan pemilihan kali ini juga menunjukkan 2 wakil di kalangan ahli Dewan Pemuda PAS iaitu Hj Idris Ahmad dan Hj Salehuddin Ayub dipilih oleh para perwakilan untuk menerajui AJK Kerja PAS Pusat. Di samping itu, buat pertama kali, seorang wakil Dewan Muslimat telah turut dipilih oleh perwakilan sebagai salah seorang AJK Kerja iaitu Dr. Lo�Lo Dato� Hj Ghazali. Berdasarkan keputusan yang telah diumumkan, jelas membuktikan kematangan perwakilan dalam membuat pilihan yang terbaik bagi parti yang menjadi dokongan mereka selama ini.

 

Sesungguhnya pemilihan AJK PAS Pusat kali ini cukup menarik dan mendebarkan. Namun apa yang penting semua yang bertanding menerima keputusan dengan hati yang terbuka kerana menyedari perjuangan PAS bukan berdasarkan jawatan semata-mata tetapi sejauh mana komitmen boleh diberi kepada semua aktiviti dan program PAS.

 

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan.

KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2001 - 2003

Jawatan
Nama Undi
PENGERUSI TETAP  USTAZ ABU KASIM ABDULLAH   MENANG TANPA BERTANDING
TIMBALAN PENGERUSI TETAP YB. WAN ABDUL RAHIM WAN ABDULLAH 313 UNDI 
     
PRESIDEN YB. DATO' HJ. FADZIL MOHD NOOR MENANG TANPA BERTANDING
TIMBALAN PRESIDEN YAB. TUAN GURU ABDUL HADI AWANG MENANG TANPA BERTANDING
     
NAIB PRESIDEN YB. HAJI MUSTAFA ALI  625 UNDI 
  SENATOR UST. HASSAN SHUKRI   573 UNDI
  YB. DATO' DR. HASSAN MOHD.ALI  382 
     
AJK DR. MOHD. HATTA RAMLI  785
  YB. USTAZ HASHIM JASIN  711
  HAJI AHMAD SUBKI ABDUL LATIF  710
  YB. DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN  702
  YB. WAN MUTALIB EMBONG  
  USTAZ AHMAD AWANG  689
  DR. ABDUL WAHAB ISMAIL 627
  YB. USTAZ MOHD.TAIB AZAMUDDIN   609
  DR. LO' LO' GHAZALI  559
  YB. HUSAM MUSA  557
  YB. ABU BAKAR CHIK  544
  USTAZ ABD. GHANI ABD. RAHMAN  527
  SYED IBRAHIM SYED ABDUL RAHMAN  463
  YB. DATO' KAMARUDIN JAAFAR  453
  YB. SYED AZMAN SYED AHMAD  393
  HAJI SALAHUDDIN AYUB  364
  YB  HAJI OMAR MUHAMMAD  331
    USTAZ IDRIS AHMAD  316
     
PEMERIKSA KIRA-KIRA ALI MAIDIN  439
  ABDUL LATIF IBRAHIM  371


 



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke