| Hakim Boleh Minta
Undang-Undang Dikaji Semula |
|
KUANTAN, 5 Jun (Bernama) -- Seseorang hakim
boleh meminta undang-undang dikaji semula jika mendapati ia boleh membawa
kepada ketidakadilan, kata seorang bekas Hakim Mahkamah Agung pada Selasa. Tan Sri Harun Hashim yang juga Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata: "Bagaimanapun terpulang kepada Parlimen untuk menimbangkan sama ada pendapat hakim itu patut diikuti atau tidak". "Sekiranya ada undang-undang lapuk yang boleh mengakibatkan ketidakadilan kepada mana-mana pihak yang kesnya dibicarakan, maka undang-undang sebegitu perlu dikaji semula," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis taklimat dan dialog Suhakam peringkat negeri Pahang di sini. -- BERNAMA |
- H-Net* Hakim Boleh Minta Undang-Undang Dikaji Semula Hassan, Haslim
- H-Net* Hakim Boleh Minta Undang-Undang Dikaji Semula Hassan, Haslim
